Monday, 27 February 2012

Restaurant Bisik~Bisik

Lunch hour,ajak la kwn-kwn opis g mkn kt restaurant bisik-bisik,ini cadangan aku sbb aku penah tgk Jalan-Jalan Cari Makan di Tv3,pertengahan bln 2.Restaurant terletak di Jalan Zirkon B 7/B,Sek.7 Shah Alam.Berhampiran UNISEL Shah Alam.

Restaurant Bisik-Bisik
Menu-menu yg ada PAGE 1
Menu-menu yg ada PAGE2
Mee Bungkus(kepuasan 2.5/5) + Teh-C
Nasi Ayam (kepuasan 4/5)
Mee Bandung Muar. (kepuasan 3/5)
Mee Bandung Udang (kepuasan 3/5)
Abis dah..sebab lapar...
Kaunter Bayaran.Ada PLAG JJCM TV3
*** Restaurant masakan biasa-biasa je***
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 20 February 2012

IPAD2 vs SAMSUNG TAB

VS    














Nak beli IPAD2 ke nak beli SAMSUNG TAB...so tgk la perbezaan antara 1 sama lain...

Reka bentuk dan berat
Samsung Galaxy Tab 10.1 dilengkapi dengan paparan 10.1 inchi manakala Apple iPad 2 mempunyai paparan 9.7 inchi. Kedua-dua komputer tablet ini mempunyai berat yang sama iaitu 1.3 paun. Akan tetapi, perbezaan antaranya adalah bahawa Samsung Galaxy Tab 10.1 mempunyai ketebalan sebanyak 0.43 inchi manakala Apple iPad2 adalah 0.34 inchi.

Resolusi
Dari segi resolusi pula, Samsung Galaxy Tab 10.1 mengandungi resolusi sebanyak 1280x800 manakala iPad 2 menawarkan resolusi 1024x768. Namun, apabila ia dilihat dalam aspek saiz skrin, resolusi bagi kedua-dua computer tablet ini adalah lebih kurang sama. Oleh itu, dalam aspek ini, tiada perbezaan yang besar antaranya.

Kecekapan Processor
Apple iPad 2 mengandungi processor dual-core 1GHz A5 yang baru. Ia menyebabkan iPad 2 ini memproses data dengan lebih cepat berbanding dengan apa yang dibayangkan. Samsung Galaxy Tab 10.1 juga mempunyai processor dual-core 1GHz, tetapi apa membezakan ialah ia menggunakan cip A4 yang digunakan dalam iPad asal yang telah direka oleh Samsung, di mana ia dikenali dan diakui menjadi bahagian terbesar pengilang untuk Apple.

Sistem Operasi 

Apple iPad 2 berfungi dengan menggunakan IOS 4.3 yang menjadikan browser beroperasi dengan lebih cepat. Selain itu, iPad 2 juga mengandungi ciri-ciri AirPlay dan iTunes Home Sharing. IOS 4,3 juga menyediakan versi hak milik Apple yang lebih baik iaitu Nitro JavaScript di mana program ini akan berfungsi dengan lebih pantas pada semua peranti yang menggunakan IOS. Manakala Samsung Galaxy Tab 10.1 menggunakan Android 3.0 yang juga dikenali sebagai Honeycomb yang menjadikan ia lebih berkuasa dan membuat multitasking dengan mudah dan ia mudah disesuaikan.

Memori
Apple iPad 2 menawarkan pilihan memori dalaman jenis 16GB, 32GB dan 64GB. Samsung Galaxy Tab 10.1 pula hanya menawarkan hanya dua pilihan iaitu 16GB dan 32GB. Baik Apple mahupun Samsung, setakat ini telah mendedahkan RAM pada peranti terbaru mereka.

