Saturday, 25 March 2017

KERJA KOSONG

Yang mana aku blh share aku share utk kwn-kwn yg sedang mencari keje...

Kalo berminat tue... boleh la direct call/wasap org tue ya... (No. tel, seperti dlm iklan)

==============================
Jawatan kosong !!
* CLEANER di KLIA2
* KERJA 12JAM (NORMAL 8JAM + OT 3JAM)
* BASIC RM1000 + OT = RM1500 +++
* ELAUN KEDATANGAN
* HOSTEL & PENGANGKUTAN DISEDIAKAN
* PINJAMAN SETIAP MINGGU ( 1 2 BULAN PERTAMA )
* CALL @ WHATSAPP 0125285340 / 0189107656

SUMBER FB : Nurul Nieymah
(Iklan dlm group SHAH ALAM)
============================
DARI WASAP GROUP (01/4/17)

Kepada Pelajar Lepasan SPM
Khas Kepada Pelajar KUALA LUMPUR dan SELANGOR

"PEMILIHAN DAN TEMUDUGA TERBUKA UNTUK PROGRAM TAJAAN"

TAHNIAH 🌹
Anda dijemput hadir untuk sesi TEMUDUGA bagi tawaran Biasiswa Pendidikan atau Subsidi Pendidikan ke Institut Pengajian Tinggi Malaysia

UNiMEiS dan ROUX Skills Training Centre menawarkan :

- SIJIL KEMAHIRAN
(gagal spm boleh memohon)
- DIPLOMA KEMAHIRAN
(gagal spm boleh memohon)
- DIPLOMA ( MQA )
(minimum 3 kredit)

Bidang yang ditawarkan :

- Pengurusan Korporat
- Pengurusan Perniagaan
- Pentadbiran Perniagaan
- Perakaunan
- Pengurusan Logistik
(Oil & Gas, Perkapalan, Pengangkutan)
- Pendidikan Awal Kanak Kanak
- Seni Kulinari ( Chef )
( Masakan dan Penyediaan Makan)

> Umur : 18 tahun ke atas
> Elaun : Elaun RM500  - RM700 (sebulan)
> Asrama disediakan sepanjang pengajian
> Bantuan Pendidikan / Biasiswa (Tajaan Industri)

Peluang Pekerjaan di Sektor KERAJAAN , SWASTA dan LUAR NEGARA
___________________________________

Sila Hadir ke TEMUDUGA :

Tempat : Bilik Taklimat (Tingkat G)
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Seksyen 13, Shah Alam
PPAS RAJA TUN UDA

Masa   : 10.30am - 1.30pm
Tarikh  : *02/04/2017* (AHAD)

- Sila bawa 1 salinan I/C dan slip SPM
- Penjaga WAJIB hadir

TIADA APA-APA BAYARAN SEMASA TEMUDUGA

JOM BELAJAR DAN TERUS BERJAYA
Maklumat lanjut :
Cik Az Zahra ( 014-9405198)
Cik Aisyah ( 014-6699889 )
___________________________________

Mohon Untuk Sebarkan Berita dan Peluang baik ini untuk masa depan anak muda kita

Bersama membantu anak muda kearah peluang kerjaya yang luas . Kalau bukan anak kita mungkin anak rakan rakan kita . Jangan tutup pintu peluang mereka .

MOHON SEBARKAN

===============================
URGENT! URGENT! URGENT!

ATTENTION PLEASEEEE!!! ***

Come & join us!!!

JAWATAN KOSONG :: PEMBANTU KIOSK PART TIME/ FULL TIME
** DIPERLUKAN DENGAN SEGERA !!!

Sesiapa yg mempunyai ciri-ciri berikut, sila tampil utk melayakkan diri anda menyertai kami ***

✅Perempuan/ Lelaki
✅Berumur 18-35 tahun
✅Bersih dan penampilan kemas
✅Minat berniaga
✅Mesra dan easy going
✅Amanah, bertanggungjawab, amanah
✅Sedia menerima tunjuk ajar dan teguran untuk meningkatkan prestasi diri dan kerja.
✅RAJIN !
✅Flexible- mudah brgerak

Lokasi di De Centrum Mall, Bangi.

