Saturday, 29 October 2011

Nasi Daging

Teringin Nasi Daging......

Sebenarnya aku dah lama teringinkan Nasi Daging..Sebelum aku mengandung lagi sehingga aku dah ada anak sorang,kawan aku selalu cerita kan nasi daging sedappppp.. Nasi daging cicah air asam.... Nasi Daging nie terkenal di sebelah Utara, member aku pun asal sana juga, aku pun amek kesempatan tlg order rempah nasi daging... Akhirnya dpt juga rempah made in Alor Star Kedah.... Hari Sabtu aku berkesempatan masak nasi daging..Risau gak jadi ke x..apa-apa pun Follow je la bahan2 serta cara2 nak masak..

Ini lah, rempah nasi daging...

Bahan Serta Cara-cara nak masak....
 Setelah aku baca bahan serta cara masak...Aku pun sedia bahan-bahan yang diperlukan....
Bahan-bahan telah dihiris
BAHAN :-  
1.                                       1)10biji Bawang Merah
2.                       2) 5biji Bawang Putih
3.                       3) 1 batang serai (dititik)
4.                       4) 2inchi halia
5.                       5)  Kayu Manis, Bunga Lawang, Bunga Cengkih..(Ikut Kehendak nak letak brp byk)
6.                       6) Minyak Sapi (Kalo x de Planta pun boleh) – Panas kan dulu…
                    7) Daging (dlm 1kg) & Rebusan Air Daging - Rebuskan dulu sehingga empuk...
                    8) Beras..(1perencah  = 3pot beras)
                    9) Rempah Nasi Daging


CARA-CARA :-
                  1) Panaskan minyak dahulu..Kemudian tumis bahan 1 hingga 5, sampai wangi..
                  2) Masukan Rempah yg ada di dlm paket itu...Biarkan mendidih
                  3) Barulah masukkan daging... 
                  4) Kemudian masukan beras..Air rebusan daging perlulah di campurkan..
                       3pot beras= 4sukatan Air Daging...
                  5) Selesai, tunggu masak... 
                  6) Jom Kita MAKAN..... 






YEAHHHH.... !!!!! jadi.. Alhamdullilah...
AKHIRNYA dpt gak NASI DAGING buatan air tangan Kin..

***OOppppsss lupa..Lagi 1, air asam aku buat simple je..Bawang Merah,cili,tomato,asam jawa...





                  

Friday, 28 October 2011

Nasib selipar PINK

SALAM

Citer Kin di pagi Jumaat(28/10/11).sedih,hangin,penat,marah.kononnya nk g bank awal,kul 8.50 dh terjegat dpn bank,kt subang perdana nya.so tepat kul 9,tolak la pintu.aik,apahal kunci lg.so guard kuar "dik,bank buka kul9.30. perrrhhhh lg 1/2jam nk tggu.malas nk terjegat dpn bank, Kin pun berlengah-lengah pegi je kt kete,iyala lepak dlm kete kena lak aircond kan bagus blh sejukkan bdn...Kin pun jln dgn cpt,x tgk bwh.TIBA-TIBA,ibu jari rase sejuk.aaaahhh,taikkkkk..alamak kan dah terpijak.uuhhhhh.... selipar aku.dgn sifat2 marah berkobar2 b@#/%*.aduaiiiii kenapa la sifat sebegitu dtg pg2 nie.iyala kalo dh start mood :-( kandang2 blh bw ke ptg.lambat sikit nk ilangkan mood tu.
Tengok r selipar nie.......perrrhhh,x kan nk lap..mmg berpontensi di tinggalkan ni..isssshhhh. selipar kegemaran yg setiap ari ku pakai dh lbh 10bln Kin pakai.akhirnya nasib sepasang selipar di tinggalkan.bye~bye selipar pink..

Cari-cari dlm kete nasib baik ada penyelamat 2pasang kasut yg aku tgglkan sblm ni dlm kete ada lagi.

Korg nampak x,kt kaki kanan Kin tue yg ada putih...tue Kin balut, sbb terkena la...haaaiiiyaaaaa...tapi dh lap..cpt-cpt ke opis, cari tanah utk Samak.....
Uhhhh itu la citer Pg Jumaat....

bye-bye kwn-kwn...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 25 October 2011

HELLO KITTY

Kepada peminat-peminat Hello Kitty....

Utk mendapatkan hadiah Hello Kitty perlulah join Akaun @ Kad Visa @ Akaun sediada dgn Hong Leong Bank/ EON Bank.

