Padahal selsema sakit tekak.ubat aku dh makan dah. Sementara nak tunggu mengantuk aku mkn buah anggur.. uuhhh terasa dah tekak bergetah di sbb kan anggur ni. ~haiya~
Thursday, 2 May 2013
Friday, 26 April 2013
Ohhh Bulan APRIL
Walaubagaimana pun mcm ner aku bz dan bz.... Tension sana sini.... Aku dah book hotel untuk percutian kami anak beranak.... Tak jauh mana pun, tak sampai oversea pun.... Tungggguuuu Ya.....
Monday, 15 April 2013
Wednesday, 3 April 2013
6bulan dah
Salam semua :)
Alhamdullilah,anak aku ke-2 dh mencecah 6bulan dan masih minum susu badan sepenuhnya.Syukur alhamdullilah masih mencukupi,walaupun permintaan tinggi dr Arissa. Pada usia 6bulan,apa yg Arissa pandai,pegang barang,mengereng tp nak meniarap sendiri belum boleh lagi..Kalo aku tolak pelahan2 utk bg dia meniarap boleh je,tangan tersepit pandai gak adjust sendiri. Biasa la setiap anak perkembangan berbeza. Janji aku kena pastikan anak~anak aku sihat.
6bulan 1hari,barulah aku boleh bagi bubur nasi yg halus kat Arissa.. Waaahhh berselera anak mama makan..
Tuesday, 19 March 2013
AIR PENTING UTK BADAN!!!
Jom Tengok Kenapa air penting untuk manusia?
1. Tubuh akan hilang 1.7 liter air sehari melalui proses pernafasan dan kumbuhan. Bayangkan jika anda cuma minum seliter atau kurang dalam sehari!
2. Otak manusia mengandungi 90% air
3. Darah manusia mengandungi 83% air
4. Otot manusia mengandungi75% air
5. Tulang manusia mengandungi 22% air
6. Air menstabilkan suhu badan
7. Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel
8. Air melembabkan udara dalam paru-paru
9. Air meningkatkan kadar metabolisma!
10. Air melindungi organ-organ
11. Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik
12. Air melindungi dan melembabkan rawan
Apa yang berlaku sekiranya kita kekurangan air?
- Tubuh selalu kepenatan
- Sakit kepala yang kerap atau migrain
- Sembelit
- Ketegangan otot
- Tekanan darah yang tidak seimbang
- Masalah buah pinggang
- Kulit kering
- Risiko Kematian
Monday, 18 March 2013
WANITA YG BERGELAR ISTERI
1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.
2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.
5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.
7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.
8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.
9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.
11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.
13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.
14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.
15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.
16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.
17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.
18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.
19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.
20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.
21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.
23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).
24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.
25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.
26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.
Sunday, 10 March 2013
Ubat UNTUK BAYI 5bulan
Setelah perhatikan gambar kat atas tue. Agak-agak sesuai ke utk ubat-ubat {demam,batuk,selsema,tahan muntah,antibiotik, utk msk punggung} utk bayi 5bulan..??¿¿
Baby Arissa demam,batuk,selsema hasil dr jangkit berjangkit di umah pengasuh.Biasa la kot,adat.. Sabtu ptg,aku bw la ke klinik yg bukan pilihanku. sebabnya pilihan aku semua ari sabtu sampai kul 12tgh,ahad doktor pun cuti. So nak tunggu isnin mcam lambat pulak,pegi la dgn rela ati..Ambil ubat yg penting jela dulukan.Pendaftaran,jumpa doktor,dengar penjelasan doktor pun aku dah was was.iyala nak ckp pun mcm nak taknak..tunggu ubat,NAH amek pelbagai ubat "kak ni utk anak,ubat demam,batuk, tahan muntah,ubat msk punggung,&antibiotik" wahhh byk betul aku kena bg pada arissa..aku pun terangkan kat hubby aku.hubby aku pun terkejut. Siap cakap,biasa tue doktor nak claim lebih pd company panel, nak untung lebih bg ubat mcm-mcm walaupun untuk usia 5bulan. X patut betul la :'( sampai je umah,ubat tue aku letak tempat lain, xpayah bg la kt arissa..kesian bayi kecik lagi dh bagi byk ubat.
p/s : kepada doktor kalo nak bagi ubat,pikir2 la utk bayi nie,jgn la sesuka hati nak bagi je.
