Sunday 26 February 2017

MEROKOK DI TAMAN

BERHATI~HATI KAUM YANG JENIS PEROKOK AKAN DIDENDA RM250 SEKIRANYA MEROKOK DI TAMAN AWAM SELURUH NEGARA MALAYSIA...

"Bagaimanapun selepas 1 Jun, penguat kuasa akan terus mengeluarkan notis kesalahan kerana melanggar Peraturan 11(w) dengan denda minimum dikenakan sebanyak RM250," katanya selepas menghadiri Program Penguatkuasaan Pendidikan Di Taman Awam Sebagai Kawasan Larangan Merokok di Taman Botanikal, di sini, hari ini."

TELAH DIMAKLUMKAN DIDALAM SURAT KHABAR DLL...

Wednesday 22 February 2017

CHICKEN POX

SALAM

BULAN FEBUARI 2017 ADALAH MUSIM CHICKEN POX KEPADA ANAK-ANAK AKU..


Mulanya si adik (no.3), kena chicken pox.. Patutlah mood 2 hari sebelum kena tue, asal gerak bangun pagi nak pergi sekolah, mula la menangis-nangis kuat.... Mungkin badan dia dah rasa lenguh-lenguh, adik lak mungkin tak tahu nak luahkan (usianya 3thn 2bln), tu yang buat perangai..
Selepas 3 hari baru nampak, chicken pox dah naik kt pipi... Berkabung la 14 hari, bersilih ganti aku dgn housband menjaga anak.. Kadang-kadang aku bawa juga ke opis aku.. Alhamdullilah bos aku memahami jiwa seorang ibu....

Last week 15/02/2017 - Anak no.2 pula kena berjangkit, so kuarintin di rumah. Sehari 2hari permulaan aku jaga... Selepas itu hingga hari ini, adik aku (lepasan SPM) tolong jaga.. Terima Kasih adikku.... Sekarang dah kering chicken pox, so kena pergi balik klinik untuk keluarkan surat pengesahan chicken pox clear.. sekiranya  tiada surat tu jangan harap boleh school ya...

Oh ya, 2orang anak aku kena chicken pox aku bawa ke KLINIK PAKAR KANAK-KANAK DOKTOR TAN, DI KLANG... Memang terbaik service nya, ubat pun bagi sesuai untuk anak-anak aku malah chicken pox cepat kering... Janji mabapak nya rajin bagi ubat ikut masa yang ditetapkan...


No 105, Jalan Batu Tiga, Kawasan 16, Taman Bekerly Town Centre 41300 Klang Selangor, 41300
Bagi aku sendiri la, aku nampak je chicken pox, cepat-cepat bawa pergi klinik untuk dapatkan ubat..
Kesian weh budak-budak kena chicken pox.. Kita yang besar pun kena tak duk diam, semua x kena...
Lepas ini berjaga-jaga pulak sebab anak aku yang sulung belum kena lagi.... mudah-mudahan semuanya ok... Insyallah...


Tuesday 21 February 2017

MELUKIS INAI

SALAM SEMUA :)

Nak dijadikan lah,mlm minggu kami sekuarga pergi car boat sales di Subang Bestari Shah Alam. Anak aku Damia sibuk la nak inai kat tangan, yang lukis-lukis tue.... Akhirnya jalan-jalan jumpa la dengan akak ni, buat service inai....
Yang syoknya, akak ni pandai melayan budak friendly gila... Anak-anak aku lagi la suka. Bukan setakat Damia dengan Zara (anak bongsu) sibuk nak buat inai. Anak no.2 x nak lukis inai, alasannya geli... Ooohh ya, akak nie lukis inai kat tangan anak-anak aku, idea dan kretiviti sendiri..tangan budak-budak (mcm anak2 aku ni kan kecik) cantik juga akak tu lukis..
Aku rekmen kat korang yang nak kawin ke yang nak tunang ke nak saja-saja lukis inai, pergi la cari kakak ni @ call ADINDA HENNA : 0189838072

 



Friday 17 February 2017

LANGKAWI 4H3MLM 2017

SALAM SEMUA...

Rancangan untuk bawa family besar aku ke LANGKAWI termakbur semua..
Alhamdullilah.. Maaf ya Mama Baba Adik-adikku & suami jika ada terkurang @ rasa x seronok ke... hihihi.. kalo rasa tak serenok lepas nie handle sendiri ek....

Weehh bukan senang weh nak handle 9dewasa 4kanak-kanak, nak pikir tempat tido yang selesa lagi,transport tempat-tempat yang nak melawat sekitar Langkawi lagi....

