Tuesday 19 March 2013

AIR PENTING UTK BADAN!!!

 Malas nak minum air, sebab malas nak ke TANDAS??

Jom Tengok Kenapa air penting untuk manusia?

1. Tubuh akan hilang 1.7 liter air sehari melalui proses pernafasan dan kumbuhan. Bayangkan jika anda cuma minum seliter atau kurang dalam sehari!
2. Otak manusia mengandungi 90% air
3. Darah manusia mengandungi 83% air
4. Otot manusia mengandungi75% air
5. Tulang manusia mengandungi 22% air
6. Air menstabilkan suhu badan
7. Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel
8. Air melembabkan udara dalam paru-paru
9. Air meningkatkan kadar metabolisma!
10. Air melindungi organ-organ
11. Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik
12. Air melindungi dan melembabkan rawan

Apa yang berlaku sekiranya kita kekurangan air?

- Tubuh selalu kepenatan
- Sakit kepala yang kerap atau migrain
- Sembelit
- Ketegangan otot
- Tekanan darah yang tidak seimbang
- Masalah buah pinggang
- Kulit kering
- Risiko Kematian

Reff :   DISINI


Monday 18 March 2013

WANITA YG BERGELAR ISTERI




HARGAI ISTERI ANDA WAHAI SUAMI DI LUAR SANA.... :) 
 Bagi wanita yang bekerjaya walaupun penat dengan tugas-tugas di pejabat dan di rumah, ingatlah bahawa mudahnya para wanita terutamanya berstatus isteri mendapat pahala. Kejarlah ganjaran di akhirat kelak.

1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.

9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.

11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.

15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.

16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.

18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.

19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.

21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).

24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.

25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

Sunday 10 March 2013

Ubat UNTUK BAYI 5bulan

Setelah perhatikan gambar kat atas tue. Agak-agak sesuai ke utk ubat-ubat {demam,batuk,selsema,tahan muntah,antibiotik, utk msk punggung} utk bayi 5bulan..??¿¿
Baby Arissa demam,batuk,selsema hasil dr jangkit berjangkit di umah pengasuh.Biasa la kot,adat.. Sabtu ptg,aku bw la ke klinik yg bukan pilihanku. sebabnya pilihan aku semua ari sabtu sampai kul 12tgh,ahad doktor pun cuti. So nak tunggu isnin mcam lambat pulak,pegi la dgn rela ati..Ambil ubat yg penting jela dulukan.Pendaftaran,jumpa doktor,dengar penjelasan doktor pun aku dah was was.iyala nak ckp pun mcm nak taknak..tunggu ubat,NAH amek pelbagai ubat "kak ni utk anak,ubat demam,batuk, tahan muntah,ubat msk punggung,&antibiotik" wahhh byk betul aku kena bg pada arissa..aku pun terangkan kat hubby aku.hubby aku pun terkejut. Siap cakap,biasa tue doktor nak claim lebih pd company panel, nak untung lebih bg ubat mcm-mcm walaupun untuk usia 5bulan. X patut betul la :'( sampai je umah,ubat tue aku letak tempat lain, xpayah bg la kt arissa..kesian bayi kecik lagi dh bagi byk ubat.

p/s : kepada doktor kalo nak bagi ubat,pikir2  la utk bayi nie,jgn la sesuka hati nak bagi je.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday 8 March 2013

Akhirnya DAPAT JUGA DuoBreastpump

Terima Kasih En.Pi (suami aku) sudi luluskan budjet utk bagi aku beli Rumble Tuff Duo Breast Pump... Muaaahhh (mood happy)...
  
 
 Sebelum nie dah lama aku buat survey jenis-jenis breastpump duo yang ada dipasaran Malaysia nie... Dari yang mahal sehingga la yang murah, semua bergantung pada budjet masing-masing....
Alhamudillah akhirnya aku dapat dapat apa yang aku nak.. Double pumping, blh pakai eletrik serta bateri,manual pun blh...pas2 harga murah dari kedai/online yang lain...So pilihannya kami pergi ke kedai kidsmodehouse terletak di sek.8 Bangi.. Senang je la nak cari bagi yang tahu area sana ok la... Ala sapa yang nak beli tue tahu kat mana kedai boleh call kak haniza nnt dia bagi tahu landmark kedainya..Beliau pun seorang yg friendly.. Kat kedai kak Haniza tunjuk cara pemasangan serta penggunaan breastpump ini.. Sori la kawan :) aku terlupa nak amek gambar bersama owner (kak haniza) & gambar kedai.. xcited nak beli pas2 dengan control anak2 aku... Anak ke-2 nie la baru aku merasa jenis double pump..

 Seperti gambar di atas, sebelum nie pun aku pakai pump pureen banyak berjasa kpd aku... Kemana saja aku bawa je selama 2tahun lebih... Sekarang masih guna juga...

Pada mulanya aku nak beli 2nd hand breastpump.. Ala beza baru dgn lama pun dlm 60 80 hingget je.. Alang-alang dapat baru waranty lama la sikit...Tapi bab pasal penggunaan 2nd hand breast pump nie ada review mengatakan tak berapa bagus dr segi kesihatan.. Aku baca dari  http://sweetstory.yuitsumuni.com/  Nnt korang tengok la sendiri...

Ok sampai disini cerita aku dapat breastpump...


UPDATE...TERKINI....!!!
RUMBLE TUFF DUO ELECTRIC BREAST PUMP
GP SALE FROM 19/3/13 - 7/4/13
RM 359 (RETAIL: RM 449)
ADDITIONAL 2% DISCOUNT FOR KIDSMODHOUSE MEMBER
RECOMMENDED BY KIDSMODEHOUSE CUSTOMER


Nanti masa korang yang nak beli RUMBLER TUFF Duo cakap dgn kak haniza(owner), SHIKIN @ pikinfamily yg recommand..
nnt korang dpt harga RM351.82...
DAH ABIS
 

Kini 5bulan

ALHAMDULLILAH.... Usia NUR ARISSA DAMIA telah 5bulan...
 Gambar waktu siang, time nak berjalan-jalan
Masa utk tido

5bulan dah pandai apa....??
Pandai isap jari ada lah.. Mengereng je, meniarap sesekali... Sekarang dah kenal mama,abah & kakak damia kan... Pantang kakak damia main sebelah arissa,arissa yg tergelak2 tgk kakak walaupun kakaknya tak mengagah...Kalo kita makan mula mulutnya cap-cap...
Tapi yang penting, seusia 5bulan aku tak bagi bubur nasi.. Tunggu usianya mencecah 6bln 1 hari baru blh bg mkn...

NAK DIET KONON....

Aduhaiii.. x sempat aku nak curi masa update..Maaf la ya, korang asyik baca tajuk yg lama...
So time rehat nie aku akan kuar banyak tajuk... Tunggu ya...

Sejak akhir-akhir nie, aku dah merasa badan aku naik...Malam taknak makan, padahal baru 1malam ckp macam tue sebab gas kt umah dah abis time tue lak kul 10mlm mana ada gas nak antar mlm kan... So ckp dgn suami, kita diet la ya... Alik-alik suami call dominos...Aikkkk... LAPAR RUPANYA....
 Bukan order 1,2 yang sampai... beef pepperoni & extravaganza...
Kami suami isteri je yang makan sampai habis.. Si damia dah tido awal dah.. yang bayi memang tak boleh mkn..Boleh tengok je.... :)