Thursday 25 October 2012

SeLaMaT HaRi RaYA AIDILADHA ;)

Kami sekuarga Pikin dan Anak-anak (Hannah & Arissa Damia)
Mengucapkan SELAMAT HARI HAJI / KORBAN kpd semua... 


Raya tahun nie kwn2 ada yang tumbang lembu/kambing x utk korban / aqiqah?? Aku tahun x buat korban..Insyallah pada masa depan kami sekuarga akan buat juga.. 
Raya tahun nie aku dalam pantang la... X kemana pun..Cuma blk umah M.I.L  kt Kajang je.. Mamababa aku nie nak kg Ipoh, blk ari je..Aku x follow pun kesian baby baru lagi, nak blk mlm-mlm kesian baby Arissa...

Dari KAMI SEKUARGA.... :)



Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday 23 October 2012

CARA SaYa TIDo

Beginilah cara Arissa tido..Dari anak pertama hingga anak ke-2 nie,cara tido yg sama..Aku mmg bagi dorang tido telentang...Kenapa aku x cuba tidokan anak cara meniarap ek?? Aku rasa cara terlentang lbh selamat dr tido meniarap sbb risau baby lemas.. So aku search dan mencari maklumat posisi bayi tido..Jom kita kongsi bersama...


Posisi Tidur
American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah “TIDUR TERLENTANG” dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan. INFO DARI  https://muhdhazrie.wordpress.com/2011/11/17/gaya-tidur-bayi/

Dan INFO DARI  http://keindahanpengalaman.blogspot.com/2010_10_01_archive.html
Namun begitu, tahukah anda bahawa posisi tidur bayi juga memainkan peranan penting dalam tumbesaran mereka? Jika ibu bapa mengambil sikap sambil lewa dan tidak peka dengan keadaan tidur si bayi, ia boleh menyebabkan kecederaan dan kematian bayi. Justeru, bagi mengatasi masalah ini Konsultan Pediatrik Paru-paru, Dr. Norrashidah Abd Wahab, memberikan beberapa tip dan nasihat mengenai posisi tidur bayi yang betul.

Bagi anda yang baru pertama kali bergelar ibu bapa, barangkali tip ini boleh dijadikan panduan.
Menurut Norrashidah yang bertugas di Hospital Serdang, Selangor, bagi bayi normal, mereka boleh tidur dalam apa jua posisi. Tapi, posisi tidur terlentang dan meniarap lebih digalakkan. Namun begitu katanya, biasanya pihak hospital kerap menidurkan bayi dalam keadaan mengiring yang diletakkan bantal di bahagian belakang bayi. Tambah Norrashidah lagi, posisi tidur terlentang lebih memudahkan ibu bapa atau penjaga melihat pernafasan bayi dan pada masa yang sama mengelakkan muka bayi terbenam ke dalam tilam yang boleh menyebabkan sesak nafas.

Dalam posisi ini disarankan meletakkan bantal di kepala bayi supaya kedudukan kepala sedikit tinggi daripada perut. Ia juga bertujuan mengelakkan bayi termuntah.

"Bagaimanapun, budaya masyarakat Amerika Syarikat (AS) pula, mereka lebih gemar menidurkan bayi dalam keadaan terlangkup (posisi meniarap tetapi bahagian punggung ditinggikan) berbanding terlentang. Mereka berpendapat posisi tidur terlentang menyebabkan bayi sesak nafas dan kurang bijak.

"Namun begitu, sebuah kajian yang dijalankan mendapati posisi tidur bayi secara terlentang tidak mendatangkan sebarang simptom atau penyakit, terutamanya Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut (SIDS)," katanya.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday 22 October 2012

Kakak & Adik



Apabila NUR HANNAH DAMIA si kakak nie dekat dgn adiknya, NUR ARISSA DAMIA, begini la kakak Damia akan geram tgk adiknya.Tgk la Damia ketam gigi..mesti dlm ati Damia kata "keciknya bdk sebelah aku nie". kadang2 kakak nie usik mata la, main mulut baby la.. Telatah anak2 aku masa dlm pantang.. Nnt anak2 abahmama dah besar dan kenal antara 1 sama lain,jgn gaduh-gaduh ya..
Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday 21 October 2012

BENKuNg MODeN

SALAM SEMUA :)  Sejak bersalin anak ke-2 nie, baru aku terpikir nak beli bengkung moden jenis Zap(pelekat)..Pakai waktu tengahari @ apabila start keje nnt... Pakai benda nie mudah nak bergerak.. Ala maklum la,skrg aku dah 2orang girl-girl & aku juga kena jaga anak sulung ku, si Damia yg 1thn 9bln.. Aku cari la rujukan di internet yg menjual online.. Aku terjumpa website ni mypermatahati yg menjual brg yg aku nak.. Harganya berpatutan RM65..
Malah ada juga jual barang2 keperluan ibu mengandung,masa pantang & barangan baby...