Kamera
Kedua-dua komputer tablet ini memiliki dua kamera. Samsung Galaxy Tab 10.1 memiliki kamera 3.2 MP di bahagian belakang yang dilengkapi dengan LED flash dan kamera 1.3 MP di bahagian depan untuk video call.  Sementara Apple iPad 2 mempunyai kamera 3 MP di bahagian depan dan kamera 7 MP di bahagian belakang. Kedua-dua kamera juga boleh digunakan bergantian selama melakukan videochat. Jika kamera depan yang telah diaktifkan, pengguna boleh berkomunikasi seolah bertentangan langsung. Di saat melakukan videochat, pengguna boleh mengalihkan ke kamera belakang untuk berkongsi sesuatu di depannya kepada lawan bicaranya.

Hayat bateri 

Apple iPad 2 mempunyai hayat bateri selama 10 jam. Manakala Samsung Galaxy Tab 10.1 mempunyai bateri dalaman 7,000 mAh dan hayat bateri semasa bermain video adalah 9 jam dan muzik adalah sekurang-kurangnya 17 jam. Prestasi dan hayat bateri adalah mengikut keadaan pengguna menggunakannya.

Penentuan harga
Harga adalah aspek penting dalam membezakan antara Samsung Galaxy Tab 10.1 dan iPad 2. Harga iPad 2 untuk versi WiFi 16 GB yang paling asas ialah RM 1499 dan model WiFi + 3G 64GB ialah RM2499. Manakala harga Samsung Galaxy Tab 10.1 jenis WiFi + 3G 16 GB adalah RM 1899 sementara jenis WiFi + 3G 32GB berharga RM 2150. Di sini jelaslah bahawa harga Samsung Galaxy Tab 10.1 adalah lebih mahal berbanding dengan Apple iPad 2.


Walaupun kedua-dua komputer tablet ini mempunyai kelebihan dan kelemahan mereka masing-masing, tetapi ia bergantung kepada minat dan keperluan khalayak. Jika anda bercadang untuk membeli komputer tablet, anda dinasihatkan membuat pemantauan terlebih dahulu dan membeli membeli mengikut keperluan dan minat.   

Friday, 17 February 2012

20orang TERKAYA MALAYSIA

Siapakah 20orang yang terkaya di Malaysia..Dibawah ni bukti siapakah gerangannya....
Gambar dr paper Metro 17/2/2012
1-10 Orang Terkaya Malaysia

                  1. Robert Kuok Hock Nien - RM45.7 bilion (Kerry Group/KuokGroup)
 2. T Ananda Krishnan - RM42.99 bilion (Usaha Tegas)
 3. Tan Sri Teh Hong Piow - RM12.64 bilion (Public Bank)
 4. Tan Sri Lee Shin Cheng - RM11.35 bilion (IOI Group)
 5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary–RM9.53 bilion(DRB-Hicom&Albukhary Foundation)
 6. Tan Sri Quek Leng Chan – RM8 bilion (Hong Leong Malaysia)
 7. Tan Sri Lim Kok Thay – RM7.58 bilion (Genting Group)
 8. Puan Sri Lee Kim Hua – RM6.58 bilion (Genting Group)
 9. Tan Sri Tiong Hiew King – RM6.41 bilion (Rimbunan Hijau)
 10. Ong Beng Seng – RM4.91 bilion (Hotel Properties Ltd)

11-20 Orang Terkaya Malaysia

11. Tan Sri Azman Hashim - RM3.47 bilion (Arab-Malaysian Corp)
12. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun–RM2.54 bilion(Berjaya Group)
13. Datuk Mokhzani Mahathir–RM1.93 bilion(Kencana Petroleum)
14. Datuk Lee Yeow Chor – RM1.78 bilion (IOI Group)
15. Tan Sri Tony Fernandes – RM1.77 bilion (AirAsia)
16. Lee Yeow Seng – RM1.74 bilion (IOI Group)
17. Tan Sri Lau Cho Kun – RM1.72 bilion (Hap Seng Consolidated)
18. Tan Sri Yeoh Tiong Lay – RM1.71 bilion (YTL Group)
19. Tan Sri Lee Oi Hian – RM1.58 bilion (Batu Kawan)
20. Datuk Lee Hau Hian – RM1.58 bilion (Batu Kawan)
 Ref:- 1) Paper Metro 17/2/2012
         2) http://harianpost.my/2012/02/17/senarai-top-20-orang-terkaya-malaysia-2012/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=senarai-top-20-orang-terkaya-malaysia-2012

