Monday 28 January 2013

BeNgkEL "Sleep Right"

Disini aku nak kongsi bersama-sama korang. Aku nie memang setia pembaca Pa&Ma,Biasalakan dah ada 2 orang ;)
Apa yang aku nak kongsi,kt dalam majalah pama bln 1 punya ada " BENGKEL SLEEP RIGHT " anjuran Johnson's Baby & PaMa pada 24/03/2013 (Ahad) 9pg-1ptg di Sime Darby Convension Center,Jln Bkt Kiara 1,KL.
Tentang bayaran hanya RM30 utk 1kuarga maksudnya 2orang dewasa & bayi yg berusia 0 - 36bln. Untuk lebih lanjut call 1300880566 Isnin-Jumaat (9pg - 5ptg)
Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday 27 January 2013

HaS!L LeBuRkaN $ mlm Minggu

Kami sekuarga,sebelum sampai ke kampung..hehhee,mcm la aku balik kampung jauh sangat,padahal ke rawang je..Perut lapar,alang~alang singgah la makan kt jusco rawang.
Nak cari parking punya la payah,mesti kt dalam mall ramai orang juga kan.betui tekaan aku, dan tak sangka lak time tue ada AEON MEMBER DAY d Rawang. Beli Rm100,nnt dpt baucer rm5 Bagi aku serta Pi{nama samaran suami aku} x heran sangat la shopping bab baju kasut sendiri, x beli pun x pe, pakai jela yg lama.
Yang penting anak-anak.Kena lebih pada anak-anak juga..Anak sulung aku nie dah minum susu formula so kena la sentiasa ada stok di umah..Beli masa murah menguntungkan, walaupun kurang 2, 5 hinggit...Kalo harga susu setin offer kami beli sampai 2 3tin. Pas2 lak, anak zaman sekarang memang kena pakai pampes almaklum la zaman moden...hehehe..Mama x de masa la, nak cuci lampin..hehehe
Nie la hasil rembatkan kami sekuarga pada malam minggu di Aeon Rawang melebur duit sebanyak rm500++.nie bukan untuk orang lain pun untuk anak~anak serta kelengkpan di umah juga. 
 
 
 
Nak bayar pun kena beratur panjang.. Time masa nie ramai bangsa cina bershopping utk tahun baru cina.. Tengok tue ada lelaki cina nie borong beras & sabun fab... Memang murah kot, sampai orang tue borong sakan... Kami beli cukup la untuk sebulan dua nie... :)
Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday 26 January 2013

PerMohOnAn BR1M

SALAM :)
Korang dah apply permohonan BR1M ??
Apa yang dimaksudkan BR1M = Bantuan Rakyat 1 Malaysia...

Siapa yang layak...
  •   Isi rumah yang layak (RM500):
       (i)       Warganegara Malaysia; 
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang 
pendapatan kasar bulanan  isi rumah RM3,000 dan ke bwh
                  > Berkahwin;
                  > Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
                  > Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah 
       (iii)     Warga emas sebatang kara

                  
  •   Individu yang layak (RM250):
       (i)       Warganegara Malaysia; 
       (ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

  •   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.


  •   Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.


Untuk lebih lanjut tengok kat KLIK C-nie

ReBet RM200 Telefon PINTAR

SALAM :)
Ada sapa-sapa yang dah daftar serta dah dapat dan telah guna rebet RM200 untuk telefon pintar bagi golongan belia... 
Pada waktu malam la aku free mengadap laptop... Kalo Damia jaga dia pun sibuk "nak ngok..nak ngok.." (maksudnya nak tengok...nak tengok) Al-maklum la, aku yang belum cecah 30tahun nie, baik aku amek peluang untuk mendapatkan rebet nie...  Banyak juga mencari information pasal rebet-rebet yang ditawarkan oleh kerajaan...
Akhirnya aku dapat link tersebut..nnt KLIK D Cnie
So kononnya nak daftar la tengah malam kat dalam sistem tersebut... Akhirnya kuar ayat-ayat seperti di bawah....

