Wednesday, 27 September 2017

UJIAN PAP SMEAR PERCUMA

KENAPA PERLU UJIAN PAP SMEAR?
1. Bantu kenalpasti ketumbuhan peringkat awal
2. Prosidurnya cepat, kurang 5 minit
3. Tidak menyakitkan
4. Sekali dalam tempoh 2-3 tahun
5. Murah di klinik berdekatan anda, tapi sekarang PERCUMA sehingga 30 November 2017  di Klinik Nur Sejahtera & Klinik Subfertiliti LPPKN.

Dapatkan ujian ibu ya!

Tuesday, 26 September 2017

HALA TUJU PELAJAR MAAHAD TAHFIZ

Assalamualaikum.... C&P
Kawan2 semua....
Pagi ni saya membaca skit perkongsian tentang
HALA TUJU PELAJAR
MAAHAD TAHFIZ
Di Malaysia.....
Mungkin info ini boleh mbantu ibu bapa dan anak2 yg belajar di tahfiz membuat keputusan tentang hala tuju mereka selepas memasuki mahaad tahfiz....
Maklumat ini sy copy dr beberapa sumber hanya sebagai pembacaan dan info....
Harap ibubapa dapat juga buat semakan....
Semoga bermanfaat.Insya Allah

1.         Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) – 
            Terengganu

Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) Terengganu menawarkan kepada Pelajar Tahfiz yang TIDAK mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).  Di sana mereka dapat meneruskan pelajaran ke peringkatDiploma hingga ke Ijazah terutama dalam bidang ‘Syariah Dan Hukum’.

2.         Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) dengan kerjasama Universiti Selangor (UNISEL)

Untuk Pelajar Tahfiz yang TIDAKmempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), suatu Program Peralihan Pelajar untuk menduduki kelas intensif Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anjuran YAPIS-UNISEL yang dinamakan Program Fast-Track SPM ataulebih dikenali sebagai Unismart akan ditawarkan kepada Pelajar Tahfiz yang berkelayakan.

3.         Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) melalui program APEL

Pelajar Tahfiz juga boleh menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)untuk peringkat Sijil / Diploma / Ijazahmelalui APEL  - Accreditation Of Prior Experiential Learning. Mereka menawarkan pengajian di bidang Perniagaan, Pendidikan, Teknologi Maklumat dan Seni Persembahan

Boleh lihat http://www.mqa.gov.my/APEL/

4.         Kolej-Kolej Swasta
Mereka menawarkan kursus-kursus tertentu peringkat Sijil & Diploma.

Contoh : Kolej Komuniti Bermodular,INPENS International College, Institut Kerajaan atau Swasta yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Kursus-Kursus Jangka Pendek.

5.         Menyambung ke Tingkatan 1
Bagi Pelajar Tahfiz yang memasuki Tahfiz seawal umur 8 tahun mereka akan berjaya menghafaz 30 Juzuk Al Quran setelah umur 12 tahun. Maka tiada masalah untuk mereka memasuki melanjutkan Persekolahan arus perdana (SPM – DEGREE – MASTER – PHD), ataumengambil aliran Agama [SPM dan STAM (Sijil Tinggi Agama)]. Jika cemerlang boleh sambung belajar ke Universiti Timur Tengah (Mesir, Jordan, Yaman, Kuwait, juga di Indonesia atau Thailand)

6.         Mengambil Peperiksaan SPM
Kebiasaan Pelajar Tahfiz yang memasuki Tahfiz pada umur 13 tahun mereka akan berjaya menghafaz 30 Juzuk Al Quran setelah umur 16 tahun. Maka tiada masalah untuk mereka masuk semula Sekolah Menengah untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

7.         Kolej Universiti Insaniah (KUIN)
Juga menawarkan lepasan Pelajar Tahfiz untuk mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

8.         Menyambung Aliran Agama
Pelajar Tahfiz berpeluang menyambungPengajian Kitab ke Madrasah Sri Petaling, Madrasah Kubang Bujuk, Pondok-Pondok Pesantren di Indonesia, Darul Ulum di India, Pakistan, Afrika Selatan atau menyambung pengajian di Timur Tengah seperti di Mesir, Jordan, Arab Saudi, Yaman dan Maghribi.

Boleh lihat http:// www.mauizahrc.com

9.         Pusat Giat Mara
Pusat Giat Mara juga menawarkan lebih 35Kursus-Kursus Kemahiran untuk Pelajar Tahfiz berumur 15 tahun ke atas.

