Monday, 24 September 2012

Projek Amal di Kemboja

Sumbangan Anda diperlukan untuk Projek Amal di Kemboja

Disini aku share& panjang-panjangkan email dr opis aku untuk Projek Amal di Kemboja.. Kepada para pembaca yang menyingah blog PIKINFAMILY... Jom kita memberi sumbangan, x dpt banyak sikit pun jadi..Mudah-mudahan berkat yg kita berikan kepada yang memerlukan.. :)

 
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa para pelajar Universiti Multimedia tajaan biasiswa Yayasan Telekom Malaysia (YTM) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Multimedia akan menganjurkan satu program amal ke Kemboja iaitu Pyea-Baal Cambodia (Care Cambodia)

Butiran mengenai program amal berkenaan adalah seperti yang berikut:
Tarikh       : 13 - 20 Oktober 2012
Tempat     : Kampung Thmei, Daerah Kratie, Wilayah Kemboja

Objektif program ini adalah untuk:
- Untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pelajaran dan kesihatan di kalangan penduduk di Kemboja.
- Untuk membina hubungan yang baik antara pelajar Malaysia dan penduduk kampung di Kemboja.
- Untuk memberi sumbangan dari segi keperluan asas kepada penduduk setempat.  
Sehubungan dengan ini, kami sedang menjalankan Projek Wakaf, iaitu segala sumbangan dana dihulurkan akan digunakan untuk membeli barang keperluan yang diperlukan oleh penduduk kampung. Ini adalah untuk meringankan beban mereka dan membantu mereka untuk mempunyai hidup yang lebih selesa.
Untuk memberi sumbangan, berikut adalah cara-cara untuk menyumbang:
 
1) Emailkan butiran-butiran peribadi anda ke sponsorcambodiammu@gmail.com seperti berikut:
    Nama: 
    Alamat:
    No. telefon:
    Emel:

2) Nyatakan barang wakaf yang ingin diwakaf (barangan seperti yang tertera dalam poster berserta kuantiti) 
    Contoh:        School pack - 5
                           Muqaddam - 1

3) Pembayaran boleh dibuat ke akaun kami:
     No. akaun       : 1242-0002601-201 (CIMB)
Nama akaun    : Pyea-Baal Cambodia
4) Sila sertakan print screen transaksi CIMB Clicks/Maybank2u sebagai bukti pembayaran atau scan slip deposit sebagai bukti pembayaran. 

Selain itu, pihak kami juga menganjurkan program aqiqah kepada yang berminat. Penduduk Kemboja yang daif tersebut jarang mendapat peluang untuk makan makanan yang sihat. Dengan menjalankan ibadah aqiqah di sana, kami berharap agar dapat memberi peluang kepada penduduk Kampung Thmei untuk mendapat makanan yang sihat. Untuk menjalankan ibadah aqiqah, anda boleh klik di sini untuk mendapatkan borang dan teruskan dengan pembayaran ke akaun yang berikut:

No. akaun            : 1242-0002304-207 (CIMB)
Pemegang akaun : Che Siti Amalina Binti Che Ghani dan Wiyana Binti Kadderi


Untuk pengecualian cukai, anda boleh meminta resit daripada kami dengan memberikan butiran peribadi  anda yang lengkap. Untuk maklumat lanjut, komiti-komiti berikut bersedia untuk dihubungi:
i) Naim Bin Roslan (Ketua Biro Tajaan)
   Emel: sponsorcambodiammu@gmail.com; Telefon: 017-232 9057
ii) Siti Hajar Binti Shafii (Biro Tajaan)
   Emel: sponsorcambodiammu@gmail.com; Telefon: 017-520 3804

Kami berbesar hati untuk menerima panggilan atau sumbangan daripada anda.

Terima kasih.

Nak Bersalin Mana Ya???

2nd Junior Shikin.....

Alhamdullilah kandungan telah 8bulan lbh...2nd baby yang akan keluar ni,aku terpikir juga nak bersalin di private hospital...Saje nak berubah angin..Banyak juga aku survey dlm internet/blog2 kawan...Aku prepare nak bersalin berhampiran umah aku & dekat dgn opis..Sakit je nnt boleh terus pegi sendiri..Biasa la kena berdikari + lak housband aku nie selalu o/station je,mencari rezeki untuk kami sekuarga....

Hospital yg berdekatan dgn aku ada 3pilihan....

HOSPITAL BERSALIN UMRA, SEK.13 SHAH ALAM
PAKEJ BERSALIN NORMAL & PAKEJ C-ZER


DEMC 
Normal Delivery Cost
Normal (SVD) From RM2,200.00

Notes: The new pricing effective as at 1st September 2011

Terms And Conditions
  • Only refers to the normal (SVD) cases.
  • Sum deposit of RM 2,200.00 has to be paid upon admission.