- BASIC + KOMISEN

Berminat? Whatsapp/call
MIN- 0172309646
AIN- 0193856844
.
Kalau anda tidak mencari kerja , please tolong viralkan post ini. Mungkin ada yang perlukan kerja.

============================

Wednesday, 15 March 2017

ANAK MASUK WAD

ASSALAMMUALAIKUM  DAN SALAM SEJAHTER SEMUA....

MAAF MINGGU NI BLOG PIKIN FAMILY, x dapat update banyak-banyak....
Sebabnya anak kami no.3 demam panas dan muntah..
Mula demam kul 1pg AHAD LEPAS... dah siang bw g klinik berdekatan umah.... Doktor just bg ubat demam cecair & masuk bontot (suhu 38°° keatas baru guna) dgn batuk sahaja.

Malam still sama lagi, demam panas.. siap bagi ubat bontot... yang aku geram kami memang ada check bacaan suhu bdn... tapi bila tekan sua kat dahi siap cakap suhu 37.8° u r fever... sbb aku rasa nie bukan suhu sebenar.. ni confirm rosak.. Nasib ada jenis yg macam filem gambat dulu tue yg letak kt dahi... bacaannya 38° lbh tinggi dari sebentar td... uhhhhh mak nya memang tak tido... nak kasi suhu anak normal.. dah ormal dlm 2 3jam sahaja pastu naik balik.... tak boleh jadi nie...

Pagi ISNIN bangun pagi macam biasa, siapkan 2Damia ke sekolah, zara pun bangun elok je,siap sekali... Dah hantar ke tadika, aku terus bw anak ke DEMC - PAKAR PAED. (PAKAR KANAK-KANAK)

Kat DEMC nie, anak-anak aku 3Damia, semua refer dengan Doc. AHMAD...
Senang 1 Doc. je...

Sekarang kami 2beranak dah 3hari 2mlm di sini... suhu turun naik... demam sebab VIRUS & BAKTERIA...
MUDAH-MUDAHAN ANAK AKU NO.3 NUR ZARA DAMIA SEMBUH DAN HILANG SEGALA2 PENYAKIT YANG ADA... AMIN....

Wednesday, 8 March 2017

SELAMAT HARI WANITA

ASSALAMUALAIKUM ❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Selamat Menyambut Hari Wanita Hari Ini
WANITA HEBAT :
    Wanita hebat bukan kerana dia cantik
    Wanita hebat bukan 
kerana dia kaya
    Wanita hebat bukan 
kerana dia pintar
    Dan bukan pula 
kerana disampingnya ada lelaki kacak dan kaya
    
Tapi wanita hebat adalah :
    Wanita yang mampu terus berdiri  menyelesaikan masalahnya
    Mampu berdoa dan percaya kepada Allah sumber kekuatan
    Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan
    Bersabar saat tertekan
    Tersenyum saat hati menangis
    Diam saat terhina
    Mempesona karena memaafkan
    Mampu membalut luka hati dengan sabar
    Mampu memadam amarah dengan istighfar
    Mampu menghapus dendam dengan maaf.
   Slmt Hari Wanita

Thursday, 2 March 2017

RENUNGAN BERSAMA

As salam.

Dari fb Ust. Hanafiah Malek :

Kenapa ada yang menjual nasi lemak tepi jalan setiap hari tapi tetap tak buka kedai? Sebab dia selesa begitu. Tak suka nak fikir masalah yang complicated. Kenapa ada yang jadi doktor walaupun gaji tidak setimpal tenaga dan masa yang dikorbankan? Sebab passion. Happy bila tengok pesakit baik semula. Kenapa ada yang setia menjala ikan setiap pagi? Sebab hanya itu yang dia tahu. Seronok dapat ikan banyak.

