Wednesday, 16 January 2013

Buat Pasport Di Putrajaya

Citer pasal buat pasport nie tahun lepas punya citer baru nak di sambung cietr waktu buat pasport...hehehehe...sori la ek baru nak masukkan... Kami hari tue dari Kajang terus ke Putrajaya- Persint 15 pada hari Ahad dalam pukul 5ptg... Ohya, untuk pengatahuan semua waktu cuti sekolah pada bln 11 & 12, pejabat imegresen untuk buat pasport beroperasi dari 8pg-10mlm kecuali public holiday dorang tutup opis... 
Mr.Pi nie sibuk menguruskan Damia turun dari kete..yang aku lak sibuk ambil gambar..hehehe
Lengang je ke Pejabat Imegresen...Memang tak ramai orang pun... Ada sapa-sapa yang tak penah datang ke sini...Macam aku la, kalo nak makan ke nak beli apa-apa..dekat je jalan kaki je..Nampak tak blok deretan kedai tue...Kalo tak nampak, dah dekat la tue...........hahaahaha
Oooohhh ya lagi 1...Kalo ada sesiapa datang lenggang je main terjah untuk buat pasport korang boleh amek gambar & fotostat kat Blok A...Bukan free tapi berbayar tau...
(Tapi masa aku datang kiosk TUTUP..)
 So sempat lagi ambil gambar sebab takde orang pun... Yang Damia pun sibuk nak ambil gambar siap suruh aku buat peace juga..
Masuk ke main entrance dah terpacak tiang nie... Bahagian Pasport di blok A (sebalah kiri)..
Tengok la, mana ada orang...Banyak lagi kerusi yang kosong kan...Damia siap berlari-lari kat sini....
Selesai buat pasport dalam 1/2 jam je...Cepat, Mudah, Selesa & Tak Ramai Orang masa tue la...
 Tapi cuba sekarang korg pergi pejabat imegresen, Ya Rabbi ramai betul, sampai nak duduk pun tak boleh pas2 panas lak aircond tak rasa....
Warta/Arahan dikeluarkan oleh pihak Imegresen waktu operasi tapi tahun 2012....

Tuesday, 15 January 2013

PerMATA HATIKU

Setiap masa aku menanti waktu bersama~sama mereka(anak-anak serta suami aku la).. Biasa lah sejak-sejak dah kawin, dah menjadi isteri dan menjadi mama kepada puteri-puteri aku..
Tengok terlatah anak-anak, yang Damia sekarang dah pandai cakap nak tue nak nie... Arissa lak kalo di agah pasti tersenyum-senyum... Anak~anak aku nie jarak mereka setahun.Damia lahir awal 2011 & Arissa tahun akhir 2012..Alhamdullilah rezeki Allah telah beri kpd aku serta suami.
Dalam gambar,baik je adik beradik nie.In Shaa Allah apabila dah besar kenal mengenali antara 1 sama lain moga kerakraban NUR HANNAH DAMIA & NUR ARISSA DAMIA lebih erat lagi. umpama "Air di cincang tak akan putus" . jgnlah anak-anak aku bergaduh sesama sendiri.

**...Abah Mama Sayang Kamu Berdua...**
Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, 14 January 2013

AduHai RAMBUT GUGUR

 Dilema aku dari bersalin anak 1st dan anak ke-2 nie, cukup anak aku 3bulan.. Rambut aku mula la gugur...Bukan sikit je tapi banyak...uuuhhhhh :( Pakailah syampu macam-macam tapi tetap sama juga.. Masa anak 1st tue rambut gugur lama juga dalam 6bulan lepas tue baru ok....

Aku pun search apa punca-punca dan back to normal untuk rambut ku yang telah menghilang...
9 Perkara Perlu Mama Tahu :
1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3. Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Apa mama perlu lakukan?
Mama tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.

Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.

Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.

Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

Makanan Mencegah Keguguran Rambut

Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

ref :  http://pama.karangkraf.com/famili/rambut-saya-banyak-gugur-1.26749

Thursday, 10 January 2013

2 TAHUN DAH;)

11.01.2011 - Teringat aku pada pengalaman ketika waktu itu,bersalin anak pertama..Dapat baby girl diberi nama NUR HANNAH DAMIA..
11.01.2012- Telah Setahun umur Damia..Teringat ketika menyambut bday nya sampai 2tempat.Mulanya mkn dengn family tedekat je.Pas2 minggu depannya majlis panggil kwn2 yang lain.Membesarkan anak yang sulung ketika ini aku disahkan mengandung anak ke-2..
11.01.2013 - Damia sudah 2tahun la..Syukur Alhamdullilah anak abah mama serta cucu sulung.. Semoga di panjangkan umur serta dimurahkan rezeki dan jadilah anak yang solehah.  ~AMIN~