Hadiah UTAMA Kete Hello Kitty(Swift)
Hadiah Bulanan  x50 Beg Troli Hello Kitty





 TERMA & SYARAT

Berminat.... LAYARI  http://www.hlb.com.my/promo/pfs/dep_kitty/index.jsp?s=promo

Sunday, 23 October 2011

UMAH DAMIA

Damia ada umah dah...wahhhh

Damia dpt umah,bagusnya.setelah jln-jln kt damansara.terima kasihla abah sudi beli rumah utk damia...
Lepas nie anak abah mama, main kt dlm umah ya....

Sori kwn-kwn baru dpt update gambar... Jom kita layan umah baru mia....

Cara-cara nak membangunkan umah

Kerangka...

Siap sikit....Mia dah dtg sibuk2...

Abah pun nak masuk gak...hihiiihiii

Nie la rumah baru DAMIA...
Mia Rasmikan dulu...


Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, 22 October 2011

Fish Spa/Dr.Ikan/Terapi Ikan


Salam Para Pembaca 

Korg penah cuba x perkhidmatan FISH SPA / Dr.Fish???Ala yg slalunya kita rendamkan kaki kita ke dlm  kolam tersbut..Bayaran ikut tempat juga.. Kalo kt Pavillion 30mnt = RM40. Kalo kt tempat lain 15minit=RM10..Kalo x silap la..harga berubah ikut kawasan..Yang penah merasa Fish Spa ni Mesti rasa geli-geli apabila ikan tue gigit ikan-ikan kt tapak kaki tapi tahan je.. 


Kebaikan Fish Spa ni :- 


  • Meningkatkan pengedaran darah
  • Menenangkan
  • membuang sel2 kulit yang telah mati
  • selamat tanpa kesan sampingan
  • perlindungan kepada kulit

TAPI!!!!! ADA BAHAYA !!!

Hari ini  22/10/2011 dlm Harian Metro..Pihak Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa amaran risiko Fish Spa/Dr.Ikan/Terapi Ikan kerana boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuk hepatitis C, HIV/AIDS dan TIBI serta berbagai penyakit lain yg berjangkit menerusi air..

Kartun dlm Harian Metro (22/10/2011)

Sebenarnya nasihat ini bukanlah hanya dari Kementerian Kesihatan Malaysia, tetapi juga dari UK Health Protection Agency. Di Amerika Syarikat mereka telah mengharamkan pengoperasian spa ikan (Fish spa therapy).  Begitu juga di London dimana Britain's Health Protection Agency (HPA) telah memberi amaran kepada orang ramai tentang risiko  dijangkiti HIV.
Sahih atau tak sahih elok dijauhkan sahaja sehingga dibuktikan selamat..

Thursday, 20 October 2011

KAEDAH PENYUSUAN

Kaedah penyusuan utk bayi...

   
Kaedah cara menyusukan bayi














*Maklumat Sampingan berkaitan teknik penyusuan*
  • Ini bergantung pada cita rasa dan pilihan anda. Anda boleh menyusu sambil duduk, berbaring atau serong sebelah.
  • Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya apabila menyusu.
  • Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau duduk bersandar di kerusi.
  • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga susah ia mencapai puting payu dara. Jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.
  • Gunakan sesuatu seperti bantal, kusyen, atau bahan yang lembut tapi kukuh untuk bersandar atau merehatkan kaki agar dapat menyokong anda dan bayi.
  • Sokong kepala bayi dengan lengan, manakala muka bayi menghadap ke hadapan dan muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
  • Bayi rapat dengan ibu(perut bertemu perut). Punggung, kepala dan bahu bayi diampu.
  • Letakkan kepala bayi, tubuh dan kaki dalam keadaan lurus, kepala bayi diangkat tinggi sedikit.
  • Gunakan bantal atau silangkan kaki anda untuk menaikkan kepala bayi ke payu dara
  • Bayi seharusnya menghisap seluruh bahagian kawasan puting.
  • Cara memegang payudara adalah dengan Pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting
  • Cara memengang yang salah adalah Pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting
  • Cara yang betul menyusukan bayi *Sentuh bibir bayi, *tunggu mulutnya terbuka luas *gerakkan badan bayi ke arah payudara *pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola) *pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara
  • Cara pelekapan yang betul *mulut bayi terbuka luas *dagunya mencecah payudara *bibir melekup keluar *pipi gelembung *payudara nampak penuh dan bulat *terdengar nada hisapan - hisap -telan-hisap-telan
  • Cara pelekapan yang salah *dagu bayi jauh *tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi *dagu tidak menyentuh payudara *ibu rasa sakit *payudara bolehbengkak dan puting luka
Sumber : www.nutriweb.org.my/downloads/snp_breastfeeding_guide.pdf , http://mforum.cari.com.my susuibu.com

Tuesday, 18 October 2011

SUSU IBU

susu ibu penawar terbaik untuk bayi :)


Susu ibu adalah penawar terbaik bagi bayi yang mengalami cirit-birit, gangguan sistem usus, jangkitan saluran pernafasan dan keradangan akibat serangan virus atau bakteria pada telinga.
Bayi yang diberikan susu ibu mempunyai risiko rendah untuk mendapat pelbagai jangkitan atau masalah kesihatan kerana susu ibu mengandungi antibodi untuk menguatkan badan si kecil menentang serangan bakteria.
Secara umumnya, susu ibu adalah makanan yang lengkap — ada protein, vitamin dan mineral; semuanya penting untuk membentuk sistem pertahanan badan bayi dan membantu pertumbuhan serta perkembangannya.