Kami ke LANGKAWI bulan JANUARI 2017.. Naik flight kesana.. Masa tu MASAIRLINE ada buat promosi besar-besaran masa bln SEPTEMBER 2016, itu yg dapat RM150/seorang pergi dan balik...


Dah sampai LANGKAWI - transport kami disana aku deal dgn EN. EDDY ( 01123181767 ).
Sewa VAN 12 seater JENIS GYMBAY utk 4h 3mlm RM 390. Alhamdullilah walaupun kami sampai awal dlm 9pagi dan flight balik KL kul 4ptg, tiada cas tambahan pada transport.
Tapi korang yang mana memang sewa transport disana, selepas amek kereta ke van ke bas cepat-cepat cari stesen minyak berhampiran, sebab mereka ini memang akan tingalkan minyak sikit-sikit sangat... Terkena juga pada kami sekuarga, biasa la dah lama tak datang Langkawi, menggagau gak cari stesen minyak, akhirnya VAN MATI tepi jalan sebab x de minyak.. 
Memang aku membebal juga la kt Si EDDY, tapi dia hantar je minyak.. ehh bukan free ek, berbayar RM10..


Kami menginap di ZEETECH HOMESTAY selama 4hari 3malam total cas RM600..
Owner yang friendly & boleh bertolak ansur... Homestay ini menyediakan 3bilik semua aircond, ruang tamu kipas, tapi laju juga kipas... View balkoni nampak swimming pool... Boleh memasak, tapi pakai dapur gas kecik & tong gas kecik... Kami duk situ masak la juga sebab parent aku suka memasak, dorang kata masak sendiri puas hati dari makan kedai.. Oleh itu layan jela, walaupun anak-anak dah warning kita makan kedai je...
Yang x de kat homestay nie hanya mesin basuh je la... tapi kami g hantar dobi senang...
Tinggal kat sini 3malam dah rasa macam rumah sendiri. Berdekatan kedai makan, kedai runcit.. kalo nak ke pekan Kuah sememang dekat sahaja...
Anak-anak kami memang tiap-tiap pagi mandi swimming pool, malam tak boleh mandi lak.
Apa-apa korang boleh refer blog  ZEETECH HOMESTAY 
Yang ada gambar dari aku, aku share serba sedikit...

Kalo bab-bab tiket cable car ke tempat-tempat lain korang boleh cari En. Eddy insyallah dia boleh bagi murah walaupun  diskaun RM1..
Macam aku, aku dah uruskan sendiri, beli sendiri di MATTA Fair, bln 9 2016, nasib valid sampai March 2017.. Yup beli kat MATTA FAIR lagi murah dan beza harga jika walk in..
Oleh itu pergi la MATTA FAIR sekiranya korang nak cuti ikut bajet dan berjimat2... 

OK NANTI KITA SAMBUNG LAGI YA.. Jalan-jalan di LANGKAWI pulak...

KEDAI NILAI 3 - PART 2

SALAM Semua..
SAMBUNGAN PART 2 - KEDAI LANGSIR MURAH DI NILAI 3 (NAMA: STAR CITY TEXTILE)...

Langsir yang aku tempah di STAR CITY TEXTILES NILAI 3, dah siap tepat pada masanya.
So hari sabtu je terus g ambil... Aku rasa berbaloi tempah disini.. Dengan layan staff dorang yang mesra serta jujur dengan ukuran langsir.. Iyala macam aku ni mana la tau tingkap nie nak pakai brp meter.. Aku amek ukuran lebar , tinggi tingkap, terus tunjuk kt kedai... pilih corak & colour yang berkenaan di hati... 

Aku nak bagitahu sekali lagi, kedai sini memang banyak kain-kain cantik dan murah.. 
Kat sini nak mahal-mahal pun ada...ikut budjet korang... Langsir dah siap pun ada tapi standard ukuran ya....
Aku beli kain RM5/meter upah jahit RM5/panel.. TOTAL kena bayar RM198.20..
Boleh jahit sejam siap, tapi korang kena datang pagi... Disebabkan aku jumpa kedai nie dah lepas kul 3ptg, nampaknya memang kena dtg 3 ari selepas itu, tapi aku datang seminggu lepas juga...

Nie aku promote bukan berbayar ya dari tuan kedai ya.. Ini hasil aku rasa puas hati.. Maaf gambar tidak berapa banyak, sebab nak control anak 3org yg tgh main kejar-kejar...

Boleh refer tajuk sebelum ini KEDAI LANGSIR DI NILAi 3







haaaa ini la staf-staf di STAR CITY TEXTILE (NO KEDAI 197,198,199)  
Sekiranya tak jumpa kedai nie boleh la call : sbb kedai nie ada 2 kedai di NILAI 3...
CT (staff berkerja disitu) 01111491772

Monday 13 February 2017

BEKAM VS DERMA DARAH

🌼BEKAM VS DERMA DARAH🌼
_____________________________

Persoalan yang mengelirukan, orang yang bertanya pada saya juga kelihatan  sangat keliru.

