Tuesday, 8 May 2012

JP Jati Beriani Banting

SALAM SEMUA :)

Selepas site survey di area Banting Selangor....Kami dicadangkan oleh kontraktor mkn di restaurant nasi beriani di Banting..
 Rupanya dorang ajak mkn di JP JATI BERIANI...Yang terletak di Jalan Dengkil - Banting. Kalau dari Pekan Dengkil, amik hala ke Banting. Kedai terletak selepas Pusat Serenti Dengkil , dekat je dgtn simpang nak masuk ke Paya Indah Wetland, Dengkil. Kedai nie tepi jln besar dah nampak signboardnya...
 Sebelah restaurant ini ada kedai perabot jati utk di jual...Aku tgk dr luar je la x jenguk pun...
Dalam gambar diatas ni,adalah laluan utama, kena lalu atas titi nie.. bawah nie kolam ikan...Tapi air kolam nie dah bertukar warna gelap..
  Dalam restaurant nie kerusi meja semuanya made Jati...Cantik juga design dorang...Korang dah sampai kt sini jgn harap lak ek ada orang dtg nak tanya "nak mkn apa "..Disini semua LAYAN DIRI dr ambil nasi hingga la air pun kena layan diri juga...
 Ni lauk-lauk yg ada untuk ari tue... Standard la kot lauk yg sama...Kambing & ayam masak beriani & ayam masak merah...
Harga kt sini boleh la berpatutan NASI BERIANI KAMBING=RM11 NASI BERAINI AYAM=RM9
Aku biasala order mesti order Nasi Beriani Kambing punya...Rasa nya ehhhmmm 2.5/5... Lauk ok, cuma nasi nya kurang rasa rempah-rempah la..
Pas2 kt restaurant nie ada bilik aircond..Utk makluman yg nak mkn dlm bilik aircond akan di kenakan 10% charge on bil nnt..uuuhhhh apala kan kita dh mkn kt sini, kedai cantik bg la service yg terbaik x payah charge lagi...Opsss lupa aku nak amek ambil notis tersebut yg diletakkan di pintu bilik aircond...

No comments:

Post a Comment