Berbalik pada citer aku pasal bengkung moden nie..Oder arini,sok dah sampai dgn pos laju... Sekarang barang dah ada kt tangan aku....Inilah barangnya...
Bengkung mcm nie datang pelbagai saiz... S M L & XL...
Apa istimewanya bengkung nie...
o Bengkung moden yang diperbuat dari kain elastik berkualiti tinggi
o Sesuai untuk ibu yang bersalin secara pembedahan atau sesuai untuk dipakai ketika berada di luar rumah. Labuh adalah 22.5cm/9 inci, iaitu hanya menutupi bahagian abdomen sahaja
o Boleh digunakan selepas hari ke 4 bersalin secara pembedahan.

SO...so... korang boleh layari website mypermatahati


Saturday 20 October 2012

B.O.L.A

TEAM MANA PILIHAN KORANG??

Ikutkan hati best gak tgk live kita kena sokong sukan Malaysia walaupun kt stadium nampak pemain2 nampak kecik jeeee... Ehhhh aku x boleh, aku still dlm pantang, arini baru ari ke-15...Mahu kena keje dgn mama aku nnt... APA-APA pun yg x pegi ke stadium kita tgk dalam tv jela :(

PINJAM RM10

Harga sekeping duit bolehkah diganti dgn masa dgn keluarga.... ??
CERITA UNTUK DIKONGSI BERSAMA-SAMA...

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.


Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.

Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...
 
Rujukan dari :-)

Monday 15 October 2012

KuNiNG DAH X DE

Alhamdullilah,demam kuning Arissa setiap hari bacaan demam kuning makin menurun...  3kali temujanji dgn doktor kt Klinik Kesihatan Rawang,1st bacaan Bilirubin = 219umol/L 12.8mg pada 09.10.2012. 2nd bacaanbacaan Bilirubin = 209.8umol/L 12.3mg dan last sekali 11.1mg pd hari ni (15.10.2012).. YAHOOO.. x payah aku yg ditemani oleh anak ku,adik2 ku serta mama/baba ke klinik lagi...Kalo x seminggu 2kali dorang jd peneman aku...
Nie gambar keputusan bacaan demam kuning...
Biasalah kalo dah demam kuning,setiap kali datang utk check kuning,sememangnya nurse ambil darah kt tumit kaki baby yg halus tue...Masa anak 1st, x sampai hati aku nak tgk sampai air mata aku berlenang juga..hehehe, ibu muda.. Nie ada kedua muka aku relaks je....
Bilik 11,tempat ambil darah..Tunggu giliran
Dah ambil darah kita juga kena hantar ke bilik kumpul darah,tunggu lagi 30minit utk keputusan darah....
Haaa... bukan abis disitu sahaja..Dah dapat keputusan kena jumpa doktor..
Kesabaran diperlukan disini....
Apa petua utk hilang DEMAM KUNING ??
** Aku setiap 1jam @ 2jam aku bagi baby minum susu bdn.. Kalo baby tido aku kacau-kacau supaya baby jaga... Baby yg demam kuning nie mmg suka tido je...
** Jangan sesekali bagi air kosong(air masak) kat baby.. Kalo bg nnt risau bacaan kuning makin tinggi...
** Jangan bagi baby minum/titis buah anggur/sengkuang cina kt baby.. Kalo bg, baby yg x tahan dgn buah tue nnt sesak nafas @ ada alahan...

Sunday 14 October 2012

NAMA SAYA

Syukur ALHAMDULLILAH.... Saya dah kuar dah.. Nama saya
نور اريسسا داميا بنت محمد سفيان

haaa... korang eja la sendiri ek nama anak aku yg ke-2 ni...
Semoga anak abah & mama menjadi anak yg beriman kpd Allah & Rasul... Anak yg Solehah,Menjaga nama baik keluarga..Belajar bersungguh hingga yg tertinggi.. AMIN

DETIK-DETIK NAK BERSALIN

Walaupun citer nie seminggu dah lepas, pedek citer dah basi la..Aku tetap nak kongsi dlm blog aku..

03.10.2012
Kami sekuarga sempat lagi bawa Damia jalan-jalan kt Aquaria,KLCC..Time nie,usia kandungan aku cecah 37minggu...Masa anak 1st-Nur Hannah Damia kandungan 37mggu aku dh bersalin..So aku perlu berjaga-jaga..

04.10.2012
Pagi - Aku medical checkup kt Hospital UMRA... Aku g sorang diri je.. Sampai2 daftar mcm biasa..Nurse panggil buat CTG baby..Pastu jumpa Doktor Perempuan Cina,(x silap nama nya Patria kot)Yang x best nak dgr dr mulut Doktor, "eh,air ketuban awak dh kurang la..Kami kena pantau u sehingga Isnin.Kalo Isnin still air kurang we all akan induce u.."  Aku dgr induce, x leh jadi nie..Sakit ooooo..walaupun aku x de pengalaman induce,aku dgr & baca dr pengalaman kwn2 la...

Tgh - Aku g opis la...Padahal Mc dapat,boring lak duk umah sorang-sorang..X pe opis aku dgn hospital dekat je... Kat opis je, aku x leh duk diam..Pikiran aku pikirkan air ketuban,bayi dlm kandungan aku,pasal induce lagi... X leh jd nie..ke Hospital tue nak buat duit suruh operate...uhhhh..So aku berpendapat baik refer ke hospital Sg. Buloh..

Mlm - 1st sekali, siapkan barang2 Damia untuk diposkan(hantar) kt kuarga aku..Kuarga aku dtg ambil..Terima Kasih baba mama & adik2ku berkorban demi aku sekuarga..
Pas2, aku pun refer hospital sg.buloh,biasala sampai je kena register,buat ctg,scan bayi dlm perut...Doktor pakar check,air ketuban aku still ada lagi kuantiti dlm 9.9(aku lupa dlm unit)...So aku dischage..Aku blk umah la..Buat pe lama2 kt sana...

05.10.2012
Pagi - Time nak tido,aku gelisah,berpeluh-peluh la...Terdetik gak dlm hati aku nak bersalin ke... Tiba-tiba kuar darah..Alamakkkk darah(aku x takut darah la), cuma aku teringat kwn2 aku kata tanda-tanda nak bersalin kuar darah dulu,sakit...Kalo kuar air ketuban dulu x sakit....uuuhhh aku dah ada 2 pengalaman,mmg btl kuar air x sakit...Anak 1st,pecah air ketuban...Anak 2nd kuar darah...
Aku pun siap2 g hospital UMRA dlm 1.30pg...Perut time tue dah rasa mengulas-mengulas dah.. Doktor check pun buka 3cm...
Sakit nak bersalin susah nak di gambarkan..Korang yg wanita-wanita nie nnt merasai detik-detik nak bersalin, manakala si suami nnt tgk&dengar la si isteri tahan kesakitan nak bersalin...

Ptg - Dengan bantuan suamiku yg tersayang,nurse-nurse serta doktor di situ, aku telah melahirkan bayi perempuan seberat 2.5kg secara normal pada hari Jumaat, kul 2.40ptg.. Syukur Alhamdullilah...
Terima Kasih kpd family aku serta family suami aku & kwn2 dtg melawat aku di hospital...Nasib baik bersalin kt swasta,waktu melawat pun x kisah pukul brp..Samapi ke mlm la kwn2 aku dtg...

06.10.2012
Aku telah discharge dr Hospital..Aku x putus-putus ucapkan terima kasih kpd nurse & doktor disitu..Aku rasa puas hati dgn layanan mereka terhadap aku A hingga Z...Insyallah anak ke-3 nnt aku nak bersalin kt Hosp.UMRA...


Friday 12 October 2012

DAH BERSALIN DAH

SYUKUR الحمدلليله
Penghulu segala hari, JUMAAT..Pada 05 October 2012,kuarga PIKIN bertanbah lagi seorang umat.. Aku telah melahirkan seorang anak perempuan yang ke-2 seberat 2.5kg pada pukul 2.40ptg...Di Hospital Bersalin Umra Shah Alam, Selangor..

Hehehe...baru aku dapat update blog aku sekian lama aku menyepi berpantang...(cettt mcm lama sgtkan).. Padahal baru seminggu berpantang...Uhhh ada banyak hari lagi yang kena pantang....
Aku banyak nak kongsi pengalaman aku masa bersalin masa bersalin anak ke-2..Tunggu ek,nnt aku update cuma lambat atau cepat je tau... Bye-bye..aku nak berehat jap...

Thursday 11 October 2012

KALI TERAKHIR MENGIDAM

Salam semua :)
Kali ini baru aku dpt update blog,setelah baru berpantang Seminggu.ada lagi 37ari..uuuhhh.
Setiap kali aku tgk foto gallery, BANANA SPLIT oohhh tidak.Inilah kali terakhir aku mengidam,dpt juga akhirnya. Terima Kasih sayang suamiku,Pi.. Sanggup melayan kerenah aku ni.

** nnt aku update psl bersalin & anak ke-2 pikin **

Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday 4 October 2012

AIR KETUBAN AKU KURANG.....

Air kurang.....Apa yang perlu aku buat...

37minggu 1hari, aku follow up medical check-up kt Hospital Umra... Sejak follow up kt situ,doktor buat detail scan,check punya check masalah aku air ketuban kurang...Hari ini pulak bacaan air ketuban aku border line, dlm 5.5..Pas2 td Doktor Patricia blh lak ckp kalo nak bersalin arini dia boleh tlg buka laluan...Haaaa x nak la aku...Mulai arini sehingga Isnin minggu depan tiap-tiap pagi kena medical check up, mereka akan pantau sukatan air ketuban aku..Kalo air makin kurang,doktor akan induce..Dari yang aku tahu, induce nie dipaksa bersalin... Aduhai pening aku memikirkan masalah aku..harapan aku, moga baby yg aku kandung ini selamat & sihat walafiat dan dapat bersalin normal...Amin... 


SEBAB - SEBAB KEKURANGAN AIR KETUBAN
  • Ketuban pecah sebelum masa
  • Masalah pada uri
  • Masalah perubatan ibu seperti kencing manis, darah tinggi dll
  • Masalah kecacatan bayi seperti buah pinggang, jantung, jangkitan kuman dan kecacatan genetik.
Sekiranya kekurangan air ketuban tidak begitu teruk, minum air secukupnya dan rehat mungkin boleh menolong. Sekiranya kandungan anda masih muda, doktor akan memantau dengan teliti keadaan bayi anda dengan membuat pemeriksaan US dengan lebih kerap untuk memastikan jumlah air ketuban tidak turun secara mendadak.
Sekiranya anda sudahpun pada lewat kehamilan, doktor selalunya akan menyarankan ‘ induce’ untuk mengurangkan insiden bayi lemas. Semasa tempoh bersalin, kekurangan air ketuban memberikan risiko kekurangan oksigen pada bayi disebabkan tali pusat yang tertekan semasa kontraksi. Sekiranya ia terlalu kurang atau tiada langsung, kelahiran secara pembedahan mungkin disarankan


Rujukkan :)
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0118&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm

MENJUAL SET BERSALIN HPA

SALAM SEMUA :)
Siapa mahu beli set bersalin HPA...Set baru,sementara stok masih ada ditangan saya...Harga RM95...Tidak termasuk kos penghantran..

Set Bersalin HPA
Ia adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita bersalin. Mengandungi khasiat seperti:
1. Menghilangkan sakit batu meriyan
2. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan
3. Membantu dalam melawaskan pembuangan air besar.
4. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.
5. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak
6. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku disebabkan pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak, sehingga tubuh badan menjadi sejuk.
7. Mengatasi masalah bayi yang kembung perut, senak dan lain-lain.
Set Bersalin HPA Mengandungi
1. Minyak Barut ( 4 unit ) --- Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutamanya di perut serta sendi-sendi yang lenguh.
2. Minyak Bayi ( 2 unit ) --- Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam, sapukan pada dada dan di perut.
3. Teh Herba --- Minuman yang bertindak sebagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.
4. Ubat Periuk ( 4 bunjut x 12 hari ) --- Rebus 1 bungkus bersama 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh 2 x sehari pada pagi dan petang.
5. Kapsul Wanita A dan B --- Di ambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B di waktu malam.
6. Ubat Basuh ( kegunaan luaran ) --- Rebus ubat ini dengan air dengan api yang perlahan. Basuh dikawasan peranakan setiap pagi selama seminggu selepas hari yang ke 40 selepas bersalin.
7. Spirulina --- Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dn penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekali gus mengeluarkan keracunan dalam badan.

Info Tambahan
1. Ubat Periuk (4 bunjut) Menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.
Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.
2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
Bermula pada hari 1W Cara pengambilan : Herba Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.
3. Spirulina
1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.
4. Minyak Barut
Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.
5. Minyak Bayi
Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.
6. Teh Herba
Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.
7. Ubat Basuh
Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.
Ramai ibu yang telah mengamalkan Set Bersalin HPA dan kadar pengulangannya amat tinggi yang membuktikan kemujaraban produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah tangga.
** Sebagai tambahan, ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Barut Berherba sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid.

Pertanyaan lanjut boleh call SHIKIN
Telefon : 012-3124420
Email   :  shekin852003@gmail.com

Wednesday 3 October 2012

MEMPERKENALKAN MAKANAN DAN MAKANAN PEJAL KEPADA BAYI ANDA

Adakah bayi saya bersedia untuk pepejal?
Bayi anda mungkin bersedia untuk mengambil pepejal jika dia: 

• boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu.
- Adalah penting bagi bayi anda untuk mengekalkan posisi tegak dan stabil jika dia   mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu.

• duduk dengan baik apabila dipegang
- Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkan dia atas seorang orang dewasa. Kerusi tinggi budak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk dengan sendiri.

Tuesday 2 October 2012

UBAT~UBATAN UTK ORANG MENGANDUNG

Sekarang kandungan aku tunggu ari2 nak bersalin je.wanita yg mengandung mmg x terlepas kena mkn ubat2.tgk la dlm gambar tue,tue lah ubat aku yg perlu d makan setiap pagi.. yg wane pink - ubat OBIMIN. kandungan usia 3bln baru mkn ubat nie. Kandungan bwh 3bln,kita kena mkn ASID FOLID. KALSIUM pun aku kena mkn sbbnya kadang-kadang waktu mlm kaki aku krem.. yg botol wane itam,gambar kartun ibu mengandung tue ubat NEURO GAIN,utk otak baby dlm kandungan.NEURO GAIN,sejenis ubat minyak ikan.Yang kaya dgn DHA, EPA(Eicosapentaenois Acid), AA (Arachidonic Acid), OA(Olaic Acid). Nak ambil ubat nie usia kandungan mestilah 3bln keatas. Manakala botol putih,pil susu kambing (keluaran HI GOAT).aku x lalu nak minum susu kambing sbb bau nya.mkn pil susu kambing ada 3perisa natural,cholate&strawberi.Pil/susu kambing blh di ambil dan sesuai utk ibu mengandung supaya ank dlm kandungan x kena jaundis(kuning),INSYALLAH..

;-) Nie jela yg aku dpt kongsi bersama-sama pembaca

Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday 1 October 2012

Voucher SPA for Sale

Wehhhh aku nak jual VOUCHER SPA harga RM30/sekeping..
Kat THE BODY BAR Voucher nie bernilai RM50..
Di Wisma UOA KL & Solar Mont Kiara

** BERMINAT **
Kita boleh deal utk penghantaran @ pos pun boleh..tiada cas...

SIAPA NAK JOIN KELAS ANTENATAL???

Nie aku nak share dgn korang.. Pasal Kelas Antenatal...Anjuran HOSPITAL UMRA...
Macam ner aku tahu, sbb nya aku follow up medical checkup kt Hospital Umra..Berbalik pada kelas Antenatal nie...Bila kelas ini diadakan?? emmm pada 11 Nov. 2012 (11.11.2012) (9pagi hingga 4.30ptg) di CARLTON HOLIDAY HOTEL & SUITES SHAH ALAM SELANGOR.. Hotel nie berdekatan dgn Tesco Shah Alam & Kompleks Kolam Renang, Shah Alam... Kalo x tahu lagi ,korang tengok gambar kat bawah nnt.. Cerita pasal bayaran pulak, x de la mahal pun. RM30/pasangan.....Aku rasa nie paling murah dlm banyak-banyak kelas antenatal yang diadakan.. Untuk lebih lanjut tengok la sendiri ek yang aku attach kat bawah nie...