Saturday, 29 December 2012
Tiket 50% Taman Tema Air I-CTY
Tuesday, 25 December 2012
Aku D Cni SekinResort
Monday, 24 December 2012
OTW ke Tiara Beach Resort
Wednesday, 19 December 2012
Masa untuk buat pasport
Sejak cuti sekolah nie bermula bulan November hingga 31 Disember 2012 Pejabat Imegresen beroperasi dari 8pagi hingga 10malam setiap hari untuk buat pasport&visa.... Hari Sabtu & Ahad pun buka juga tau..Kecuali public holiday TUTUP....
Tuesday, 18 December 2012
Arissa Batuk dan Batuk
Friday, 14 December 2012
Asam Pedas Lagi
Thursday, 13 December 2012
Bantal KHAS utk Arissa
Menyepi Sementara
Gambar hiasan saja.... |
Sunday, 2 December 2012
SuSu FORMULA ~ sape mau?
Salam semua ;-)
Ada 2jenis susu Frisolac & Enfalac langkah 1 (0-12bln) untuk dijual.. Susu nie utk Arissa tapi asyik tolak je..Mulanya bagi Frisolac tukar kpd Enfalac pun sama tak nak juga..
Mmg susu ibu patut diberi cuma kali nie aku x simpan lagi stok utk Arissa ke taska. Arissa suka direct brestfeeding + kuat sesangat susu dan susu.Bagus anak mama nie ;)
Ingatkan nak campur dgn susu formula tapi anak mama,Arissa tak dapat terima oleh itu teruskan bagi SI.So mama kena minum air masak,mkn supplement utk memperbanyakan susu badan utk simpan stok SI lps.
Sesiapa yg nak susu nie nnt tinggal mesej disini. Nnt saya reply secepat mungkin.Pasal harga,murah je.
Thursday, 29 November 2012
Site Survey Taska
Salam :)
Eeemm dah lama aku x post citer~citer terbaru. Aku baru je nak buka laptop Damia dah berebut dgn aku.Padahal dah ada ipad sendiri,dh berubut.biasa la budak budak.
Pantang bersalin pun dah abis,44ari. Minggu depan aku dah masuk keje,alahai kejapnya rasa cuti 2bln. So anak~anak aku kali nie akan hantar ke nusery berhampiran umah aku. Aku serta suami aku g survey taska mana yg terbaik dan ok ke x. Zaman sekarang nak antar anak ke taska bayarannya boleh tahan gak. X pela $ boleh dicari,moga pihak2 pekeje taska menjaga anak2 dgn kasih sayang serta penuh bertanggungjawab.
Thursday, 15 November 2012
KeNa DAH rUam SUSU
Tak nampak sangat..Ambil gambar nie dh tgh mlm.. |
Nampak x pipi saya yg bulat nie menjadi kasar.... |
Aku sebagai mama x kan nak biar je. Kena la cari ubat untuk menghilangkan ruam susu..Tapikan dalam box ijau(ada minyak angin,bedak mini dll yg sesuai utk bayi) ada NAPPY RASH CREAM~PUREEN. Boleh ke guna??
Box yg setia..dibawa kemana sahaja... |
Cream nie sentiasa juga dlm box... |
Published with Blogger-droid v2.0.8
Monday, 5 November 2012
BaBy MunTaH
Istilah perubatan pada masalah ini ialah gastroesophageal reflux. Ia tidak sama dengan muntah biasa. Muntah susu adalah masalah yang sangat kerap terjadi dikalangan bayi iaitu 40% pada bayi berusia kurang dari 1 tahun.
APA yang menyebabkan MUNTAH?
Ia terjadi kerana susu didalam perut termasuk balik kedalam salur esophagus ( saluran yang menyambungkan perut dan mulut). Bagi bayi yang lebih berusia, terdapat otot pada pangkal esofagus ini yang menghalang makanan dari perut masuk balik ke esofagus yang berfungsi seperti penutup satu hala atau 'valve'. Walaubagaimanapun, valve ini tidak betul-betul berfungsi sehinggalah bayi berusia 1 tahun ke atas. Itulah sebabnya ia lebih lebih kerap terjadi dikalangan bayi berusia kurang dari 1 tahun.
GEJALA dan SIMTOM
Keluar secara 'effortless'
Muntah terjadi sebaik minum susu
Muntah selepas sendawa
Susu keluar lebih banyak terutama setelah terlebih minum
Sendawakan bayi dengan lebih kerap, semasa dan selepas menyusu
Kurangkan tekanan pada perut- jangan berbekung atau memakai lampin yang ketat.