Kemungkinan kerana prosedur keduanya sama  yang mana darah dikeluarkan daripada badan.

Jadi adakah manfaat keduanya sama? Ada yang sama mungkin tapi banyak bezanya!

Derma darah sangat penting bagi menyelamatkan nyawa. Ini bagi saya manfaat terbesar melebihi semua manfaat lain termasuk manfaat bekam. Niat pada yang ni bila derma darah , insha Allah akan dibalasNYA dengan kesihatan yang lebih baik.

Bekam pula banyak manfaatnya. Ramai lebih percaya pada gimiknya, iaitu “buang darah kotor” menyebabkan terdapat mereka yang skeptik dan memandang serong pada terapi bekam ini.  Walhal banyak kajian ke atas terapi ini secara saintifik telah dijalankan terutama oleh negara-negara timur tengah, China, india dan juga Malaysia.

Antara kebaikan berbekam yang saya ingin kongsikan hasil pembacaan berkenaan kajian saintifk yang dijalankan :

1) Bekam meningkatkan antioksida badan melalui adaptasi terhadap stress. Kawasan bekam akan mengalami keradangan hasil tekanan darah  di dalam cawan dan pengaktifan sel darah. Badan juga menjadi lebih bertenaga hasil daripada penjanaan bateri sel badan iaitu mitokondria yang membebaskan ATP (tenaga).

• Manipulasi redoks mampu memberi kesan positif kepada mereka yang mempunyai masalah alergi, autoimmune, kanser, jangkitan kuman dll.
( Bergantung individu case by case bukan pukul rata )

2) Bekam membuang “substance P” (penyebab radang) daripada saraf hujung sumber kesakitan (nociceptor). Hasilnya kesakitan akan berkurangan.
Maka sebab itu bekam sangat popular untuk mengurangkan sakit kepala,carpal tunnel syndrome, lutut, sakit belakang dll kerana ia mampu mengurangkan kesakitan dengan KETARA.

3) Bekam meningkatkan pemulihan sel melalui peningkatan “growth factor” hasil daripada pengaktifan sel pembekuan darah. Vasculoendothelial growth factor (VEGF) contohnya penting untuk pembinaan salur darah baru. FGF pula merupakan growth factor yang mempunyai pelbagai fungsi (pluripotent growth factor). Antara fungsinya mengikut beberapa kajian  ialah membina salur darah baru di jantung (angiogenesis), menyusun dan menumbuhkan sel-sel kulit, memulihkan luka dan penting bagi perkembangan sistem saraf badan.

4) Terdapat juga kajian menunjukkan bekam mengurangkan kerosakan buah pinggang, merendahkan gula darah, memperbaiki profil kolesterol (meningkatkan HDL, mengurangkan TG dan LDL) darah. Terdapat juga kajian ke atas perokok yang berbekam menunjukkan saturasi oksigen yang lebih tinggi dan lebih senang bernafas.

Banyak lagi yang saya belum baca, tetapi rasanya kebaikan bekam yang saya nyatakan tu BANYAK BEZA manfaatnya berbanding derma darah. Namun saya masih berpendapat manfaat derma darah paling utama iaitu untuk menyelamatkan nyawa lebih bermakna jika ikhlas insha Allah. Tujuan saya menulis bukanlah untuk membuktikan BEKAM lebih baik berbanding derma darah atau sebaliknya.  Saya juga bukan yang paling layak. Mana-mana yang berminat mengetahui lebih lanjut boleh hubungi Prof Dr. Aziz dari HUSM untuk pandangan kepakarannya dalam kajian terapi bekam ini.

Hajat saya ingin menangkis pandangan negatif menganggap bahawa terapi bekam merupakan terapi PSEUDOSCIENCE yang tiada asas saintifik. Ia mungkin bukan EVIDENCE BASED MEDICINE (EBM) peringkat tertinggi bagi anda, tapi berlambak kajian ada di pubmed dan journal-journal saintifik.

IQRA’ ya akhi.

Semoga kita tergolong dalam saintis-saintis dan perawat yang mengangkat tradisi perawatan sunnah ini insha Allah. Insha Allah terapi bekam akan menjadi terapi oldschool terbaru dalam bidang REGENERATIVE MEDICINE!

Ikhlas,
Encik Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-

Cc : fb : bekam muslimah

** Marilah kita sama-sama derma darah...kemudian gilir-gilir buat bekam pula sesi seterusnya ;)

👉Gambar Contoh👈