Tuesday 31 July 2012

FIDYAH

SALAM SEMUA :)

Entah kenapa la sejak akhir-akhir nie aku jarang update blog.. Biasalah kot, ibu mengandung kadang-kadang mood dia berubah-berubah...hehehehe... APA-APA pun, di bulan Ramadhan ini Saya 1 kuarga mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan 1433M (2012).. Semoga ia diberkati...

Sedang aku baca paper arini.. Ternampak la tajuk FIDYAH... Apa yg dimaksud Fidyah, Bagaimana caranya?? Jom kita berkongsi ilmu bersama...

MAKSUD FIDYAH
Fidyah ialah denda yang dikenakan ke atas orang yang meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu ataupun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan. Ianya merupakan satu kadar tertentu yang wajib dikeluarkan sebagai suatu pemberian sebahagian daripada harta (makanan) kepada fakir miskin

Fidyah wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah S.W.T. sekiranya tidak dilaksanakan.

Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya. 

KADAR MEMBAYAR FIDYAH
Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh MAIWP, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.75.  Contoh: Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga terlepas 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:- 
RM1.75 (1 cupak) x 3 hari x 3 tahun = RM15.75

SIAPAKAH YG DIKENAKAN??
Mereka yang dikenakan fidyah adalah:
  1. Orang yang uzur menunaikan puasa wajib
    Terdiri daripada golongan yang menghadapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa, atau kedua-duanya sekali.

  2. Perempuan hamil
    Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikuatiri berlaku keguguran. Golongan ini diwajibkan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

  3. Ibu yang menyusukan anak
    Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

  4. Orang yang melambatkan ganti puasa (Qada)’
    Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
  5. Orang yang telah meninggal dunia
    Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

  6. BAGAIMANA CARA MEMBAYAR??
    Perkiraan dan bayaran boleh dibuat di Bahagian Baitulmal MAIWP dengan wang tunai atau cek/pos berdaftar kepada MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN.

    Utk rujukan lebih lanjut jom kita lawati website :-