Susu ibu sebenarnya mengandungi banyak faktor-bio yang kompleks. Faktor-bio adalah bahan yang memberi kesan positif dan merangsang sistem biologi badan, mengekalkan mikro organisma berguna dalam usus bagi mengekalkan kestabilan kesihatan. Faktor ini membantu meningkatkan sistem imunisasi bayi yang diberikan susu badan.
Antara faktor-bio utama yang dikenal pasti dan ditambah dalam susu formula ialah nukleotida, rantaian panjang asid lemak tidak tepu (LCP) seperti asid arakidonik (AA) dan asid dokoheksanoik (DHA), selenium dan karotenoid.
Selain itu, susu ibu mengandungi faktor anti-mikrobial yang berfungsi menentang bakteria dalam usus (seperti laktoferin, lisozim, IgA, lipid dan oligosakarida); anti-keradangan (contohnya prostaglandin, kortisol, epitelial, faktor tumbesaran, asid lemak tidak tepu) serta perangsang sistem imunisasi (seperti sitokinin dan nukleotida).
Sistem pertahanan

Seperkara lagi, susu ibu juga ada satu bahan dipanggil limfosit yang meningkatkan sistem pertahanan badan, manakala faktor bifida membantu pertumbuhan bakteria berguna, Lactobacillus bifidus dalam usus.
Bunyinya mungkin terlalu ilmiah, tetapi ini antara ‘bahan penting’ dalam susu ibu yang sudah dikenal pasti. Susu ibu memang unik dan ia digunakan sebagai piawaian untuk pengeluar susu formula.
Sehingga kini belum ada susu formula mampu menyaingi khasiatnya kerana ada beratus-ratus faktor-bio belum dapat ‘ditambah’ ke dalam susu formula.

Pensyarah Kolej Perubatan dan Kesihatan Umum, Universiti South Florida, Dr Jane Carver, berkata kajian membuktikan kanak-kanak yang diberikan susu ibu membesar dengan lebih baik dan cepat.
Katanya, kanak-kanak yang dibesarkan dengan susu ibu didapati lebih cerdik, mendapat keputusan baik dalam pelajaran dan kecerdasan ini dipercayai berlanjutan sehingga dewasa.
“Sememangnya khasiat susu ibu tiada tandingan. Bahan penting susu ibu seperti AA dan DHA membantu perkembangan neuro (sistem saraf) dan otak yang lebih baik.
“Susu ibu juga mengandungi hampir 30 jenis karotenoid yang memainkan fungsi penting dalam sistem pertahanan badan bayi. Ia berfungsi sebagai agen antioksidan dan anti keradangan.
“Selenium pula berfungsi sebagai antioksidan untuk mengelakkan kemusnahan membran sel dan merangsang proses pembesaran,” katanya ketika perbincangan media mengenai faktor-bio dalam pemakanan bayi anjuran Wyeth (Malaysia) Sdn Bhd, baru-baru ini.

Susu badan sangat penting, terutama kepada bayi pramatang (tidak cukup bulan) kerana organ mereka belum berkembang sepenuhnya ketika dilahirkan. Malah, kebanyakannya mengalami masalah kekurangan berat badan dan mudah mendapat jangkitan.

Kajian epidemiologi dan klinikal menunjukkan susu ibu yang kaya karotenoid mampu merendahkan risiko mengalami pelbagai penyakit akibat kemerosotan tisu, gangguan retina mata dan displasia bronkopulmonari (perkembangan paru-paru yang tidak normal).
Susu ibu adalah makanan yang steril. Justeru anak yang mengalami cirit-birit dan diberikan susu ibu akan terhindar daripada jangkitan bakteria atau virus berterusan.

Kandungan nukleotida dalam susu ibu juga mampu menguatkan sistem usus dan imun bayi. Ini juga sebabnya bayi yang diberikan susu ibu mempunyai risiko rendah mengalami cirit-birit.
“Malangnya, ramai ibu berhenti memberikan susu ibu apabila mereka kembali bekerja. Walaupun susu formula juga ada banyak khasiat, ia belum dapat menandingi susu ibu kerana kandungan susu ibu berubah mengikut keperluan anak.

