Monday 23 April 2012

Kasut Baru

SALAM :)

Buka galery fon baru teringat tajuk kasut baru utk anak aku.....Citer nie x la basi lg,hehehe.. beli kasut nie pada ari Jumaat lepas, saje pegi window shopping dgn adik aku,Sheraa Lim kt Sunway Pyramid...Jln punya jln,saje la masuk kedai Clark,cuci mata..
Waahhh cantik gak pilihan,tertarik hati aku dgn kasut-kasut baby nie..Bukan nak beli untuk aku pun, biasa la sejak ada anak ni utamakan anak dulu,sanggup kuar $ lebih...
Susah juga nak buat pilihan yg mana 1 kasut yg sesuai..Semuanya cantik belaka..Tambahan warna pink yg sentiasa pilihan hati utk baby girl...Tapi target aku nak beli kan kasut but utk mia...Tapi kasut but yg bawah sekali(spt gambar diatas nie) saiz hanya utk 3thn keatas...Alamak x kan aku nak beli juga, so aku beli juga ala-ala but juga tapi bukan warna pink...Sbb adik aku kata "asyik-asyik warna pink tukar warna lain.."
Lepas aku beli, barulah aku bagi tahu kt Mr.Pi, yg aku beli kasut utk anaknya...Iyala kalo bagitau awal-awal mesti ckp tunggu la cukup bulan..hihihiii..sori ya,saya dah beli dulu...
 Ini lah kasut utk NUR HANNAH DAMIA BINTI MOHD SUFIAN....Cantik x??
 So balik rumah pakaikan kasut baru kt mia,nasib muat dan ada ruang 1 jari lagi dlm kasut tue..petua tue yg sales girl bagitau aku la..kalo x muat lagi kena check kt butik clark yg lain sbb nya..Sales girl bgtau aku setiap design dan saiz(3,4,5) hanya ada sepasang je kt butik tue..
Uhhhh bukan main suka sesangat sampai taknak buka..Tgk r gambar kt bawah nie, adik aku sibuk tunjukkan gambar mia masa kecik.. Tapi yg mia sibuk pegang kasutnya...
 Ini la cerita aku utk dikongsi bersama..Pasal kasut anak aku....

P/S: Mr.Pi, bil kasut anak blh masuk allowance saya utk bln depan x?? hehehe

Saturday 21 April 2012

DOA ketika Mengandung

SALAM utk dikongsi bersama Doa ketika mengandung...

Info ini saya perolehi daripada blog lain, di bawah ini saya kongsikan surah-surah yang boleh diamalkan ketika mengandung:

Maksudnya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
  • Surah Al-Araaf ayat 189

Maksudnya: Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):” Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur”.
  • Surah Al-Imran ayat 8-9, dan 38: Doa memohon anak yang baik.

Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Maksudnya: Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
  • Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
  • Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT.

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;
  • Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik.

Maksudnya: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;

Maksudnya: Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;

Maksudnya: Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
  • Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Semoga bermanfaat, salam…

Mengandung Lagi


SYUKUR ALHAMDULLILAH, Allah memberi rezeki kpd kami "PIKINFAMILY" & aku disahkan oleh doktor bahawa aku telah mengandung kali ke-2...Alhamdullilah kami terima dgn hati terbuka, Syukur kpdmu..Semoga aku serta kandunganku dilindungi oleh Nya,dan selamat melahirkan cahaya mata ke-2.. AMIN...


Damia nnt jadi kakak ya..Damia akan dpt adik akhir tahun nnt...

Friday 20 April 2012

Mkn~mkn di Fullhouse

Salam;-)
Hari nie Jumaat ada masa utk outing..ceh mcm duk asrama lak..hehehe.Aku pun bw adik aku yg no.3,kami berdua je mkn2 kt Fullhouse.Adik-adik aku yg lain kena tinggal.Dorang kan jual mahal...hahahaaa.Anak aku si Damia kena tinggal la kt umah ibu(pengasuh)...Sori mama x bw kali nie,sbb pas mkn-mkn mama terus masuk opis....Kat bwh-bawah ini aku saja-saja ambil gambar...









So kami oder set lunch- Chicken Chop..Sbb untung la juga dgn makanan+aice lemon tea+mushroom soup+ kek mini..
Set lunch nie pada hari berkerja dr kul 12tghari hingga 3ptg... So kalo lps tue harga setiap makanan berbeza..
 Utk lebih lanjut tgk la website Full House http://www.fullhousecafe.com.my/

Published with Blogger-droid v1.7.4

Hadiah utk damia

SALAM SEMUA :)


Ni adiah dari kawan mama utk Damia..Walaupun birthday mia beberapa bln yg lalu tetap ada adiah utk mia.. Thanks kpd uncle Apul family bg adiah semlm....
 Sori la kawan gambar x berapa cantik....ok la utk dikongsi bersama dan utk kenangan utk mia...
                                 Sesi buka adiah bersama-sama... Apa la ada didalam nya ek??
^
^
^
^
^
^
Teng.. Teng...TENG........Senyum mia....Dapat Play Pad...Terima Kasih Uncle Apul N family.....

Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday 13 April 2012

BMW X6

SALAM...Cantik x..



Cantikkan BMW X6 tambahan wane merah.?? Sebenarnya inilah KERETA AKU ceiiittt....cehhh kereta Impian aje..cantiknya...Ini hanya impian tinggal kenangan je.Nak beli pun tak mampu kete ni..Harganya boleh blh beli sebiji rumah teres... tgk la harganya 
X6 xDrive35i  CBU Sports Activity Coupe = RM    698,800.00
X6 M               CBU Sports Activity Coupé = RM 1,188,800.00

Memamg i x mampu ok..Hanya mampu tgk je la sambil pegang lambang BMW X6 & ambil gambar pun.. Kalo mampu pun tunggu la modal dr Mr Pikin, mana la tau rezeki dtg....hehehee....AMIN...

Happy Birthday MAMA



SALAM
13/04/2012 - Jumaat,Happy Birthday-Selamat Hari Lahir-Selamat Ulang Tahun Mama ke-50thn. Syukur alhamdullilah kita sekuarga yg besar masih dpt menyambut bersama lagi..Semoga tahun ini lbh bermakna...Semoga dicucuri rahmat,moga sihat walafiat & d murahkan rezeki. AMIN...
Cuma kali ini Mr. Pikin, x dpt join bersama, paham-paham jela org keje jauh katakan... Apa pun, kami (abg pian, shikin & Nur Hannah Damia, ada bg hadiah special utk Mama/Nany...Nnt buka la ya..
Ini lah adiah utk MAMA... Made in Jusco...



Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday 4 April 2012

Teringin Nak mkn Sup

Salam..
Aduhhhaiii,sebenarnya dr tghari td aku teringin nak mkn sup.bukan sup ayam ke sup daging.mulut aku nak terasa nak sup dr Nandos @ seangkatan dgn nya..alamak bukannya x blh pun mkn sorg-sorg..tapi aku kan yg baik hati ini(cewah,perasan aku) kena la tunggu En.Pikin blk dr o/station dulu.Makan sedap-sedap biarla bersama2.Last-last on the way aku nak blk,aku pun singgah Pizza Hut,order sup dgn garlic bread.utk di mkn bersama Damia.
Take Away je...
Makanan utk mkn mlm arini....

Damia paling suka,sehingga menjilat mangkuk..
Damia nak lg sedap tggu abah blk ya..Apa2 pun dpt juga sup utk mlm nie,Syukur alhamdullilah kenyang.
Published with Blogger-droid v1.7.4