Wednesday, 20 June 2012

TANAM URI

BAGAIMANA CARA MENANAM URI....???
Aku terlintas bagaiman cara menanam uri yg sepatutnya dengan cara Islam...Ketika aku remaja, aku pernah lihat dan tolong, makcik ku basuh uri adik aku...Tapi aku terpikir cara makcik aku yang buat sebelum ini adalah salah dan dikategori KHURAFAT....(ada letak pensil,buku,paku dll)..
Aku pun dah masuk anak kedua,aku perlu tahu bagaimana cara-caranya yang sebetul..Dulu ketika melahirkan anak pertama, mak mentua aku yg bersih & tanamkan uri...Kali ini aku perlu amek tahu... Aku pun search dlm internet utk dikongsi bersama....


APA ITU URI @ PLASENTA ????
Plasenta (uri) adalah organ yg terbentuk di dalam rahim semasa kehamilan.Bagi manusia, ianya tebal dan berdiameter lebih kurang 18cm.Dipenuhi salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat.Plasenta membekalkan zat makanan dan oksigen kepada fetus (bayi di dalam kandungan) dan juga bertindak sebagai kelenjar endokrin.Setelah bayi keluar, plasenta akan dikeluarkan melalui pengecutan rahim.



SIAPA yang selayaknya membasuh dan menguruskan uri tersebut?
Orang yang paling layak adalah SUAMI isteri tersebut. Kenapa SUAMI? Bukan ayah isteri atau mertua isteri?

Oleh kerana uri tersebut keluar dari faraj isterinya, tempat yang paling sulit dan maruah SUAMI, maka SUAMI lah yang semestinya mencuci uri dan menguruskannya. Bukan tak boleh beri orang lain buat tapi fikir-fikirkan lah, bahawa uri itu dulu duduknya di mana dan keluarnya dari mana. Maka selayaknyayang menguruska uri itu adalah suaminya. Seego, setinggi mana tarafnya suami, bila bab urus uri, suami yang kena buat.


MENANAM URI ANAK
  • Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
  • Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.
  • Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.
Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar. 


  Cara menguruskan uri
1)      Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2)      Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah.  Jangan guna sabun/shampoo.
3)      Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4)      Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5)      Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6)      Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
7)      Letakkan dalam plastik mudah reput seperti plastic tesco, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.
8)      Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
9)      Gali tanah sedalam mungkin,  agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
10)   Baca Bismillahirahmannirrahim  dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbusla.
11)   Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan  surau/masjid.
12)   Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
13)   Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

 Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)
• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing
• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.


Rujukan dari :) 

3 comments:

  1. teringat dulu-dulu bidan kampung yg bantu menguruskan uri akan tanam bersekali dgn pensil dll... kononnya supaya baby tu bila besar nanti jadi pandai...hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..biasa la zaman mak-mak kita dulu..
      kalo la zaman dulu ada h/phone,laptop mau dorg nak letak juga...

      Delete
  2. as salam.. aku nk tnya korang la kan.. korang wajib tlg aku..

    adik aku baru bersalin. dia bersalin di ampang puteri.. lps tu.. korang faham2 je la kan.. umah dia pandan indah tu.. x de tanah.. klu ade pun bnyak anjing..

    uri anak adik aku tu nk dibasuh dan ditanam di rumah aku..

    soalan aku ialah.. bole tak uri baby tu.. masuk peti ais umah kita utk tggu esok pagi nk basuh..??

    aku hari ni gaduh dgn laki aku.. sb dia x bg simpan dlm peti ais.. takut kuman darah2 uri tu.. masuk dlm makanan yg ade dlm peti ais umah aku.. dia kata the part of death spptutnye simpan dlm peti ais spital bukan umah.. huhuhuhu..

    bapak aku dari spital terus bwk gi umah aku.. terus masuk dlm peti ais umah aku.. x kan aku nk ckp x bole kan... sb bapak aku smpai umah aku pun dh kul 10 mlm.. dia x larat nk basuh..

    korang mesti tertanya2 mane laki dia? nape x basuh sendiri?? itu laki dia mmg x tau ape2.. semua nk suh bapak aku buat..

    aku skrg tersepit di tgh2.. aku kena jaga hati adik aku.. bapak aku.. suami aku..

    lawan suami derhaka
    lawan bapak berdosa
    bgtau adik nnt dia kecik hati.

    aku harap korang bole beri penjelasan.. ttg uri ni.. klu x bole simpan sekali bersama2 makanan dlm peti ais ni.. aku terpaksa buang semua makanan.. huhuhuhu.. dh la.. smlm baru je beli brg basah dapur utk 2 mggu.. ☹☹☹😢😢😢

    ReplyDelete