Wednesday 27 February 2013

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.


1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
 
KREDIT : https://www.facebook.com/SlimmingJuiceEveCollagen

Budak NAK TEH O

 Salam :)
Nie kisah anak aku yang sulung,si Damia... Asyik nak air teh O je... Kami sekuarga baru balik dari makan kat luar, alik-alik tengah tgk tv "mama nak T O(pelat budak)"....Haiya anak aku, yang abah dia sibuk duk menyakat damia..Apa lagi,cebek mula  menangis la...Dah dapat teh O, siap buat peace lagi...
Nie gambar kenangan damia oiiiii...  ahahahaha
Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday 26 February 2013

CARA MENERAN SEMASA BERSALIN

SALAM :)

Opsss lama x meng-update blog... Tiba-tiba flash back masa nak bersalin anak ke-2 apabila baca artikel di facebook.. So aku share dgn korang...

CARA MENERAN SEMASA BERSALIN.
jom berkongsi pengalaman anda

1. angkat kepala dagu cecah dada.

2. mata pandang perut (JANGAN PEJAM MATA TAU.....)

3. tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)

4. masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat

5. masa teran tu jangan sesekali angkat punggung.kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina

6.tarik nafas sedalam yg boleh n teran mcm nak buang air besar tanpa blow nafas anda..teran sekuat yg terdaya selama yg boleh n curi nafas then sambung teran..tiap kontraksi try 3kali...time kontraksi je push sbb time tu bby pun gerak sama so jgn buang ms ada kontraksi terus push mcm cara2 td..xde kontraksi,relax...

7. baca bismilah, selawat

8. tips tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa dek menahan sakit.bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kan (masa tgk tu ada sorang suami nie setia menemani isteri dia bersalin, sambil bisik-bisik kat isteri dia bagi semangat) 




Monday 4 February 2013

Nasi Lemak Yang MAHAL :(


SALAM ;)
Nie aku nak citer psl breakfast aku tempoh hari.Aku amek la nasi lemak telur mata + sambal kerang & seperti biasa mestilah ada timun dgn sambalnya..kalo x de tue bukan lah nama NASI LEMAK. Kali aku x tahu la,cashier tue tgk aku nie murah rezeki pada kedai tue kot. Boleh lak dia cas NASI LEMAK yg aku amek tue RM7 & tak termasuk air tau. Terkedu juga aku nie,cashier tue tgk muka aku dia pun kira balik,aik sama juga RM 7.. Aku malas nk bertekak lak pasal makanan yg aku nak makan yg jadi darah daging aku.
Kalo kat hotel @ cafe-cafe @ restaurant ber-aircond  tue memang patut di charge dgn harga sedemikian. Ini gerai biasa,hanya kusi meja plaktik.
Ayoooooo ayyooo patut la kedai tue boleh buka 4lot umah kedai. Chargenya amat sgt la "berpatutan".. Kedai nie memang terkenal dengan mahalnya. Tapi ramai orang datang kedai tue. Nak kata makan kat situ sedap sangat, tak pun.. Lepas nie sesiapa yg nak mkn kat kedai sek.8 Shah Alam standby la $$$. ek
Published with Blogger-droid v2.0.8