Boleh lihat http://eputra.com/permohonan-kemasukan-program-latihan-kemahiran-giatmara-2011/

10.       Sijil Tahfiz Malaysia (JAKIM)
Pemohon hanya perlu hadir sesi Ujian Syafawi & Ujian Tahriri untuk layak mendapat Sijil Tahfiz Malayasia (STM) dan boleh dimanfaatkan bagi menyambung pelajaran dan peluang pekerjaan seterusnya. Mereka yang mempunyai STM ini boleh memohon biasiswa Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bagi melanjutkan pengajian ke Universiti di dalam dan luar negara

Sila semak di internat atau lihathttp://www.darulquran.gov.my/

11.       Pengiktirafan Lepasan Tahfiz dari Jabatan Agama Negeri

Pelajar Tahfiz juga berpeluang menjadiGuru Bertauliah Mengajar dengan mohon Kebenaran Mengajar dari Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. Juga boleh mendapatkan pengesahan Al-Hafiz melalui temuduga khas sebagai Pelajar Tahfiz dari Jabatan berkenaan.

12.       Lain-lain Peluang bagi lepasan Pelajar Tahfiz

Sila semak di internat atau lihathttp://www.mohe.gov.my/…/Hala_Tuju_Pengajian_Islam_di_Malay…

Syarat Kelayakan Umum :-
a)         Pelajar Tahfiz dengan hafalan minimum 10 Juzuk

b)         Mempunyai kemahiran 5M (Membaca, Menulis, Mengira, Menghafal dan Memikir)

c)         Berumur 17 tahun ke atas
d)         Keutamaan kepada pelajar Hafiz 30 Juzuk dengan Sijil Syahadah / Khatam

CARA PENGAMBILAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) OLEH PELAJAR TAHFIZ
Pelajar Tahfiz yang ingin menduduki SPM tanpa ada PT3/PMR, mereka perlu mohon kebenaran dari Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ibu bapa atau Penjaga perlu menulis surat kebenaran dan menyatakan sebab-sebab tidak menduduki PT3/PMR. Setelah meneliti dan mempertimbangkan sebab-sebab itu, Lembaga Peperiksaan Malaysia akan mengeluarkan Surat Kebenaran menduduki SPM sebelum usia 19 tahun.

Jika usia telah mencapai 19 tahun, kebenaran dari Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia TIDAK diperlukan lagi. Boleh terus ambil SPM, tetapi pastikan anda ambil subjek teras dan  subjek syarat wajib  kemasukkan ke university, kerana jika anda tidak mengambil subjek syarat kemasukkan ke universiti, maka anda tidak boleh menyambung kemana-mana universiti. Pilihan subjek untuk mengambil SPM, terpulang kepada anda asalkan 6 subjek teras di ambil. Calon SPM hanya dibenarkan buat pilihan subjek elektif sahaja

Jakim Sediakan Pengiktirafan SIJIL TAHFIZ MALAYSIA (STM)
Darul Quran JAKIM memperkenalkan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) untuk memberi pengiktirafan kepada para penghafaz Al-Quran di Malaysia yang tidak berpeluang mendapat pendidikan tahfiz Al-Quran secara formal

Syarat Menduduki Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM)

Antara syarat kelayakan untuk menduduki peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) ini ialah

Warganegara MalaysiaMenghafaz 30 juzuk Al-Quran (disokong oleh dokumen-dokumen seperti sijil atau surat pengesahan daripada mudir atau pengetua sekolah)Berumur 15 Tahun Ke Atas

Pemohon hanya perlu hadir sesi Ujian Syafawi & Ujian Tahriri untuk layak mendapat sijil tersebut dan boleh dimanfaatkan bagi menyambung pelajaran dan peluang pekerjaan seterusnya.