PERHATIAN
" ( Server di tutup sementara bermula jam 11.00 malam sehinggga 7.00 pagi bagi kerja-kerja penyelenggaraan. Terima Kasih. ) "


Infor yang aku dapat di kongsi
SYARAT-SYARAT :-
Umur : 21thn sehingga 30thn...
Yang dah berkeje tue gaji bawah rm3k...
1belia layak 1telefon...

PEMBERI PERKHIDMATAN 






SOALAN YANG SELALU TERPIKIR....

Bilakah saya boleh mula memohon?
Permohonan boleh dibuat dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi; yang mana terdahulu.

Berapa lamakah tempoh masa untuk membuat tuntutan rebat ini ?
Anda diberi masa selama 1 (satu) bulan daripada tarikh pra-pendaftaran untuk membuat tuntutan. Pra-pendaftaran akan dianggap terbatal sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam jangka masa tersebut. Anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan.

Apakah dokumen yang perlu dikemukakan kepada wakil-wakil penyedia perkhidmatan semasa membuat tuntutan?
Dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan ialah seperti berikut
1.  Salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera;
2. Salinan kad pelajar bagi pelajar sepenuh / separuh masa

Bagaimana cara untuk menuntut rebat ini?
Selepas pengesahan dilakukan di wakil-wakil penyedia perkhidmatan, anda boleh memilih telefon pintar yang ditawarkan dan rebat RM 200 akan diberi dengan serta merta. Pemohon hanya perlu membayar baki harga telefon tersebut.

Adakah pendaftaran secara dalam talian ini akan beroperasi 24 jam?
Sistem dalam talian ini akan diberhentikan seketika pada pukul 11:00 malam sehingga 7:00 pagi setiap hari. Ini bertujuan agar penyelenggaraan sistem dan kerja mengemaskini data dapat dilakukan.

Kalo aku dah berjaya hasil rebet nie nnt aku kongsi bersama korang tau... Kalo senyap je jawabnya x berjaya la ek...




Thursday 24 January 2013

Nabi Muhammad s.a.w.


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (CAHAYA PETUNJUK AKHIR ZAMAN)
Kelahiran Baginda di keheningan pagi Isnin, 12 Rabiulawal, Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi seisi alam Makkah al-Mukarramah dikejutkan dengan suara tangisan seorang bayi lelaki. Lahirnya diterangi dengan cahaya petanda dirinya bakal menerangi seluruh alam sebagai Rasul terakhir. Begitulah istimewanya kelahiran putera Siti Aminah dan Abdullah.

Sempena sambutan maulidur rasul pada 24 Jan. 2013, kita baca sikit fakta tentang Nabi Muhammad S.A.W.
1. Nabi Muhammad SAW merupakan kekasih Allah SWT.

2. Baginda mempunyai dua julukan. Al-Amin ( orang yang dapat dipercaya ) dan As-Saadiq ( yang benar ).
3. Baginda tidak akan melepaskan tangannya ketika berjabat sebelum sahabat yang bersalam dengan Baginda melepaskan terlebih dahulu.

4. Baginda tidak pernah menghulurkan kaki di hadapan sahabat-sahabatnya.

5. Baginda menoleh dengan seluruh badannya, menunjuk dengan seluruh jarinya.

6. Baginda kalau berkata sesekali menggigit bibir tanda berfikir, menepuk telapak kiri dengan jari telunjuk.

7. Cetusan yang paling buruk dalam perbualan Baginda: " Apa yang terjadi pada orang itu? Semoga dahinya berlumur lumpur "

8. Harta Baginda yang paling mewah adalah sepasang alas kaki berwarna kuning, hadiah dari Negus, penguasa Abissinia.

9. Baginda tinggal di pondok kecil beratap jerami yang bilik-biliknya dipisahkan oleh batang-batang pokok yang direkat dengan lumpur bercampur kapur.