Elakkan pergerakkan seperti membuai yang keterlaluan semasa dan selepas menyusu
Hindar dari minum susu terlalu banyak dalam satu masa
Baringkan bayi dalam kedudukan mengiring sebelah kanan semasa tidur
Tinggikan kepala bayi 30 darjah semasa tidur
Tegakkan badan bayi sebaik selepas menyusu.
Periksa samada terdapat “dribbling” pada mulut bayi semasa tidur. Lap sekiranya ada susu untuk mengurangkan iritasi.
Pastikan bayi tidak mengalami dihydrasi (kekurangan cecair badan) dengan memeriksa tanda-tanda dehidrasi seperti:
Lampin- sekiranya lampin kerap kering bayi mungkin mengalami dehidrasi
Periksa mulut: Lidah yang terlalu kering menunjukkan bayi dehidrasi
Kulit: sekiranya nampak kering dan berkedut, mungkin bayi mengalami dehydrasi.
Kebanyakkannya akan hilang dengan sendiri selepas 12 bulan dan bayi membesar secara normal. Walaubagaimanapun, ada segelintir dari bayi yang muntah terlalu banyak sehinggalah ia tidak membesar sebagaimana yang sepatutnya. Sekiranya muntahnya keterlaluan setiap kali menyusu, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.
TIP UNTUK MENYUSUKAN BAYI
* Menyusu dengan kadar sedikit. Hadkan setiap susuan kurang dari 20 min sekiranya menyusu botol.
* Sekiranya menyusu badan, susukan pada sebelah buah dada sahaja dan perah yang satu lagi.
* Jarakkan susuan sekurang-kurang 2 jam kerana perut mengambil masa 2 jam untuk kosong semula.
* Pakaikan lampin dengan lebih longgar
* Susukan bayi dalam keadaan tegak sedikit
Saturday, 3 November 2012
HARGAILAH ISTERI ANDA
Thursday, 25 October 2012
SeLaMaT HaRi RaYA AIDILADHA ;)
Mengucapkan SELAMAT HARI HAJI / KORBAN kpd semua...
Published with Blogger-droid v2.0.8
Tuesday, 23 October 2012
CARA SaYa TIDo
Posisi Tidur
American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah “TIDUR TERLENTANG” dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan. INFO DARI https://muhdhazrie.wordpress.com/2011/11/17/gaya-tidur-bayi/
Dan INFO DARI http://keindahanpengalaman.blogspot.com/2010_10_01_archive.html
Dalam posisi ini disarankan meletakkan bantal di kepala bayi supaya kedudukan kepala sedikit tinggi daripada perut. Ia juga bertujuan mengelakkan bayi termuntah.
Monday, 22 October 2012
Kakak & Adik
Apabila NUR HANNAH DAMIA si kakak nie dekat dgn adiknya, NUR ARISSA DAMIA, begini la kakak Damia akan geram tgk adiknya.Tgk la Damia ketam gigi..mesti dlm ati Damia kata "keciknya bdk sebelah aku nie". kadang2 kakak nie usik mata la, main mulut baby la.. Telatah anak2 aku masa dlm pantang.. Nnt anak2 abahmama dah besar dan kenal antara 1 sama lain,jgn gaduh-gaduh ya..
Sunday, 21 October 2012
BENKuNg MODeN
Malah ada juga jual barang2 keperluan ibu mengandung,masa pantang & barangan baby...
Berbalik pada citer aku pasal bengkung moden nie..Oder arini,sok dah sampai dgn pos laju... Sekarang barang dah ada kt tangan aku....Inilah barangnya...
Bengkung mcm nie datang pelbagai saiz... S M L & XL...
Apa istimewanya bengkung nie...
o Bengkung moden yang diperbuat dari kain elastik berkualiti tinggi
o Sesuai untuk ibu yang bersalin secara pembedahan atau sesuai untuk dipakai ketika berada di luar rumah. Labuh adalah 22.5cm/9 inci, iaitu hanya menutupi bahagian abdomen sahaja
o Boleh digunakan selepas hari ke 4 bersalin secara pembedahan.
SO...so... korang boleh layari website mypermatahati
Saturday, 20 October 2012
B.O.L.A
PINJAM RM10
Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.
Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.
"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.
Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...
Monday, 15 October 2012
KuNiNG DAH X DE
Nie gambar keputusan bacaan demam kuning... |
Bilik 11,tempat ambil darah..Tunggu giliran |
Haaa... bukan abis disitu sahaja..Dah dapat keputusan kena jumpa doktor..
Kesabaran diperlukan disini.... |
** Aku setiap 1jam @ 2jam aku bagi baby minum susu bdn.. Kalo baby tido aku kacau-kacau supaya baby jaga... Baby yg demam kuning nie mmg suka tido je...