Mereka yang mempunyai STM ini boleh memohon biasiswa Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bagi melanjutkan pengajian ke Universiti di dalam dan luar negara

PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN
PENGAJIANPelajar diwajibkan menghafaz al-Quran 30 juzu’ dalam tempoh 6 semester (3 tahun) di samping mempelajari subjek-subjek yang lain mengikut syukbah:Syukbah QiraatSyukbah DakwahSyukbah SyariahSyukbah HadithSyukbah MuamalatSyukbah Pengurusan Halal

SYARAT KELAYAKAN
Beragama Islam Warganegara Malaysia Berumur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh pendaftaran Belum berkahwin Lulus Peperiksaan SPM atau kelulusan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat minimum gred:

1. Bahasa Melayu
    = C

2. Bahasa Inggeris
     = E

3. Bahasa Arab 
     = C

4. Pendidikan Islam/Pendidikan Syariah Islamiyah /       Pendidikan Al-Quran & Sunnah / Tasawwur Islam
    = C
Lulus temuduga

NOTA :  Iklan temuduga akan disiarkan dalam laman web Darul Quran Jakim (www.darulquran.gov.my) dan FB Darul Quran Jakim pada bulan Februari setiap tahun

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

PENGAJIAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM )

BIDANG PENGURUSAN MASJID TAHAP 3

Program ini merupakan kerjasama antara Darul Quran dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).Perantis (pelajar) diwajibkan menghafaz al-Quran Juzu’ 30, 1-9 dalam masa 16 bulan di samping belajar kompetensi unit yang lain seperti Pengimarahan Masjid & Tarannum, Pengajaran Asas Fardhu Ain, Khidmat Masyarakat, Aplikasi ICT dan Penyelenggaraan Infrastruktur & Prasarana.

SYARAT KELAYAKAN

Beragama Islam.Warganegara Malaysia (Bumiputera)Berumur 16 tahun ke atas.Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.Telah menghafaz sekurang-kurangnya 6 juzu’.Lulus temuduga.Nota : Iklan SKM akan disiarkan dalam laman web Darul Quran Jakim (www.darulquran.gov.my) dan FB Darul Quran JAKIM pada bulan Januari setiap tahun.

PROGRAM PERSIJILAN TAHFIZ AL-QURAN PENGAJIAN
Pelajar diwajibkan menghafaz al-Quran 30 juzu’ dalam tempoh 3 semester (18 bulan) di samping mempelajari subjek-subjek yang lain seperti Tajwid Ilmi, Tajwid Amali, Adab Hamalah al-Quran, Aqidah, Fiqh Al-Ibadah dan Bahasa Inggeris.SYARAT KELAYAKAN 
Beragama IslamWarganegara (Bumiputera)Belum berkahwinLulus Peperiksaan Percubaan SPM Semasa dengan mendapat minimum gred:1. Matematik                                           = A2. Bahasa Melayu                                      = A3. Bahasa Inggeris                                     = B4. Bahasa Arab                                         = B5. Pendidikan Islam /    Pendidikan Syariah Islamiah /    Pendidikan Al Quran & Sunnah /    Tasawwur Islam                                    = B6. Biologi                                                = B7. Fizik                                                   = B8. Kimia                                                  = B9. Matematik Tambahan                            = B10. Lulus Temuduga

Nota : Iklan temuduga akan disiarkan dalam laman web Darul Quran Jakim (www.darulquran.gov.my) dan FB Darul Quran Jakim pada bulan Ogos setiap tahun

Saturday, 2 September 2017

BERSALIN DI DEMC

Salam semua...

Sejak-sejak 2minggu aku kulur kilir g DEMC kena dressing setiap hari.. Mula-mula sakit oooo rasanya macam nak bersalin... seminggu lepas tue, dh rasa lali... biasa-biasa je la...

So aku share tentang DEMC.. Pakej bersalin di sini... yang rasa nak bersalin disini rajin-rajin menabung tiap-tiap bulan.. Yang mana pakai panel, yg di tanggung syarikat..pun dh jimat sikit...

Pakej RM4500 utk 2h1mlm.. nak detail ttg pakej lihat seperti dalam gambar...

Yg mana ibu bapa pertama kali kelas ANTENATAL... join la kelas, supaya tahu cara nak bersalin dan cara-cara nak bg semangat....

Sunday, 13 August 2017

Buah yang disebut dlm ALQURAN

Buat Rujukan Bersama

Delima
Tin
Pisang
Zaitun
Tamar
Anggur

#DariAlQuran

Sumber dari..
FB : ERMAN ABDURRAHMAN

Friday, 7 July 2017

Dikebumikan di tempat beliau menghembuskan nafas terakhir...

