Thursday, 12 September 2019

JALAN-JALAN G2G Animal Garden

ASSALAMMUALAIKUM....

Dalam bln September kan dapat 3 hari cuti direct... Kami sekeluarga banyak melepak kat rumah....
Melainkan Sabtu & Ahad anak-anak wajib ke kelas renang...
Isnin baru-baru berkesempatan bawa juga anak-anak pergi G2G Animal Garden Petting Zoo di MAEPS SERDANG.. Alang-alang balik Kajang singgah la kejap di G2GAnimalGardenOfficial


Untuk info ke sini....
Korang WAZE sahaja  : G2G Animal Garden - Maeps
Jalan MAEPS 4/3, Seri Kembangan 43400
Waktu Operasi : 10:00 AM - 6:00 PM
Tiket : RM 20 (Dewasa) & RM15 (KANAK-KANAK) 



Acara kat dalam itu, ada yang perlu bayar... Bukan semuanya FREE
Horses Ridding : RM5 - Bagi aku la kan, rugi.. memang sekejap je pun return x sampai 10meter....



Boat Fishing : RM5 utk 3 minit - Tapi staf situ baik hati "tangkap la ikan tu sampai puas"... Tapi anak-anak aku nie memang jenuh nak tangkap ikan.. Akhirnya dapat SEKOR SAHAJA weehhh setelah 30minit berusaha tangkap ikan... Ikan banyak ikan zaman sekarang pun laju menyelamatkan diri... hahahahahaa

Inilah satu-satu boat untuk tangkap ikan... Ni gambar hujan turun memang tak ramai la.. anak-anakku je sanggup redah hujan..

Bagi makanan kepada Haiwan disitu.. Ada harga-harga seperti dalam gambar...

Cik kak zara dah banyak kali round bagi makan roti kat rusa...
 Disitu ada anak-anak dapat ilmu bagi makan haiwan dan pegang haiwan... Tapi 3Damia ni penggeli, penakut dengan haiwan... Ada haiwan jinak macam burung, kucing.
Makanan burung boleh beli kt pintu masuk RM1
Rumah Kucing, perghh memang cantik kucing-kucing sini..

PENDAPAT Aku masa pergi tempat ini kan...

  • Best Bayar sekali dapat sticker boleh keluar masuk disini..Untuk pergi ke kereta @ makan di restaurant di parking kereta @ surau & toilet juga berada diluar...
  • Kawasan sini tak de la besar sangat 30 minit siap round 1 kawasan.. Anak-anak aku cepat boring..
  • Tiada Animal Show.. Lagi la boring..
  • Apabila hujan dalam kawasan ini kurang tempat berteduh..So mcam aku & anak-anak ini masa tu berteduh kat khemah putih (khemah kenduri)..
  • Tiada sistem aliran pemparitan.. Contoh hujan turun, sekali popoop rusa turun  mengalir masuk ke khemah kami berteduh.


No comments:

Post a Comment