Published with Blogger-droid v1.7.4

Basikal

Basikal utk org dewasa.....
Pilihan utk kanak-kanak 1-3thn
tauke kedai sedang adjust apa yg patut...nila pilihan mia
Adiah utk kwn mia nnt....


cehh ada hati gak dgn motor nie...
"mcm ner nak pegang nie, x sampai la...."
big bos duduk di basikalnya...
Akhirnya dpt juga basikal baru utk baby mia.
Published with Blogger-droid v1.7.4

10-MEROSAKAN OTAK

Untuk share bersama..Kadang-kadang perkara yang kita buat boleh merosakan otak kita sendiri...

  1. TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI
  2. TERLEBIH MAKAN
  3. MEROKOK
  4. PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN
  5. MENGHIDU UDARA YANG TERCEMAR
  6. TIDUR BERLEBIHAN
  7. TIDUR DGN MENUTUP MUKA
  8. KURANG BERIMIGINASI
  9. JARANG BERFIKIR
  10. TIDAK BACA AL-QURAN





Thursday, 16 February 2012

FIESTA BELON PANAS

FIESTA tahunan Belon Udara Panas 
Edisi ke-4 di Putrajaya-Prensen 2...
                        15 hingga 18 Mac 2012 7pg-9mlm
Pastinya memberikan inspirasi kepada orang ramai dengan tarikan reka bentuk, saiz dan warna yang pelbagai.
JOM KITA PERGI MELIHAT BELON PANAS!!!!! 
TEMA :- 1Dunia. 1Malaysia. 1Fiesta (1World. 1Malaysia. 1Fiesta) Tugu Milennium

Info-info yg perlu tahu :-






REF:-  http://www.myballoonfiesta.com

Talasemia

APA PENYAKIT TALASEMIA???
Inilah yang aku search setiap hari sehingga la result kuar baru aku paham...

                Cerita aku pasal penyakit ini 4bln lps…Sebelum nie anak aku asyik demam-demam..Sampai satu tahap, berlarutan sehingga 5ari. Aku dgn housband terpaksa bawa ke hospital swasta di Shah Alam & dimasukkan wad 4h3m utk doctor refer.Doktor pun telah ambil darah anak aku utk utk check..ala cek mcm biasa yg kita buat di klinik, Hb,Zatbesi,Kolestrol dll…Cuma dlm keputasan tue bacaan utk Zatbesi dibawah taget..Dan Doktor suspek anak aku ada penyakit Talasemia…Appointment lagi skali utk amek darah lagi secara detail untuk dikenal pasti penyakit Talasemia..Amek darah bukannya sikit banyak..lupa lak aku nak amek gambar..time tue tgh pujuk baby jgn nangis…
               Tunggu result 2mggu.Perasaan aku nak amek result darah anak pun darah aku yg gemuruh,berdebar-debar mcm tunggu result SPM..mcm-mcm aku pikirkan…hihihiii..aku Tanya housband aku mcm ner perasaan nak amek result darah..Dia rileks, siap confident kan aku, kita&anak x de penyakit Talasemia.. Iyala kita sebagai ibu mesti risaukan..Soknya aku dgn housband pegi la berjumpa dgn Doktor dan doctor diterangkan satu persatu bacaan didlm result darah tersebut, kami menjadi pendengar yg setia..
LAST, Doktor bagitahu anak awak TIADA penyakit TALASEMIA….SYUKUR ALHAMDULLILAH,YA ALLAH..

Utk di SHARE bersama...
APA TALASEMIA......
Talasemia dalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksijen akang mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.

Jenis Talasemia
Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:
  • Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai
    kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia
    atau pembawa
  • Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai
    baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.
 
Tanda dan gejala penyakit Talasemia
  • Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
  • Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
  • Anemia yang serius bisa menyebabkan sulit bernafas
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
  • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).

Rawatan penyakit Talasemia
  • Pesakit perlu menjalani suntikan darah berterusan setiap bulan.
  • Suntikan darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
  • Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.