Mengapa Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din berwasiat dikebumikan di tempat beliau menghembuskan nafas terakhir? Inilah jawapannya. Akhirnya kita bertemu perbezaan yg ketara antara org yg berilmu dan yg jahil.
------------------------------------------
روى الإمام أحمد والنسائي وابن ماجه من عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال :
مات رجل بالمدينة ممن وُلِد بها ، فصلى عليه رسول الله صلى الله عليه وسلم ، ثم قال : يا ليته مات بغير مولده  قالوا : ولم ذاك يا رسول الله ؟ قال : إن الرجل إذا مات بغير مولده قيس له من مولده إلى منقطع أثره في الجنة .

Imam Ahmad , an-Nasa'i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr Radhiyallahu 'Anhuma telah berkata :
" Seorang lelaki kelahiran kota madinah meninggal dunia di Madinah. maka Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah menyembahyangkan jenazahnya.
Baginda kemudiannya bersabda :
" Alangkah baiknya andai kata beliau meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya".
Mereka  ( para sahabat ) bertanya :
" Kenapa begitu ya Rasulullah? ".
Baginda bersabda :
"Sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya,  akan dihitungkan ( ganjaran pahala seluas ) jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempatnya di syurga.

[ HR. Ahmad, an-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, sebelum diterbangkan, mayat itu akan tersimpan lama di rumah mayat.

Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal. Itulah kasih sebenarnya, mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal.

Pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah. Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.

Bila nak bawa balik ke kampung, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, contoh, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan. Peraturan penerbangan Amerika ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (on medical ground). Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang.

Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh. Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya ada waris2 yang berkata,”Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!”.

Kita kena faham, kemuliaan, mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya’Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah. Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya’Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar… Wallahua’lam bissawwab.

Share Sebanyak Mungkin Info ini, Tidak menjadi Satu kerugian Untuk anda Share Hal ini..Ilmu Perlu di kongsi .Jangan setakat Like Sahaja..1 Like & 1 Share Adalah Perkongsian Ilmu...

Wednesday, 5 July 2017

REZEKI

CnP

Rezeki dalam hidup kita lain-lain..

Ada orang...
Rezeki dia, dapat kahwin awal dan settle down.

Ada orang...
Rezeki dia dapat kawen 2 orang... ada
Rezeki dapat kawen 3 orang... maka tersenyumlah dia sorang2...

Ada orang...
Rezeki dia, ada wang yang tujuh keturunan pun tak akan habis...

Ada orang...
Rezeki dia, ada anak2 yang baik, yang sedang hafaz Al Quran...

Ada orang...
Rezeki dia, dapat solat di masjid setiap waktu...

Ada orang...
Rezeki dia, cukup makan dan pakai setiap hari...

Ada orang...
Rezeki dia, dapat travel sana-sini...

Ada orang...
Rezeki dia, business maju dan bertambah maju...

Ada orang...
Rezeki dia, dapat belajar sampai tahap yang tertinggi...

Ada orang...
Rezeki dia, mudah belajar dan baca Al Quran...

Ada orang...
Rezeki dia, ahli keluarga masih ada di sisi...

Ada orang...
Rezeki dia, ada rumah yang selesa di diami...

Hakikatnya...
Allah menjadi kan kita semua, orang yang kaya dengan rezeki yang tersendiri...

Cuma kadang2 kita yang tak nampak & tak sedar sebab kita selalu nampak rezeki itu dalam bentuk wang & material...

Alhamdulillah...

Semua benda yang baik adalah rezeki dari Allah, walaupun hanya dengan dapat baca satu ayat Al Quran dalam sehari sebab ada orang yang Allah tak bagi rezeki nak baca Al Quran walaupun sekali dalam hidup dia...

Carilah Allah dalam mencari rezeki yang berkat...

Utamakan kehendak Allah, In Sha Allah rezeki sangat mudah sampai kepada kita dalam semua perkara...

Berlapang dada lah dalam mencari rezeki, bersyukurlah dalam setiap rezeki yang kita dapat...

Rezeki kita...
Masih hidup lagi hari ni & berkesempatan untuk bertaubat, sebab ada orang yang hari ni dia dah tak bernafas lagi & pergi berjumpa Allah yang satu tanpa sempat bertaubat...

Wednesday, 7 June 2017

VITAGEN BERSAMA ANAK2

ALAHMDULLILAH REZEKI DI KONGSI BERSAMA ANAK- ANAK YATIM VITAGEN 20PACK = 100BOTOL (PERISA MIX) :
a. Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari 1 (Kg Melayu Subang),
b. Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari 2 (No 2, Jln Dalwu Subang 2)
c. Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari 3 (No 8, Jln Dalwu Subang 2)

SESIAPA YANG NAK JOIN MEMBELI SAMBIL BERAMAL DI BULAN RAMADHAN, INSYALLAH SAYA BOLEH TOLONG SAMPAIKAN.....

