Dah la aku x berciter..Utk 1st entry dlm bln 3 nie.. Aku terpikir pasal KAWAN.....
Apakah yg dimasukkan KAWAN?? Kawan Sejati-Baik-Berbudi dll...
Ada juga yg kawan makan kawan...yang ini paling banyak berlaku walaupun pada diri saya sendiri...nak tau ciri-ciri KAWAN MAKAN KAWAN?
Pertama: Mereka ini dikategorikan sebagai TIDAK JUJUR..kamu boleh tengok sendiri, apabila kamu dalam kesenangan, mereka akan mengikut kamu ke mana saja kamu pergi dan mereka juga akan buat apa saja untuk kamu asalkan kamu turuti kemahuan mereka tidak kira kemahuan apa pun...saya bagi contoh, duit... mereka berkawan dengan kamu disebabkan duit.
Kedua: Mereka ini pula dikategorikan sebagai DENGKI dengki dengan apa yang kamu ada...mereka tidak senang dengan apa yang kamu miliki...mereka anggap kamu seorang yang lebih hebat dari mereka dan mereka akan terlalu mesra dan terlalu baik di depan kamu tetapi apabila mereka di belakang kamu, mereka akan mengutuk dan mencaci kamu di luar pengetahuan kamu sendiri.
Ketiga : PENGHASUT..mereka ini terlalu taksub menghasut orang lain untuk membenci kita walaupun kita tidak berbuat apa-apa..
Keempat: Tikam Belakang kawan baik sendiri...perghh... yang ini sangat MENYAKITKAN... pernah tak kamu rasa? Saya pernah mengalami situasi ni dimana...kawan saya memburukkan saya dengan Lecturer saya sendiri semasa masih belajar dulu...
***Cuma banyakkan sabar dan berkawan lah dengan mereka semampu yang boleh dan berhati-hati lah dalam berkawan...Ini hanya pandangan saya, kalau kawan kamu bukan dikategorikan seperti di atas, saya ucapkan tahniah!!!!!!
No comments:
Post a Comment