“Berikan susu badan kepada anak walaupun sedikit, tetapi anak tetap akan mendapat banyak manfaatnya. Pemakanan ketika kecil akan memberi kesan besar apabila anak dewasa. Justeru, jangan bazirkan anugerah yang diberikan,” katanya.

Sumber:Harian Metro


                                         
 

SuSu SOYA

Tiada bukti saintifik susu soya sesuai untuk pembesaran bayi

Salam,                             
Dikongsikan bersama....Mengenai SUSU SOYA

BERITA HARIAN, 24 Jun 2009.

SURAT ini ditulis atas kebimbangan terhadap berleluasanya aktiviti pengiklanan mengenai kebaikan susu formula bayi berasaskan kacang soya di media massa.
Kami sebagai pakar perubatan kanak-kanak, ingin menerangkan dengan terperinci mengenai kesan atau keadaan di mana penggunaan susu soya boleh disyorkan berdasarkan kepada maklumat saintifik terkini.
Susu ibu adalah pilihan terbaik untuk bayi yang sedang membesar. Sekiranya, penyusuan susu ibu tidak dapat diteruskan atas sebab tertentu, susu formula bayi berasaskan protein lembu adalah pilihan alternatif yang disyorkan. Protein soya adalah berasal dari sumber tumbuhan.
Secara amnya, kualiti protein dari sumber tumbuhan adalah lebih rendah berbanding kualiti protein dari sumber susu manusia atau dari sumber susu lembu.
Ia disebabkan kekurangan sesetengah jenis asid amino yang amat diperlukan untuk pertumbuhan fizikal yang sihat.

Tambahan pula, susu soya mengandungi kandungan aluminium dan “phyto-oestrogens” berlebihan yang kesan jangka panjangnya terhadap tubuh badan manusia masih belum diketahui dengan terperinci buat masa ini.
Banyak badan profesional seperti Akademi Pediatrik Amerika, Persatuan Gastroenterologi dan Nutrisi Pediatrik Eropah serta Persatuan Perubatan Australia tidak mengesyorkan penggunaan susu berasaskan protein soya kepada bayi pramatang dan bayi berusia kurang dari enam bulan.
Penggunaan susu soya hanyalah terhad kepada kanak-kanak yang menghidapi penyakit ‘Galactosaemia’ iaitu sejenis penyakit metabolik yang jarang berlaku dan kanak-kanak yang menghadapi masalah ‘Isolated Lactose-intolerance’ iaitu ketidakbolehan menghadamkan gula laktosa yang terkandung di dalam susu lembu dan manusia.
Kami juga turut melihat trend penggunaan susu soya sebagai susu gantian ketika berlaku cirit-birit. Susu soya dipercayai boleh memendekkan tempoh jangka masa cirit-birit. Ingin ditegaskan bahawa setakat ini, tiada bukti saintifik menyokong kenyataan di atas.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan kepentingan strategi memastikan pengambilan cecair dan elektrolit yang mencukupi ketika cirit-birit.
Penggunaan susu berasaskan protein soya hanya terhad untuk jangka masa pendek kepada kanak-kanak yang disahkan mempunyai masalah menghadamkan gula laktosa disebabkan cirit-birit (secondary lactose intolerance) dan tidak perlu disambung penggunaannya untuk tempoh jangka masa panjang.
Susu berasaskan protein soya juga sering disyorkan kepada bayi yang mempunyai masalah radang perut atau kolik oleh ramai pengamal perubatan. Realitinya, tiada bukti saintifik menyokong amalan berkenaan.
Tambahan pula, masalah kolik di kalangan bayi tidak memerlukan sebarang rawatan spesifik kerana masalah ini tidak berbahaya dan akan pulih dengan sendirinya.
Penggunaannya di dalam rawatan asma adalah satu lagi keadaan di mana susu berasaskan protein soya digunakan tanpa indikasi tepat. Sekali lagi, tiada bukti saintifik yang menyokong amalan ini.
Peranan susu berasaskan protein soya di dalam rawatan masalah alahan kepada protein lembu tidak dapat dinafikan, tetapi ingin ditegaskan di sini bahawa masalah alahan protein lembu jarang berlaku dan sekiranya berlaku, penggunaan susu berasaskan protein soya hanya terhad untuk bayi berusia 6 bulan ke atas yang disahkan oleh pakar perubatan bahawa bayi mempunyai masalah ini.

Kami berharap penerangan yang diberikan dapat meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai peranan susu berasaskan protein soya. Ia adalah satu sumber nutrisi alternatif, tetapi penggunaannya terhad kepada keadaan tertentu saja.

PROFESSOR DR LEE WAY SEAH,
Presiden Kolej Pediatrik
Akademi Perubatan
Malaysia.
DR SOO THIAN LIAN,
Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia