Thursday, 29 November 2012

Site Survey Taska

Salam :)
Eeemm dah lama aku x post citer~citer terbaru. Aku baru je nak buka laptop Damia dah berebut dgn aku.Padahal dah ada ipad sendiri,dh berubut.biasa la budak budak.
Pantang bersalin pun dah abis,44ari. Minggu depan aku dah masuk keje,alahai kejapnya rasa cuti 2bln. So anak~anak aku kali nie akan hantar ke nusery berhampiran umah aku. Aku serta suami aku g survey taska mana yg terbaik dan ok ke x. Zaman sekarang nak antar anak ke taska bayarannya boleh tahan gak. X pela $ boleh dicari,moga pihak2 pekeje taska menjaga anak2 dgn kasih sayang serta penuh bertanggungjawab.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday, 15 November 2012

KeNa DAH rUam SUSU



Sejak aku nak abis pantang nie,Arissa kena lak ruam susu kt pipi. Aduhai kesian muka anak mama nie,pipi jd kasar,merah~merah.. Dah pipi arissa x selembut kapas...(cehh aku yg lebih2 kata lak)


Tak nampak sangat..Ambil gambar nie dh tgh mlm..
Nampak x pipi saya yg bulat nie menjadi kasar....
Punca jadi mcm nie sbb susu terkena pada pipi pas2 mama x lap.. Sori ya sayang.
Aku sebagai mama x kan nak biar je. Kena la cari ubat untuk menghilangkan ruam susu..Tapikan dalam box ijau(ada minyak angin,bedak mini dll yg sesuai utk bayi) ada NAPPY RASH CREAM~PUREEN. Boleh ke guna??
Box yg setia..dibawa kemana sahaja...
Cream nie sentiasa juga dlm box...
 Aku search ubat@cream yg sesuai untuk kulit baby Cream wane pink,dr Pureen... Rupanya boleh diguna cream pureen nie,bukan saje untuk ruam lampin malah untuk ruam susu pun boleh...Uhhh nasib baik boleh setiap 3kali sehari aku sapukan...1st aku lap dgn kain bersih serta air bersih. Biarkan kering dulu.2nd sapukan nipis kt pipi baby arissa. Harap-harap pipi arissa jadi lembut.no kasar-kasar... So untuk kepastian lagi, aku rujuk pamplet tentang cream nie..Macam ner aku dapat, dalam hamper arissa...


Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, 5 November 2012

BaBy MunTaH

SALAM Semua :) Aku sekarang still dalam pantang lagi.. Bila nak abis?? Lagi 2minggu je.. X sabarnya,lps nie blh la aku kuar-kuar... Eemm anak aku yg ke-2, Arissa masa dlm pantang dah 2x muntah susu..Cuma mlm td aku terjaga dari tido yang baby Arissa tgh muntah bukannya sikit banyak gak siap kuar dari idung lagi...Uuuuhhh syukur aku cpt sedar & x tido mati cepat-cepat aku angkat dan urut/tepuk belakang baby. Yang 1st aku bw baby g jumpa doktor.. Doktor terangkan biasa baby baru lahir,sbb nya usus belum kuat berkeje lagi....


Apa itu MUNTAH SUSU?
Istilah perubatan pada masalah ini ialah gastroesophageal reflux. Ia tidak sama dengan muntah biasa. Muntah susu adalah masalah yang sangat kerap terjadi dikalangan bayi iaitu 40% pada bayi berusia kurang dari 1 tahun.

APA yang menyebabkan MUNTAH?
Ia terjadi kerana susu didalam perut termasuk balik kedalam salur esophagus ( saluran yang menyambungkan perut dan mulut). Bagi bayi yang lebih berusia, terdapat otot pada pangkal esofagus ini yang menghalang makanan dari perut masuk balik ke esofagus yang berfungsi seperti penutup satu hala atau 'valve'. Walaubagaimanapun, valve ini tidak betul-betul berfungsi sehinggalah bayi berusia 1 tahun ke atas. Itulah sebabnya ia lebih lebih kerap terjadi dikalangan bayi berusia kurang dari 1 tahun.
GEJALA dan SIMTOM
Keluar secara 'effortless'
Muntah terjadi sebaik minum susu
Muntah selepas sendawa
Susu keluar lebih banyak terutama setelah terlebih minum

 
TIP untuk kurangkan muntah susu
Sendawakan bayi dengan lebih kerap, semasa dan selepas menyusu
Kurangkan tekanan pada perut- jangan berbekung atau memakai lampin yang ketat.
Elakkan pergerakkan seperti membuai yang keterlaluan semasa dan selepas menyusu
Hindar dari minum susu terlalu banyak dalam satu masa
Baringkan bayi dalam kedudukan mengiring sebelah kanan semasa tidur
Tinggikan kepala bayi 30 darjah semasa tidur
Tegakkan badan bayi sebaik selepas menyusu.
Periksa samada terdapat “dribbling” pada mulut bayi semasa tidur. Lap sekiranya ada susu untuk mengurangkan iritasi.
Pastikan bayi tidak mengalami dihydrasi (kekurangan cecair badan) dengan memeriksa tanda-tanda dehidrasi seperti:
Lampin- sekiranya lampin kerap kering bayi mungkin mengalami dehidrasi
Periksa mulut: Lidah yang terlalu kering menunjukkan bayi dehidrasi
Kulit: sekiranya nampak kering dan berkedut, mungkin bayi mengalami dehydrasi.
BILA perlu jumpa DOKTOR?
Kebanyakkannya akan hilang dengan sendiri selepas 12 bulan dan bayi membesar secara normal. Walaubagaimanapun, ada segelintir dari bayi yang muntah terlalu banyak sehinggalah ia tidak membesar sebagaimana yang sepatutnya. Sekiranya muntahnya keterlaluan setiap kali menyusu, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.

TIP UNTUK MENYUSUKAN BAYI
* Menyusu dengan kadar sedikit. Hadkan setiap susuan kurang dari 20 min sekiranya menyusu botol.
*
Sekiranya menyusu badan, susukan pada sebelah buah dada sahaja dan perah yang satu lagi.
*
Jarakkan susuan sekurang-kurang 2 jam kerana perut mengambil masa 2 jam untuk kosong semula.
*
Pakaikan lampin dengan lebih longgar
*
Susukan bayi dalam keadaan tegak sedikit

 
Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, 3 November 2012

HARGAILAH ISTERI ANDA

Salam Semua ;) 
Aku ada terbaca citer kt 1blog utk dikongsi bersama terutama utk Isteri/bakal isteri.. kalo suami bersikap macam nie, aduhai.... RAMBUT SAMA HITAM(wpun ada yg perang2) HATI LAIN.. BUKAN KE JANJI SEHIDUP SEMATI..
jom kita baca CITERNYA KAT SINI