Notes:
This package includes:
  • Normal Delivery Procedures
  • Vitamin K Injection
  • BCG Injection
  • Hepatitis B Injection (1st dosage)
  • Baby Hearing Test
  • Nursery Charges
  • 2 Bedded Room Charges
This package excludes:
  • Specialist Charges
  • 6% Government Service Tax

SALAM MEDICAL CENTER, SEK.20 SHAH ALAM
Normal Delivery = RM 1999.00
The package includes:
• Normal delivery without complication
• Consultation (O&G and Paeds)
• 2 Days 1 Night stay
• Room & Board (single/Double bed)
• Baby immunization
  (BCG, Hepatitis B & Vitamin K)
• Meals
  *inclusive 6% government tax

Terms and Conditions:
• Deposit of RM 1000 required

Elective Caesarean = RM 5555.00
The package includes:
• Elective caesarean only
• Consultation (O&G and Paeds)
• 3 Days 2 Night stay
• Room & Board (single bed)
• Baby immunization
  (BCG, Hepatitis B & Vitamin K)
• Meals
  *inclusive 6% government tax

Terms and Conditions:
• Deposit of RM 2000 required
• Additional cost applies for any
  emergency


RUJUKAN
http://www.demc.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=99&Itemid=125
http://www.salam.com.my/website/shahalam/Our_Package_Maternity.html
http://umra.com.my/umra/

Friday, 21 September 2012

PASAL aku boleh LUPA

SIAPA BOLEH TOLONG......
Ya ALLAH kenapa minggu aku lupa????

AKU LUPA password email YAHOO aku, aduhai selama ini ok je aku ingat pasword YahooMail..Pastu dah lupa p/word..Kena jwb 2soalan yg kita pilih(masa kita buat email 1st2,kan kena letak soalan & jawapan) itu pun aku lupa juga.... Ini di sebabkan YahooMail la nie... Iyala suruh pengguna update itu ini..Kalo x update x blh sign in..Yang aku pula update lps tue x simpan apa yg aku update seperti pasword..Last-last nie lah padah nya..ADUYAIiiiiii....
Yang 1 lagi aku lupa password log in NUFFNANG....Kalo aku request forgot p/word dlm nuffnang pun, nnt mesti hantar kt aku punya YahooMail.... MASALAH nya YAHOOMAIL x leh buka...
SAPA BOLEH AKU nie......

Tuesday, 18 September 2012

MENGIDAM PUNYA PASAL

ASAM PEDAS di Shah Alam

Sejak-sejak kandungan mencecah 8bulan lebih nie...Aku mengidam Asam Pedas, x kisah la jenis ikan apa,asalkan kuahnya kawwww......
Sebelum salah 1 gerai yg menjual asam pedas di medan selera Anggerik Mall Shah Alam tapi baru-baru nie semua medan selera renovation..So x dapat la aku mkn so mengidamla asam pedas...Nak ke Melaka,aku blh je On,siap2 baju start enjin kete...Tapi doktor dah ckp awal2 kt suami ku jgn jalan jauh-jauh sbb kebarangkalian aku nie blh bersalin awal,doktor risau aku bersalin bwh 36minggu, seelok-eloknya biar la lps 36minggu..Setelah kami jumpa doktor last week,doktor check aku pun dah ada soft constraction...Sbb tue doktor nasihat kami...
Jadinya tengahari tadi waktu mkn,aku dgn kawan aku otw nk pegi service kete ternampak la gerai asam peda melaka.. Aku apalagi zass masuk simpang cari parking la.....
Opppss lupa nak bagitau gerai nie kt Sek. 18 Shah Alam berdekatan dgn Ole-Ole shopping mall..Gerai Asam Pedas Melaka terletak di tepi deretan CIMB Bank & Restaurant Darul Ehsan...
 
 
 
 
Kami kt depan gerai je disambut oleh tuan gerai yang peramah...Aku dgn kwn aku order la asam pedas 2set.. Aku order ikan tenggiri asam pedas & kawan aku order kembung asam pedas...
Pakcik nie la tokey gerai yg peramah
Nasi putih+Cencaluk+Telur Masin+Timun+Sambal Belacan....Sedap-sedap.
 Total harga makan kat sini RM12 termasuk air (kelapa&air mineral)... Harga yg berpatutan,makanan yg sedap,puas hati.... :)

