Saturday, 26 January 2013

ReBet RM200 Telefon PINTAR

SALAM :)
Ada sapa-sapa yang dah daftar serta dah dapat dan telah guna rebet RM200 untuk telefon pintar bagi golongan belia... 
Pada waktu malam la aku free mengadap laptop... Kalo Damia jaga dia pun sibuk "nak ngok..nak ngok.." (maksudnya nak tengok...nak tengok) Al-maklum la, aku yang belum cecah 30tahun nie, baik aku amek peluang untuk mendapatkan rebet nie...  Banyak juga mencari information pasal rebet-rebet yang ditawarkan oleh kerajaan...
Akhirnya aku dapat link tersebut..nnt KLIK D Cnie
So kononnya nak daftar la tengah malam kat dalam sistem tersebut... Akhirnya kuar ayat-ayat seperti di bawah....

PERHATIAN
" ( Server di tutup sementara bermula jam 11.00 malam sehinggga 7.00 pagi bagi kerja-kerja penyelenggaraan. Terima Kasih. ) "


Infor yang aku dapat di kongsi
SYARAT-SYARAT :-
Umur : 21thn sehingga 30thn...
Yang dah berkeje tue gaji bawah rm3k...
1belia layak 1telefon...

PEMBERI PERKHIDMATAN 






SOALAN YANG SELALU TERPIKIR....

Bilakah saya boleh mula memohon?
Permohonan boleh dibuat dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi; yang mana terdahulu.

Berapa lamakah tempoh masa untuk membuat tuntutan rebat ini ?
Anda diberi masa selama 1 (satu) bulan daripada tarikh pra-pendaftaran untuk membuat tuntutan. Pra-pendaftaran akan dianggap terbatal sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam jangka masa tersebut. Anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan.

Apakah dokumen yang perlu dikemukakan kepada wakil-wakil penyedia perkhidmatan semasa membuat tuntutan?
Dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan ialah seperti berikut
1.  Salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera;
2. Salinan kad pelajar bagi pelajar sepenuh / separuh masa

Bagaimana cara untuk menuntut rebat ini?
Selepas pengesahan dilakukan di wakil-wakil penyedia perkhidmatan, anda boleh memilih telefon pintar yang ditawarkan dan rebat RM 200 akan diberi dengan serta merta. Pemohon hanya perlu membayar baki harga telefon tersebut.

Adakah pendaftaran secara dalam talian ini akan beroperasi 24 jam?
Sistem dalam talian ini akan diberhentikan seketika pada pukul 11:00 malam sehingga 7:00 pagi setiap hari. Ini bertujuan agar penyelenggaraan sistem dan kerja mengemaskini data dapat dilakukan.

Kalo aku dah berjaya hasil rebet nie nnt aku kongsi bersama korang tau... Kalo senyap je jawabnya x berjaya la ek...




No comments:

Post a Comment