Friday, 8 March 2013
Akhirnya DAPAT JUGA DuoBreastpump
GP SALE FROM 19/3/13 - 7/4/13
RM 359 (RETAIL: RM 449)
ADDITIONAL 2% DISCOUNT FOR KIDSMODHOUSE MEMBER
RECOMMENDED BY KIDSMODEHOUSE CUSTOMER
Nanti masa korang yang nak beli RUMBLER TUFF Duo cakap dgn kak haniza(owner), SHIKIN @ pikinfamily yg recommand..
nnt korang dpt harga
DAH ABIS
Kini 5bulan
NAK DIET KONON....
Wednesday, 27 February 2013
20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!
Sering
kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang
mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak
mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas
mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan
mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih
besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu
kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik
akan berlaku.
1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang
menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4
pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak
mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
KREDIT : https://www.facebook.com/SlimmingJuiceEveCollagen
Budak NAK TEH O
Nie kisah anak aku yang sulung,si Damia... Asyik nak air teh O je... Kami sekuarga baru balik dari makan kat luar, alik-alik tengah tgk tv "mama nak T O(pelat budak)"....Haiya anak aku, yang abah dia sibuk duk menyakat damia..Apa lagi,cebek mula menangis la...Dah dapat teh O, siap buat peace lagi...
Nie gambar kenangan damia oiiiii... ahahahaha
Tuesday, 26 February 2013
CARA MENERAN SEMASA BERSALIN
Opsss lama x meng-update blog... Tiba-tiba flash back masa nak bersalin anak ke-2 apabila baca artikel di facebook.. So aku share dgn korang...
CARA MENERAN SEMASA BERSALIN.
jom berkongsi pengalaman anda
1. angkat kepala dagu cecah dada.
2. mata pandang perut (JANGAN PEJAM MATA TAU.....)
3. tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)
4. masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat
5. masa teran tu jangan sesekali angkat punggung.kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina
6.tarik nafas sedalam yg boleh n teran mcm nak buang air besar tanpa blow nafas anda..teran sekuat yg terdaya selama yg boleh n curi nafas then sambung teran..tiap kontraksi try 3kali...time kontraksi je push sbb time tu bby pun gerak sama so jgn buang ms ada kontraksi terus push mcm cara2 td..xde kontraksi,relax...
7. baca bismilah, selawat
8. tips tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa dek menahan sakit.bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kan (masa tgk tu ada sorang suami nie setia menemani isteri dia bersalin, sambil bisik-bisik kat isteri dia bagi semangat)
Monday, 4 February 2013
Nasi Lemak Yang MAHAL :(
SALAM ;)
Nie aku nak citer psl breakfast aku tempoh hari.Aku amek la nasi lemak telur mata + sambal kerang & seperti biasa mestilah ada timun dgn sambalnya..kalo x de tue bukan lah nama NASI LEMAK. Kali aku x tahu la,cashier tue tgk aku nie murah rezeki pada kedai tue kot. Boleh lak dia cas NASI LEMAK yg aku amek tue RM7 & tak termasuk air tau. Terkedu juga aku nie,cashier tue tgk muka aku dia pun kira balik,aik sama juga RM 7.. Aku malas nk bertekak lak pasal makanan yg aku nak makan yg jadi darah daging aku.
Kalo kat hotel @ cafe-cafe @ restaurant ber-aircond tue memang patut di charge dgn harga sedemikian. Ini gerai biasa,hanya kusi meja plaktik.
Ayoooooo ayyooo patut la kedai tue boleh buka 4lot umah kedai. Chargenya amat sgt la "berpatutan".. Kedai nie memang terkenal dengan mahalnya. Tapi ramai orang datang kedai tue. Nak kata makan kat situ sedap sangat, tak pun.. Lepas nie sesiapa yg nak mkn kat kedai sek.8 Shah Alam standby la $$$. ek
Monday, 28 January 2013
BeNgkEL "Sleep Right"
Apa yang aku nak kongsi,kt dalam majalah pama bln 1 punya ada " BENGKEL SLEEP RIGHT " anjuran Johnson's Baby & PaMa pada 24/03/2013 (Ahad) 9pg-1ptg di Sime Darby Convension Center,Jln Bkt Kiara 1,KL.
