Thursday, 22 March 2012

Tiket A'Famosa

SALAM :)

Utk dikongsi bersama pasal bayaran tiket A'Famosa (Water World, Animal Safari, Cowboy Town)..
Nnt korg darabkan lah berapa yg nak masuk...wahhh badjet-bajet..itu semestinya...hahahaa...
 Waktu pagi lagi nie x ramai orang lagi....
 Harga tiket yg terpapar.. Samada nak single tiket @ tiket pakej.. 7 +rm12 utk masuk ke Dinousor Land
Ingat harga adalah berlainan weekday & weekand/school holiday
 Set makanan dgn air sekali
Pintu masuk nak pergi beli tiket,ada sekor gajah di tepi..Sebenarnya gajah nie utk sesiapa nak naik gajah nie, sila lah byr di kaunter..lupa la pulak aku nak tanya harga tiket..

Parking : RM3 sekali masuk 


Waktu Operasi  Water World:Isnin - Jumaat  : 11.00am - 7.00pm
Sabtu Ahad/Cuti sekolah : 9.00am - 8.00pm
*TUTUP HARI SELASA kecuali cuti sekolah..
Layari : http://www.afamosa.com/theme-park/water-world/

Waktu Operasi  Animal Safari:
Setiap Hari : 9pg - 5ptg
Layari :  http://www.afamosa.com/theme-park/animal-world-safari/

Wednesday, 21 March 2012

Bercuti d A'Famosa Melaka


Salam semua.
Cuti sekolah selama seminggu,kami sekuarga besempatan bercuti,ala dekat je kt A'Famosa 3hari 2malam.. Aku serta family aku telah bw juga kaum kerabat sebelah aku g bercuti sekali.. alang-alang tinggal di condo -bilik studio(1bilik je)...
Check-in disini utk yg book d condo.. Kalo check-in utk Resort A'Famosa, check-in tempat yg berlainan..
Pemandangan dari Tingkat 12 - Tower 1
Pemandangan penginapan nampak swimming pool
Ruang Tamu...yg sebelah kiri bilik tido..Kanan pula kicthen kabinet..
1bilik je tapi ada 2katil queen...






Pelbagai perkhidmatan disediakan...Sewa basikal pun ada sebuah basikal = RM10 sejam...Pas2 kalo korg nak jalan-jalan disekitar A'Famosa,bas shutter disediakan setiap sejam, dr pg hgga ptg...Cuma Iron&board iron x disediakan didlm bilik..Pihak A'Famosa sediakan iron&board di tepi bahagian lobby condo...breakfast disediakan oleh pihak hotel..tapi kena tempatnya bukannya kt cafe lobby..Kena pegi di Animal Safari,mkn dlm cafe tue.. Aku ingat dekat, rupanya jauh gak, naik kete parking kt dlm Water World A'Famosa, jln kaki masuk ke dlm Animal tue..Pastu baru nampak cafe tersebut besar la juga cafe tue blh muat seramai 1000pax kot...Breakfast ari yg berikutnya aku bg MamaBaba aku pegi..Aku dan suami x larat nak pegi..hahhaa..
1 hal lagi kalo korg nak pegi beli brg yg korg lupa nak bw, boleh la pergi ke pekan Tampin, Negeri Sembilan. Dekat je dr A'Famosa nie...
Sepanjang menginap di sana, kami jln2 di Melaka...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 13 March 2012

Jom mkn MEE TARIK WARISAN ASLI


 Ari Ahad yg lalu,baba aku(panggilan anak-anak kpd bapak aku),ajak g mkn Mee Asli Tarik,katanya mee nie dibuat sendiri & tanpa perwana,tambhan lak masakan kt kedai tue pun sedap.So kami sekuarga bersiap-siap utk g mkn.
Nama kedai Mee Tarik Warisan Asli - Cina Muslim...Kedai ini buka pukul 12tghari sehingga 10mlm.Kedai ini biasa-biasa je tepi jln.. Terletak di Bandar Tasik Selatan.Berhampiran Kuartes Polis Tasik Selatan.. @ cari ke Universiti Pertanahan Nasional Malaysia(UPNM).. 