Umur pun dah 2 tahun 
** Perangai dah macam orang besar dah...
** Dah paham bahasa dah...
** Mudah cebik(nak menangis) apabila di cegil mata aku mula nak panggil "mama..mama..mama.." kalo aku tak jawab mula cebik...
** Dah pandai berkata-kata dah...
** Sayang sangat kepada Arissa... Tak boleh orang lain pegang...
Published with Blogger-droid v2.0.8

BungKus HanyA RM2.50


Lunch time Amek nasi,lauk sotong tue dah yang last tinggal kepala je dan sambal sardin bungkus dan bawa makan kat meja aku..Tak sangka lak makcik tue kira RM2.50 je...waahhh murah kali pertama untuk tahun 2013.Syukur alhamdullilah kenyang.
Published with Blogger-droid v2.0.8

Apartment CIPEDES D BANDUNG

Selama 4hari 3malam ke Bandung kami menginap di Apartment Cipedes...Sampai disana kami pukul 6ptg.. Dari airport ke apartment nie dalam 30 ke 45minit juga la.. Tak jauh, tapi pun sebab jem tambahan lak supir bawa ikut jalan short cut...Lagi la aku tak tahu & tak ingat...Tahu tahu je dah sampai
Dah sampai masa untuk check in kami perlu selesaikan bayaran lagi separuhnya.. Sebelum pergi nie suami aku dah bank in duit kepada pihak apartment untuk deposit confirmation...Alhamdullilah keadaan apartment tue amat selesa untuk tido dan merehatkan diri je... Tapi korang jangan la xpect apartment nie mcm 4 5bintang ya...
  
Nie gambar pintu masuk...Ada guard & pintu sentiasa ditutup untuk keselamatan terjamin..In Shaa Allah..
Apartment nie 2tingkat.. tingkat 1 untuk aparment 2bilik..Manakala apartment 3bilik di bawah..
Apartment yang 3bilik nie lebih besar dan selesa yang datang beramai-ramai...
 Yang nie lak koridor dari pintu masuk ke dalam.. Kerusi nie untuk ruang menunggu...
Koridor di sama level dengan pintu masuk tadi..kat sini ada 8unit untuk 2bilik 1 bilik air..
 Ada tangga untuk turun kebawah untuk yang tempah Apartment3bilik dan ke swimming pool.. Aku tak sempat pun nak jengah ke bawah apatah lagi untuk mandi swimming pool...
 Selain Apartment Cipedes nie.. Korang boleh tingga di Apartment Setramurni tapi aku tak tahu keadaan disana nnt korang search la ya...
Untuk tempahan lebih lanjut korang call sana direct @ tengok website http://cipedesapartment.blogspot.com/

BaCK 2 Normal

Akhirnya jejak juga aku ke Bandung..Terkenal dengan syurga membeli belah...So berjuta-juta la kami ada cash money.... (dalam mood berlagak) padahal kalo convert ke RM berapa la sangat...Yang kesana aku,suamiku,Damia, adik aku - Shima & tunangnya- Ajoy aka Jojo. Kami pergi kesana 4hari 3malam... 
Flight kami menggunakan Air Asia.. Book tiket nie masa promosi murah la... Tak kan nak mahal-mahal kesana. Flight ke sana Sabtu petang.. Kalo di pikir balik memang rugi juga amek tiket petang..Iyala sampai sana pukul 5ptg..Tapi tak pe la janji tiket murah..Kuar dari airport supir bawa ke penginapan kami yang telah lama kami book...
1  day : Sampai je rehat-rehatkan badan, malam pegi makan kt restaurant
2 day  : Breakfast diluar..Menghabiskan $ di Pasar Baru  (beli telekung, kain lace dll).. Petang ke Toko 3
3 day  : Pergi beli cenderahati kawin Shima&Jojo...Tengahari pergi Jalan Cibaduyut yang terkenal barangan kulit... Malam balik apartment kejap...Zaassss ke Toko 3 balik..itu pun kejap je... Malam ke Paris Pan Java.. Habiskan duit sebelum balik esok pagi...
4 day : Packing barang... Kul 6.15pg(waktu Indo.) bergerak ke airport...Sampai Malaysia kul 11.45pagi.. Pergi dengan 1kete..Balik aku terpaksa minta tolong baba aku datang..Sebabnya barang banyakkkkkk...

Ini sebagai rumusan aku selama kesana..Nanti aku upload gambar kemudian...Tungggguuu ya....

So sekarang aku dah abis cuti, pergi kerja seperti biasa..Mencari dan mengumpul semula duit-duit untuk percutian kami akan datang...