===============================
Mohon sebarkan moga dengan keberkatan bulan yang mulia kita sama2 membantu mereka yang memerlukan.
#untuk pertanyaan boleh contact no yg tertera

Rujukan kami: PKKB01/0001(0013)
Tarikh : 25 Mei 2017

Assalamualaikum wrt wbh

YBhg Tan Sri / Puan Sri / Dato’ Seri / Datin Seri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik,

JEMPUTAN MENGHADIRI DAN MENYUMBANG KE MAJLIS AMAL BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YANG DIRAIKAN

Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.

Pertubuhan Kebajikan Kasih Bestari (“PKKB”) adalah sebuah pertubuhan kebajikan yang telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan pada 9 November 2013 dengan No. Pendaftaran: PPM-010-10-09112013. PKKB kini sedang menaungi anak-anak yatim, fakir, miskin serta asnaf zakat di TIGA buah rumah amal iaitu:

a. Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari 1 (Kg Melayu Subang),
b. Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari 2 (No 2, Jln Dalwu Subang 2)
c. Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari 3 (No 8, Jln Dalwu Subang 2)

2. PKKB bersama dengan MAAHAD TAHFIZ WAL ULUM AL GHAZALI akan menganjurkan satu Majlis Amal Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yang Diraikan seperti berikut:

Tarikh: 18 Jun 2017 / 23 Ramadhan 1438 (Ahad)
Masa: 6.30 petang - 9.00 mlm
Tempat: Dewan Perdana Ekhwan
No 50, Jalan Uranus AH U5/AH
Seksyen U5, 40150 Shah Alam.

Aturcara Majlis:
6.30 petang Ketibaan Tetamu
6.45 petangTazkirah Ramadhan
7.24 malamBuka Puasa & Solat Maghrib
8.37 malamSolat Isyak & Terawih

3. Sehubungan itu, dengan sukacitanya kami ingin menjemput YBhg Tan Sri / Puan Sri / Dato’ Seri / Datin Seri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik ke majlis tersebut di atas. 

4. Majlis Amal Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yang Diraikan ini diadakan bagi mengumpul dana untuk tujuan berikut:

a. Membantu menampung kos perbelanjaan ketiga-tiga buah rumah amal yang tersebut.
b. Menyambung pencarian dana untuk membeli rumah yang sedang kami sewa kerana pemiliknya ingin menjual rumah tersebut.
c. Dana persediaan sepanjang bulan puasa sekaligus persediaan hari raya untuk anak-anak.

5. Kami sangat berbesar hati sekiranya YBhg Tan Sri / Puan Sri / Dato’ Seri / Datin Seri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik dapat bersama-sama menjayakan majlis ini dengan cara:-

a. Menghadiri majlis serta membeli meja yang disediakan dalam majlis ini

-Meja Emas RM3,000
-Meja Perak RM1,500
-Meja Gangsa RM1,000
-Kerusi Umum RM150 / RM100

b. Menghulurkan sumbangan tunai / cek untuk menaja jemputan golongan anak-anak yatim / fakir miskin / ibu tunggal dalam majlis tersebut

c. Menaja hadiah, cenderahati dan lain-lain sumbangan.

6. Semua sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 562 085 596 789 atau cek atas nama: PUSAT JAGAAN CAHAYA KASIH BESTARI. Sebarang pertanyaan tentang program ini boleh menghubungi:

En. Khushairi : 012-397 2818
Datin Nafisah : 016-623 9233
Puan Nira : 016-251 6515
Puan Nora : 011-3999 2132

rumahamalkasihbestari@gmail.com dan www.facebook.com/pjckbestari.

7. Semoga keprihatinan dan jasa baik YBhg Tan Sri / Puan Sri / Dato’ Seri / Datin Seri / Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik dapat menjalinkan kerjasama kemanusiaan terhadap mereka yang memerlukan pembelaan. Segala bantuan dan sumbangan kami dahului dengan doa keberkatan serta ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang memegang amanah,

MOHD KHUSHAIRI OSMAN
Pengerusi
Pertubuhan Kasih Bestari
=============================