Tentang bayaran hanya RM30 utk 1kuarga maksudnya 2orang dewasa & bayi yg berusia 0 - 36bln. Untuk lebih lanjut call 1300880566 Isnin-Jumaat (9pg - 5ptg)
Sunday, 27 January 2013
HaS!L LeBuRkaN $ mlm Minggu
Nak cari parking punya la payah,mesti kt dalam mall ramai orang juga kan.betui tekaan aku, dan tak sangka lak time tue ada AEON MEMBER DAY d Rawang. Beli Rm100,nnt dpt baucer rm5 Bagi aku serta Pi{nama samaran suami aku} x heran sangat la shopping bab baju kasut sendiri, x beli pun x pe, pakai jela yg lama.
Yang penting anak-anak.Kena lebih pada anak-anak juga..Anak sulung aku nie dah minum susu formula so kena la sentiasa ada stok di umah..Beli masa murah menguntungkan, walaupun kurang 2, 5 hinggit...Kalo harga susu setin offer kami beli sampai 2 3tin. Pas2 lak, anak zaman sekarang memang kena pakai pampes almaklum la zaman moden...hehehe..Mama x de masa la, nak cuci lampin..hehehe
Saturday, 26 January 2013
PerMohOnAn BR1M
Siapa yang layak...
• Isi rumah yang layak (RM500):
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Lelaki atau perempuan yang pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bwh
> Berkahwin;
> Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
> Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah
(iii) Warga emas sebatang kara
• Individu yang layak (RM250):
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
• Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
• Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.
ReBet RM200 Telefon PINTAR
Thursday, 24 January 2013
Nabi Muhammad s.a.w.
1. Nabi Muhammad SAW merupakan kekasih Allah SWT.2. Baginda mempunyai dua julukan. Al-Amin ( orang yang dapat dipercaya ) dan As-Saadiq ( yang benar ).
3. Baginda tidak akan melepaskan tangannya ketika berjabat sebelum sahabat yang bersalam dengan Baginda melepaskan terlebih dahulu.
4. Baginda tidak pernah menghulurkan kaki di hadapan sahabat-sahabatnya.
5. Baginda menoleh dengan seluruh badannya, menunjuk dengan seluruh jarinya.
6. Baginda kalau berkata sesekali menggigit bibir tanda berfikir, menepuk telapak kiri dengan jari telunjuk.
7. Cetusan yang paling buruk dalam perbualan Baginda: " Apa yang terjadi pada orang itu? Semoga dahinya berlumur lumpur "
8. Harta Baginda yang paling mewah adalah sepasang alas kaki berwarna kuning, hadiah dari Negus, penguasa Abissinia.
9. Baginda tinggal di pondok kecil beratap jerami yang bilik-biliknya dipisahkan oleh batang-batang pokok yang direkat dengan lumpur bercampur kapur.
10. Baginda sendiri yang menyalakan api, mengemop lantai, memerah susu dan menjahit alas kakinya yang putus.
11. Santapan Baginda yang paling mewah, meski jarang dinikmatinya adalah madu, susu dan lengan kambing.
12. Baginda mempunyai senyum yang sangat memikat dan menyejukkan, senyuman Baginda dilukiskan sebagai butir salji di oasis.
13. Baginda malu dan segan untuk memalukan orang lain.
14. Baginda menghimpun dalam dirinya 4 jenis manusia secara sempurna, pekerja, pemikir, pengabdi Allah dan seniman.
15. Baginda selalu memilih yang paling mudah selagi halal apbila berhadapan dengan pilihan.
16. Baginda tidak pernah sakit gigi, baginda bersiwak/gosok gigi tidak kurang 10 kali sehari.17. Baginda suka akan warna hijau dan warna serban Baginda juga berwarna hijau.18. Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan.19. Baginda pernah membelah bulan sebanyak dua kali.20. Selepas kewafatan Baginda, semua ayat-ayat yang Baginda pernah katakan disusun dalam satu kitab yakni Al-Quran.21. Semasa Baginda dibangkitkan pada hari kebangkitan nanti ( kiamat ) orang pertama yang Baginda cari adalah umatnya yang dirindui yakni kita, umat akhir zaman.
ref :-
http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad_s.a.w.
http://www.raziqsyahmi.com/2012/02/fakta-menarik-tentang-nabi-muhammad-saw.html#ixzz2I7rLd800