SHARING CERITA= dari SUMBER http://thevocket.com/17-persediaan-sebelum-berhenti-kerja/
"Tengahari ini mendapat jemputan makan tengahari bersama bekas teman sekerja.
Beliau meminta pandangan saya tentang rancangannya mahu berhenti kerja dan
fokus untuk berbisnes dalam masa 2 tahun akan datang."
Beliau telah menanam budi pada saya dengan belanja saya makan nasi ayam
kampung.
Saya kongsikan 17 persediaan penting sebelum beliau nekad untuk berhenti
kerja. (Rujukan dari pengalaman sendiri dan orang lain)
1. Sediakan simpanan 36 bulan perbelanjaan bulanan. (Perbelanjaan asas
seperti ansuran rumah,kereta,makan dan lain-lain)
2. Kurangkan komitmen hutang pada bank, sebaik-baiknya terus langsaikan
hutang piutang yang ada.
3. Sebaik-baiknya telah ada kelengkapan asas (rumah/kereta)
4. Buat bisnes yang aliran tunai pantas (trading). Elakkan model bisnes
consigment untuk permulaan.
5. Buat bisnes secara sambilan dahulu, cuba selama 6 bulan, jika pendapatan
bersih dari bisnes 3kali ganda melebihi gaji pokok, boleh buat keputusan.
6. Jauhi model bisnes yang memerlukan kita untuk membuat pinjaman dahulu.
(pinjaman untuk kembangkan bisnes atau bisnes sudah stabil boleh
dipertimbangkan)
7. Kenalpasti tujuan utama mahu membuat bisnes. Mahu banyak duit atau mahu
kaya-raya?
Banyak duit= Kaya sendiri. Kaya-raya = Legasi perniagaan
8. Persediaan mental dan emosi sangat penting. Sebab tu perlu ada simpanan
36 bulan perbelanjaan bulanan supaya apabila bisnes jatuh, punyai ketenangan
jiwa untuk berfikir.
9. Jika ada simpanan RM3,000 hanya guna RM1,000 sahaja untuk memulakan
bisnes. (Guna 1/3 simpanan sahaja supaya kita masih boleh bernafas sekiranya
bisnes jatuh)
10. Pastikan kita telah dikelilingi dengan sahabat dan mentor bisnes bagi
mengekalkan momentum.
11. Jika mahu terus terjun dengan bidang yang diminati, berkuli dengan
mereka yang telah berjaya dan dapatkan pengalaman dengan mereka sebelum mula
buat sendiri.
12. Dapatkan restu dari ibu bapa atau suami/isteri (keberkatan)
13. Bersedia untuk ikat perut sekiranya pada fasa pertama bisnes masih belum
untung. (Jika 6 bulan tidak untung, tutup dan fokus bisnes lain atau tukar
lokasi)
14. Pastikan telah bersedia sepenuhnya kerana dunia makan gaji dan dunia
bisnes adalah dua dunia yang berbeza.
15. Sebelum ambil sebarang risiko,pastikan telah persiapkan diri dengan
sebaiknya untuk menghadapi risiko.
16. Sediakan rancangan kecemasan sekiranya apa yang dirancang tidak menjadi
(ready for the worst)
17. Banyakkan menambah ilmu dari masa ke semasa kerana ilmu boleh
mengurangkan risiko yang bakal di hadapi.
Good luck Bro!
P/s : Nota di atas hanya sebagai cadangan. Pemahaman pembaca terhadap nota
ini adalah diluar tanggungjawab saya.
No comments:
Post a Comment