Ini lah nama kedainya..Kedai operasi 12tghari - 10mlm
Mee Tarik, yg dibuat sendiri
Usaha dr tepung menjadi mee
Menu yg perlu kita pilih disini. @ kita boleh minta pekeje cadangan makanan.
Adik-adik & baba aku sedang menunggu...
Tgk la anak aku yg tgh sedap mkn mee,atoknya suap...
Kedai yg terletak betul-betul di JLN TASIK SELATAN 20
Mee Daging Cendawan
Mee Daging Asam Pedas
Sebenarnya ada banyak jenis gak family aku order,sbb kusyuk sgt mkn sampai x terambil gambar...Apa-apa pun makanan disini sedap,kuantiti mee yg banyak,pilihan masakan mee yg pelbagai & yg penting harga berpatutan...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 12 March 2012

Adat Pijak Tanah

 Salam Kawan-kawan....
Dah lama sebenarnya aku x update blog...biasa la sejak akhir-akhir nie...hihihihii....
Gambar yg dah terperap dalam kamera..Nasib baik la housband aku yg baik ati tlg transferkan gambar-gambar...
Korang penah x dgr Upacara Adat Pijak Tanah utk bayi.??Sebenarnya keturunan sebelah mama aku(asal perak) masih pegang adat tersebut..Utk anak sulung sahaja..So dulu masa kecik aku pun sebagai anak sulung tidak terlepas adat tersebut..Kali anak aku kena juga adat tersebut...Panggil pun saudaramara je,buat kecik-kecik je...
Anak sulung perlu buat adat PIJAK TANAH utk bayi yang baru belajar jalan..Untuk adat pijak bumi ini, bayi tersebut perlu kaki dibasuh dgn air bunga@mandi bunga iaitu air yang mengandungi 7 jenis bunga. Basuh/mandi seperti biasa kemudian bayi tersebut perlu didirikan di atas tanah seketika supaya dapat merasa pijakan tanah dan simbolik kepada adat pijak bumi tersebut. Selepas siap mandi bunga, bayi tersebut perlu dipakaikan dengan pakaian yang cantik-cantik. Dan dihidangkan makanan...
Bunga-bungaan
Persiapan bunga di letakkan di dlm air..Sambil Damia perhatikan kami..
Kini Damia pun sibuk menolong..









Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 7 March 2012

KAWAN

SALAM...
Dah la aku x berciter..Utk 1st entry dlm bln 3 nie.. Aku terpikir pasal KAWAN.....
Apakah yg dimasukkan KAWAN?? Kawan Sejati-Baik-Berbudi dll...

Ada juga yg kawan makan kawan...yang ini paling banyak berlaku walaupun pada diri saya sendiri...nak tau ciri-ciri KAWAN MAKAN KAWAN?

Pertama: Mereka ini dikategorikan sebagai TIDAK JUJUR..kamu boleh tengok sendiri, apabila kamu  dalam kesenangan, mereka akan mengikut kamu ke mana saja kamu pergi dan mereka juga akan buat apa saja untuk kamu asalkan kamu turuti kemahuan mereka tidak kira kemahuan apa pun...saya bagi contoh, duit... mereka berkawan dengan kamu disebabkan duit.

Kedua: Mereka ini pula dikategorikan sebagai DENGKI dengki dengan apa yang kamu ada...mereka tidak senang dengan apa yang kamu miliki...mereka anggap kamu seorang yang lebih hebat dari mereka dan mereka akan terlalu mesra dan terlalu baik di depan kamu tetapi apabila mereka di belakang kamu, mereka akan mengutuk dan mencaci kamu di luar pengetahuan kamu sendiri.

Ketiga : PENGHASUT..mereka ini terlalu taksub menghasut orang lain untuk membenci kita walaupun kita tidak berbuat apa-apa..

Keempat: Tikam Belakang kawan baik sendiri...perghh... yang ini sangat MENYAKITKAN... pernah tak kamu rasa? Saya pernah mengalami situasi ni dimana...kawan saya memburukkan saya dengan Lecturer saya sendiri semasa masih belajar dulu...


***Cuma banyakkan sabar dan berkawan lah dengan mereka  semampu yang boleh dan berhati-hati lah dalam berkawan...Ini hanya pandangan saya, kalau kawan kamu bukan dikategorikan seperti di atas, saya ucapkan tahniah!!!!!!