Tarikh: 26 November hingga 31 Disember 2011
Tempat: Muzium Negara, Kuala Lumpur.
Masa: 9.00pg hingga 5.00ptgBagaimana hendak ke Muzium Negara!!!!
Bas
Menggunakan bas RapidKL bas No. 115 (bayaran RM 2.00 sehari untuk KL City Shuttle) dari KL Sentral. Perkhidmatan bas KL Hop-in Hop-off juga disediakan dan perhentian untuk ke Muzium Negara adalah di perhentian bas No. 12.Komuter KTM dan Rapid Kelana Jaya Line (dikenali sebagai Putra LRT)
Dari KL Sentral anda perlu berjalan dalam lingkungan 0.5 km ke Muzium Negara dengan menggunakan susur jalan yang telah ditetapkan dengan mengikut papan tanda yang disediakan.Kawasan letak kereta
Kawasan letak kereta yang selesa disediakan di Muzium Negara. Kadar bayaran sebanyak RM2.00 untuk kereta dan RM 1.00 untuk motosikal.Kemudahan
Sebuah lif disediakan untuk pelawat berkerusi roda ke Muzium Negara. Kerusi roda juga disediakan atas permintaan. Sila berhubung dengan Kaunter Khidmat Pelawat di (03) 2267 1000 (talian umum) untuk maklumat lanjut.Mengambil gambar
Fotografi dan mengambil video adalah dibenarkan di galeri pameran bagi tujuan kegunaan sendiri sahaja. Bagi tujuan komersial pula, sila dapatkan kebenaran dengan menulis kepada Ketua Pengarah, Jabatan Muzium Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Muzium Malaysia.Kedai Muzium
Terletak di aras bawah berdekatan dengan laluan keluar Muzium Negara. Terdapat beberapa koleksi yang menarik yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan seperti koleksi buku, video cekera padat dan ianya boleh dibuat sebagai bahan kenangan serta hadiah semasa melawat Muzium Negara. Setiap bahan yang dijual mempunyai signifikan sejarahnya yang tersendiri.Lokasi menarik berdekatan
Terdapat banyak lokasi yang menarik berdekatan dengan Muzium Negara antaranya adalah Taman Tasik, Tugu Negara, Taman Burung dan Taman Tasik Perdana.Waktu Dibuka dan Bayaran Masuk
Waktu beroperasi 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari
Muzium akan ditutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
Jenis Pelawat | Kadar |
Warganegara | RM 2.00 |
Warga Tua dan Orang Kelainan Upaya (OKU) | RM 1.00 |
Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah (warganegara) | Percuma |
Pelajar Sekolah Menengah berpakaian Seragam (warganegara) | Percuma |
Pelajar Sekolah Menengah tidak berpakaian Seragam (warganegara) | RM 2.00 |
Ahli International Council of Museums (ICOM) | Percuma |
Bukan Warganegara | RM 5.00 |
Kanak-kanak berumur (6 tahun hingga 12 tahun) (bukan warganegara) | RM 2.00 |
Kanak-kanak berumur kurang daripada 6 tahun (bukan warganegara) | Percuma |
No comments:
Post a Comment