10. Baginda sendiri yang menyalakan api, mengemop lantai, memerah susu dan menjahit alas kakinya yang putus.

11. Santapan Baginda yang paling mewah, meski jarang dinikmatinya adalah madu, susu dan lengan kambing.

12. Baginda mempunyai senyum yang sangat memikat dan menyejukkan, senyuman Baginda dilukiskan sebagai butir salji di oasis.
13. Baginda  malu dan segan untuk memalukan orang lain.

14. Baginda menghimpun dalam dirinya 4 jenis manusia secara sempurna, pekerja, pemikir, pengabdi Allah dan seniman.

15. Baginda selalu memilih yang paling mudah selagi halal apbila berhadapan dengan pilihan.
16. Baginda tidak pernah sakit gigi, baginda bersiwak/gosok gigi tidak kurang 10 kali sehari.

17. Baginda suka akan warna hijau dan warna serban Baginda juga berwarna hijau.

18. Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan.

19. Baginda pernah membelah bulan sebanyak dua kali.

20. Selepas kewafatan Baginda, semua ayat-ayat yang Baginda pernah katakan disusun dalam satu kitab yakni Al-Quran. 

21. Semasa Baginda dibangkitkan pada hari kebangkitan nanti ( kiamat ) orang pertama yang Baginda cari adalah umatnya yang dirindui yakni kita, umat akhir zaman. 

 ref :-
 http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad_s.a.w.
 http://www.raziqsyahmi.com/2012/02/fakta-menarik-tentang-nabi-muhammad-saw.html#ixzz2I7rLd800

Tuesday 22 January 2013

Sambut BiRthDaY Damia

Baru aku dapat updated pasal sambutan birthday anak aku Nur Hannah Damia ke-2thn... Syukur alhamdullilah Allah memberi aku serta suamiku rezeki anak...Syukur syukur :)
Untuk yang ke-2 tahun, kali kami sekuarga sambut birthday nya di McDonald Kota D'sara pada 11.01.2013 dlm kul 9mlm.. X menjemput ramai pun hanya kuarga terdekat je..Yang tak di jemput mintak maaf ya..
 Nie bukan birthday GIRL......Baby Arissa baru 3bulan..Kita tunggu bulan 10 ya sayang:)
Nie yang sebenar BIRTHDAY GIRL... Sebenar sebelum majlis aku ada beli baju gaun,last-last x nak pulak pakai...biasa la budak dah 2thn, dah pandai pilih baju sendiri....
 Gambar tetamu yang datang... Yang datang hanya kuarga aku,kuarga mentua dan juga kuar pengasuh anak aku.. serta kawan aku...Baby Arissa time nie mulanya berjaga, bulat je matanya...
 
 Bersedia untuk dinyanyikan "Happy birthday TO U.... Happy BirthDay to u..."
 Mama baba aku yang memegang anak-anak aku.. Aku sibuk ambil gambar gambar..Suami aku lak sibuk bersembang-sembang....
 Potong Kek Aiskrim...Yeaaahhhhh...
 Meh mama suapkan kek kat Damia...Walaupun tiap2 hari mama suapkan damia makan...
 Peace Yooooo
 Alahai Damia nie..Tak pandang kamera pun...Sibuk nak makan kek..Masa nie baby Arissa dah membuta..
Tengok, dah tido dah anak mama nie... Good girl, walaupun keadaan dalam bilik nie bising-bising baby Arissa still tido nyenyak...
 Damia sibuk melayan rakannya...Mesti cerita pasal belon...
Aik Damia mana kasut???
Majlis selesai pada pukul 10.30mlm... Terima kasih yang datang dan ada yang memberi hadiah kepada Damia terima kasih sesangat....
Ini adalah sebahagian hadiah utk Damia daripada tetamu...Yang lain Damia dah sibuk buka-buka dah.. Aku tak sempat nak ambil gambar hadiah semuanya...Yang mana aku sempat je...
Terima Kasih ya... :)

Saturday 19 January 2013

Tsunami Melanda LAGI!!!!

kami sekuarga & mamababa serta adik-adik aku(4orang-shima, shira,aizat, shila) join sekali bercuti di  chalet,jenis papan berhampiran pantai...setelah check in ajak 1semua pegi makan tengahari..aku tak pasti kami makan kat mana dan oder apa.yang aku ingat makan atas bot.yang makan pun kami sekuarga,mamababa aku.lain-lain adik aku sibuk nak mandi laut..tengah kami makan,tiba-tiba rasa laut bergelora sgt...Pemandu bot kata tsunami datang lagi,kita perlu selamatkan diri.Bot yang kami naik tue canggih,boleh jln atas air dan atas jln raya pun boleh.Pemandu tue membawa kami ke tempat tinggi. alamak adik2 aku yg main/mandi kt pantai macam nie.. Kami semua susah hati..Tambahan lagi hati seorang ibu(mama) lagi la susah hati..so mama volonteer,mencari anak2 yang lain.. Kami yang tinggal dalam bot lagi la susah hati.. Call hotel/resort yg kami menginap tue,nasi baik jawab boleh jawab fon.pihak hotel mengatakan keadaan disana kucar kacir,keadaan ramai orang yang panik.tiba2 talian terputus:( uuuuhhhhh.. Pikiran aku tak menentu terpikir adik2 serta mama aku selamat ke tak.Susah hati la sangat masa nie.. Hatiku berkata perlu tabah redha apa yg terjadi.. Apabila keaadaan tsunami telah redha,kami yg dalam 1 bot tadi pergi di tempat kejadian untuk mencari kaum kuarga.Keadaannya masha Allah. Tengah cari terjumpa adik2 aku(shima,shirah).Mereka mencari adik(shila) & mama.Manakala aizat dah jumpa,pengsan tapi sekarang dah sedar dah..Tiba adik aku(shima) datang kat kami,adik(shila) dan mama TAK DAPAT NAK DISELAMATKAN. Ya Allah!!! Ko tarik sekali 2 dalam kuarga kami.Apa lagi  titisan air mata berjurai-jurai membasahi muka kami..
TIBA-TIBA, aku terasa ada orang memegang tangan aku supaya tenang.Dan cakap nak cucu, nak cucu,mama cucu, damia yang mengejutkan aku dari tido..La aku bermimpi rupanya..walaupun aku bermimpi,pipi aku basah dengan air mata..uuuuhhh main tido td membuat aku menangis lagi dan capai nset terus call mama aku. tp masa aku call tue aku dah nangis dah.dalam keadaan relax je tadi,cewahhh.
Nie la aku dapat kongsi cite ku yg dalam mimipi ari nie 19/01/2013. aku nak buat keje rumah,siap2 kan breakfast utk suami dan anak2.bye kita jumpa lagi ya

Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday 18 January 2013

S@p@ Nak Makan Dorayaki


Kakak~kakak @ adik~adik yang mengidam nak mkn dorayaki,ala yang doremon selalu makan tue.. Aku terjumpa kiosknya di Gf, GM Klang...Pelbagai perisa mengikut anak tekak korang, ada perisa coklat,peanut butter, kaya, jem strawberi, kaya yang lain aku lupa la... 1set dorayaki nie RM1.80 je, murahkan.. Selain menjual dorayaki nie ada jual takoyaki... Kalo sapa-sapa yang teringin nak makan, datang la ke GM Klang..Yang mana teringin jauh, korang cari kat tempat lain ek.." Tak dapat den nak menolongnya "
Published with Blogger-droid v2.0.8

Aktiviti Ari JumaaT

@ SETIA CITY MALL, aktiviti aku dan rakan2 disini.. Makan dan makan d Carl's Jr. pas2 main bowling la

Published with Blogger-droid v2.0.8