Jangan paksa orang jadi kaya. Jangan sombong dalam kata seolah semua manusia kena kaya dan berharta. Seolah yang memilih 'makan gaji' itu tidak berjiwa besar atau taknak maju dalam hidup. Seolah yang berniaga kecil-kecilan itu takde apa nak dibanggakan. Seolah yang memilih menjadi surirumah tangga sepenuh masa itu 'loser'. Seolah bila bergelar jutawan itu baru definisi kaya dan berjaya.

Kebahagiaan dan rasa cukup manusia itu berbeza. Keperluan dan kehendak manusia itu berbeza. Allah mencipta manusia itu berbeza. Minat berbeza. Kudrat berbeza. Kepakaran berbeza. Pengetahuan berbeza. Latar belakang berbeza. Sihat sakit berbeza. Kerana semua memerlukan antara satu sama lain.

Kalau hari ini kita rasa kita hero, jangan lupa esok kita boleh jadi zero. Hanya dengan KUN FAYAKUN. Buang sombong dan rasa besar dalam diri tu. Tidak memiliki itu sebuah ujian. Memiliki sesuatu juga sebuah ujian-- yang lebih hebat, yang lebih halus. Optimis itu bagus; cuma jangan sampai riak, takabbur, tidak menjaga silaturrahim. Jangan lupa asal usul kita. Semuanya asal dari tanah, dan ke tanah juga kita akan kembali. Apa yang kita ada hari ni, semuanya akan kita tinggalkan. Tak ada satu pun kita akan bawa bersama. Hanya satu yang bernama taqwa.

Respect other's decision.
Embrace diversity.
Pesanan buat diri sendiri.

Wednesday, 1 March 2017

GIGI TERTANGGAL

SALAM

RAWATAN-RAWATAN GIGI TERTANGGAL


RAWATAN KECEMASAN GIGI TERTANGGAL

1. Cari gigi tersebut di kawasan anak terjatuh. Kita tidak tahu gigi itu patah separuh ke, atau tertanggal semuanya. Hati-hati jangan sampai terpijak.

2. Apabila jumpa gigi, INGAT INGAT INGAT, jangan main kaut sahaja gigi tu. Hanya pegang pada bahagian korona. Jangan kacau bahagian akar gigi.

3. Bilas gigi tadi dengan air bersih. Masih lagi memegang korona. Cuba elakkan memegang akar. Jika dibasuh dalam sinki, tutup lubang sinki, takut terjatuh pula gigi dalam lubang nanti satu hal pula. Basuh dalam 10 saat sahaja. Air bukan medium yang baik untuk mengekalkan vitaliti gigi.

4. Jika terdapat kotoran pada gigi, jangan bersihkan menggunakan apa-apa jenis kain seperti baju atau dengan jari.

5. Selepas dibilas, cuba masukkan gigi ke dalam soketnya. Jika boleh, masukkan sehingga menjadi seperti kedudukan asalnya semula. UNTUK GIGI KEKAL SAHAJA. JANGAN MASUKKAN SEMULA GIGI SUSU – akan mencederakan gigi kekal di bawahnya.

6. Jika tidak boleh, jangan paksa. Tetapi gigi itu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Pastikan ia dalam keadaan tidak kering. Ada beberapa cara:

a) Rendam gigi dalam segelas susu sejuk.

b) Simpan gigi dalam bekas berisi air liur. 

c) Simpan gigi dalam mulut. Mulut ada air liur. Perlu berhati-hati dikhuatiri tertelan pula gigi itu atau gigi itu masih punya kotoran.

d) Simpan dalam bekas berisi air biasa. Pilihan terakhir. Lebih baik daripada dibiarkan gigi kering tetapi hanya sebagai pilihan terakhir.

7. Jumpa doktor gigi dengan segera. Masa memainkan peranan penting untuk menyelamatkan gigi itu. 1 jam sahaja. 1 jam – dari gigi terkeluar hingga jumpa doktor gigi.

REF :
KEMENTERIAN KESIHATAN

SAMAN MBSA

SALAM

Kepada kakak-kakak, ke abang ke adik-adik ke... 
Yang mana ada SAMAN MBSA, Boleh jelaskan saman pada bulan ini MARCH 2017 dapat 50%...