Wednesday, 15 February 2012

Hari KEKASIH

SIAPA YG SAMBUT 14 Febuari??? ANGKAT TANGAN!!!!!

14Febuari...Ada yg sambut birthday,ulang tahun perkahwinan & hari kekasih....
Issshhhh yg sapa2 nak sambut ari kekasih tue x payah..Kita kan umat Islam x yah la nak sambut Hari Kekasih/Valentime Day.. KATAKAN TIDAK PADA HARI KEKASIH!!!!
Hari Memperingati Kekasih atau dikenali sebagai “Valentine Day” bukanlah berasal dari budaya Melayu dan Islam. Bahkan, pihak gereja Katholik pernah mengeluarkan larangan agar penganut agama itu tidak ikut terseret dari jelajah budaya kuno yang cuba dihidupkan kembali setelah pernah dijejali dengan kutukan dan kecaman masyarakat yang menciptanya. Malah, dalam Ensiklopedia Katolik menyifatkan Hari Memperingati Kekasih -Valentine’s Day -  berasal daripada ritual pemujaan syaitan (the satanic ritual) dan bersifat paganisme.

Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.

Secara kesimpulannya, Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan sesama masyarakat boleh dilakukan setiap hari dan tujuh golongan manusia yang akan mendapat lindungan `Arasy ialah salah satunya mereka yang berkasih sayang ( bertemu dan berpisah ) kerana Allah SWT.
Firman Allah SWT : 'Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.' Surah al-Ghaafir: 39

No comments:

Post a Comment