Thursday, 4 October 2012

AIR KETUBAN AKU KURANG.....

Air kurang.....Apa yang perlu aku buat...

37minggu 1hari, aku follow up medical check-up kt Hospital Umra... Sejak follow up kt situ,doktor buat detail scan,check punya check masalah aku air ketuban kurang...Hari ini pulak bacaan air ketuban aku border line, dlm 5.5..Pas2 td Doktor Patricia blh lak ckp kalo nak bersalin arini dia boleh tlg buka laluan...Haaaa x nak la aku...Mulai arini sehingga Isnin minggu depan tiap-tiap pagi kena medical check up, mereka akan pantau sukatan air ketuban aku..Kalo air makin kurang,doktor akan induce..Dari yang aku tahu, induce nie dipaksa bersalin... Aduhai pening aku memikirkan masalah aku..harapan aku, moga baby yg aku kandung ini selamat & sihat walafiat dan dapat bersalin normal...Amin... 


SEBAB - SEBAB KEKURANGAN AIR KETUBAN
  • Ketuban pecah sebelum masa
  • Masalah pada uri
  • Masalah perubatan ibu seperti kencing manis, darah tinggi dll
  • Masalah kecacatan bayi seperti buah pinggang, jantung, jangkitan kuman dan kecacatan genetik.
Sekiranya kekurangan air ketuban tidak begitu teruk, minum air secukupnya dan rehat mungkin boleh menolong. Sekiranya kandungan anda masih muda, doktor akan memantau dengan teliti keadaan bayi anda dengan membuat pemeriksaan US dengan lebih kerap untuk memastikan jumlah air ketuban tidak turun secara mendadak.
Sekiranya anda sudahpun pada lewat kehamilan, doktor selalunya akan menyarankan ‘ induce’ untuk mengurangkan insiden bayi lemas. Semasa tempoh bersalin, kekurangan air ketuban memberikan risiko kekurangan oksigen pada bayi disebabkan tali pusat yang tertekan semasa kontraksi. Sekiranya ia terlalu kurang atau tiada langsung, kelahiran secara pembedahan mungkin disarankan


Rujukkan :)
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0118&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm

No comments:

Post a Comment