AKHIRNYA BERCERAI JUA :(

SEDIHKAN kalo disebut BERCERAI....Tapi nak buat macam ner memang lumrah manusia... Weeehh korang yg membaca nie jgn pikir bukan-bukan tau..Bukannya aku bercerai dgn suami aku la... Aku sebenar nya Bercerai Susu Badan dgn Damia pada usianya 1tahun 8bulan 6hari.. Aku ambil keputusan berhentikan susu badan kepadanya... Bukannya apa, pada usia Damia 1thn 8bulan, kandungan aku dah cecah 34minggu.. Semasa aku pregnant,susu aku dah berkurangan hanya sedikit je yg kuar tapi anak aku nie kalo aku blk keje tgh-tgh rehat nak menempek sebelum tido mula la mencari "nenen" nak memekap pas2 x puas susu mula la cari susu botol... Aku pun minta izin kpd suami aku utk berhentikan susu bdn kpd Damia..Suami ku terpulangla...aku pun pikir Damia dah besar dan boleh makan makan pejal...
So ambil la keputusan memberhentikan susu badan... Macam ner aku buat..??banyak petua & informasi aku baca dan dapat.. Aku cuma ambil asam jawa,bancuhkan sikit dan pekat pastu sampukan di puting dan disekeliling puting... Time Damia nak susu aku pun sua la..sekali isap uuuweekkkkk, nanak..nanak...(taknak,taknak...)bahasa Damia yg dah pandai bercakap....
Harini dah 3hari Damia x susu bdn dah dan x mencari...Tapi muka nya pada hari pertama mcm nie la...Muka boring x dapat...Kesian anak abah mama nie...
Dalam kete x dpt nenen..Terus tertido sendiri.....
Hari pertama di waktu malam x dapat juga.....
Macam nie gaya tido..Tapi nampak mcm frust je....
Doktor (friendly ttg BF) & pakar laktasi memberi kata positif "BOLEH TERUSKAN MENYUSU"..

DUIT RAYA

TAHUN 2012

Hari Raya Aidilfitri utk 2012 pun dah abis...Duit raya Damia pun telah dikumpul-kumpul.. Terima Kasih sesiapa yg memberi $ raya kpd anak aku..Murah rezeki korang ;) tahun depan bagi lagi... lebih-lebih kan lagi....heheeehe :D
So ini la duit raya Damia yg aku perlu simpan... Sebelum nie $ raya tahun lepas, aku buka Akaun Amanah Saham Didik..Tapi nak topupnya bukan nya senang.."Kena tunggu dana kekosongan baru blh masuk kan duit.."itu la yg pihak kaunter ASB kt area opis aku cakap..









Kali ni kelayakan utk buka ASB akaun remaja seawal 6bulan keatas dah blh dah...Aku pun apa lagi tanpa lengah,baik aku masukkan cepat $ anak aku...Mcm biasa la mula-mula kita perlu sediakan setiap 1 salinan IC kita(terpulang la nak letak nama isteri @ suami) & salinan surat beranak anak kita...Dan akhirnya isi borang untuk buka akaun...Borang nak amek pastu nak buka akuan kat mana??? Boleh pergi & ambil di cawangan2 agen ASB spt (Maybank,Cimb,RHB)
Dah selesai isi borang,bagi duit simpan kat kaunter,akhir dah dpt buku simpan "TING...." Lepas ni rajin-rajin la menyimpan untuk masa depan....

Monday, 10 September 2012

Tersentuh Hati-Berita Bayi Yg Malang

Aduhai aku nie tersentuh hati apabila baca mengenai kisah bayi terjumpa..Kalo jumpa bayi tue hidup alhamdullilah..Ni kalo jumpa tapi mati...?? Kita yg jumpa nie lak menangis
Aduhai kenapa la ada sesetengah manusia buat macam tue ek???
Setiap bulan mesti ada kisah bayi yang terjumpa samada hidup @ mati...
Dah la x sanggup aku yg dlm mengandung ni nak baca mengenai kisah bayi yang malang.. :(

http://www.hmetro.com.my/articles/Temuibayiberalaskainbatikberdarah/Article
http://mynewshub.my/2012/08/11/buang-bayi-kejamnya/


Di dalam al-Quran Allah SWT berfirman yang ertinya “Dan siapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar. (Surah al-Nisa’:93)

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman berkenaan dengan perlakuan zina, yang ertinya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”. (Surah al-Isra’:32).

Saturday, 8 September 2012

27thn Berlalu....

Pejam celik-pejam celik.....
08 Sepetember 1985 lahirlah seorang bayi PEREMPUAN anak sulung kepada Encik ROSLIM & Puan ROHAIDA..Dari...Baby-Kanak-Budak-Anak Dara-Bujang-Isteri Orang & Menjadi Mama kepada anak-anak aku... Syukur Alhamdullilah kini aku telah berusia 27tahun...Mengucap utk diri aku sendiri...hehehe :D
Kini usia ku 27tahun...Aku x de la nak minta-minta adiah dr suami aku.. Harapan aku cuma
1) DOA kan agar kami suami isteri berkekalan hingga akhir hayat, anak-anak, cucu kami...
2) Semoga aku dikalangan isteri yg soleha utk suami ku... Dan dpt menjaga&mendidik anak-anak..