** Jangan sesekali bagi air kosong(air masak) kat baby.. Kalo bg nnt risau bacaan kuning makin tinggi...
** Jangan bagi baby minum/titis buah anggur/sengkuang cina kt baby.. Kalo bg, baby yg x tahan dgn buah tue nnt sesak nafas @ ada alahan...
Sunday, 14 October 2012
NAMA SAYA
DETIK-DETIK NAK BERSALIN
03.10.2012
Kami sekuarga sempat lagi bawa Damia jalan-jalan kt Aquaria,KLCC..Time nie,usia kandungan aku cecah 37minggu...Masa anak 1st-Nur Hannah Damia kandungan 37mggu aku dh bersalin..So aku perlu berjaga-jaga..
04.10.2012
Pagi - Aku medical checkup kt Hospital UMRA... Aku g sorang diri je.. Sampai2 daftar mcm biasa..Nurse panggil buat CTG baby..Pastu jumpa Doktor Perempuan Cina,(x silap nama nya Patria kot)Yang x best nak dgr dr mulut Doktor, "eh,air ketuban awak dh kurang la..Kami kena pantau u sehingga Isnin.Kalo Isnin still air kurang we all akan induce u.." Aku dgr induce, x leh jadi nie..Sakit ooooo..walaupun aku x de pengalaman induce,aku dgr & baca dr pengalaman kwn2 la...
Tgh - Aku g opis la...Padahal Mc dapat,boring lak duk umah sorang-sorang..X pe opis aku dgn hospital dekat je... Kat opis je, aku x leh duk diam..Pikiran aku pikirkan air ketuban,bayi dlm kandungan aku,pasal induce lagi... X leh jd nie..ke Hospital tue nak buat duit suruh operate...uhhhh..So aku berpendapat baik refer ke hospital Sg. Buloh..
Mlm - 1st sekali, siapkan barang2 Damia untuk diposkan(hantar) kt kuarga aku..Kuarga aku dtg ambil..Terima Kasih baba mama & adik2ku berkorban demi aku sekuarga..
Pas2, aku pun refer hospital sg.buloh,biasala sampai je kena register,buat ctg,scan bayi dlm perut...Doktor pakar check,air ketuban aku still ada lagi kuantiti dlm 9.9(aku lupa dlm unit)...So aku dischage..Aku blk umah la..Buat pe lama2 kt sana...
05.10.2012
Pagi - Time nak tido,aku gelisah,berpeluh-peluh la...Terdetik gak dlm hati aku nak bersalin ke... Tiba-tiba kuar darah..Alamakkkk darah(aku x takut darah la), cuma aku teringat kwn2 aku kata tanda-tanda nak bersalin kuar darah dulu,sakit...Kalo kuar air ketuban dulu x sakit....uuuhhh aku dah ada 2 pengalaman,mmg btl kuar air x sakit...Anak 1st,pecah air ketuban...Anak 2nd kuar darah...
Aku pun siap2 g hospital UMRA dlm 1.30pg...Perut time tue dah rasa mengulas-mengulas dah.. Doktor check pun buka 3cm...
Sakit nak bersalin susah nak di gambarkan..Korang yg wanita-wanita nie nnt merasai detik-detik nak bersalin, manakala si suami nnt tgk&dengar la si isteri tahan kesakitan nak bersalin...
Ptg - Dengan bantuan suamiku yg tersayang,nurse-nurse serta doktor di situ, aku telah melahirkan bayi perempuan seberat 2.5kg secara normal pada hari Jumaat, kul 2.40ptg.. Syukur Alhamdullilah...
Terima Kasih kpd family aku serta family suami aku & kwn2 dtg melawat aku di hospital...Nasib baik bersalin kt swasta,waktu melawat pun x kisah pukul brp..Samapi ke mlm la kwn2 aku dtg...
06.10.2012
Aku telah discharge dr Hospital..Aku x putus-putus ucapkan terima kasih kpd nurse & doktor disitu..Aku rasa puas hati dgn layanan mereka terhadap aku A hingga Z...Insyallah anak ke-3 nnt aku nak bersalin kt Hosp.UMRA...
Friday, 12 October 2012
DAH BERSALIN DAH
Thursday, 11 October 2012
KALI TERAKHIR MENGIDAM
Salam semua :)
Kali ini baru aku dpt update blog,setelah baru berpantang Seminggu.ada lagi 37ari..uuuhhh.
Setiap kali aku tgk foto gallery, BANANA SPLIT oohhh tidak.Inilah kali terakhir aku mengidam,dpt juga akhirnya. Terima Kasih sayang suamiku,Pi.. Sanggup melayan kerenah aku ni.
** nnt aku update psl bersalin & anak ke-2 pikin **