Wednesday 30 November 2011

Petua Mereda Demam

Selain kita(ibu bapa kakak) yg tgh jaga anak yg sedang demam, selain kita bagi ubat & ada yang meletakkan cold fever di dahi..apa kata kita cuba petua2 untuk meredakan demam anak…

 Petua-petua Meredakan DEMAM

air asam jawa dan kunyit hidup..
lumurkan sedikit demi sedikit air asam jawa di kepala bayi dan jika selsema calitkan kunyit hidup yang telah dipotong di batang hidung bayi atau di sekitar atas hidung. InsyaAllah demam bayi akan beransur-ansur kebah.

Ramaskan  lima helai daun bunga raya, dua helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu hingga keluar lendir dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.

Ambil lidah buaya (aloe vera) dicampur dengan daun setawar berserta gula batu sebesar ibu jari. Semua bahan tu ditumbuk hingga benar benar hancur dan lumurkan pada kepala anak, bahagian tengkuk, bawah ketiak, celah kangkang, belakang badan dan tapak kaki.

 

 

 

 

 

 

 

p/S ***Lagi satu jgn pakaikan anak2 yg demam dgn pakaian yg tebal2 atau baju lengan panjang..kalau boleh bagi baju lubang2 jek....coz demam budak2/baby ni x sama cam kita orang dewasa yg kalau demam kena pakai baju tebal atau selimut...

Jejak Upin & Ipin di Muzium Negara!

Sempena cuti sekolah ini, Upin dan Ipin ingin mengajak kawan-kawan untuk melawat mereka di Muzium Negara! Di sana nanti kawan-kawan akan berpeluang menjelajah dunia imaginasi Upin dan Ipin, berjumpa dengan orang asli Pulu, melawat replika rumah Opah dan banyak lagi...

Tarikh: 26 November hingga 31 Disember 2011
Tempat: Muzium Negara, Kuala Lumpur.
Masa: 9.00pg hingga 5.00ptg


Bagaimana hendak ke Muzium Negara!!!!
Bas
Menggunakan bas RapidKL bas No. 115 (bayaran RM 2.00 sehari untuk KL City Shuttle) dari KL Sentral. Perkhidmatan bas KL Hop-in Hop-off juga disediakan dan perhentian untuk ke Muzium Negara adalah di perhentian bas No. 12.

Komuter KTM dan Rapid Kelana Jaya Line (dikenali sebagai Putra LRT)
Dari KL Sentral anda perlu berjalan dalam lingkungan 0.5 km ke Muzium Negara dengan menggunakan susur jalan yang telah ditetapkan dengan mengikut papan tanda yang disediakan.

Kawasan letak kereta
Kawasan letak kereta yang selesa disediakan di Muzium Negara. Kadar bayaran sebanyak RM2.00 untuk kereta dan RM 1.00 untuk motosikal.

Kemudahan
Sebuah lif disediakan untuk pelawat berkerusi roda ke Muzium Negara. Kerusi roda juga disediakan atas permintaan. Sila berhubung dengan Kaunter Khidmat Pelawat di (03) 2267 1000 (talian umum) untuk maklumat lanjut.

Mengambil gambar
Fotografi dan mengambil video adalah dibenarkan di galeri pameran bagi tujuan kegunaan sendiri sahaja. Bagi tujuan komersial pula, sila dapatkan kebenaran dengan menulis kepada Ketua Pengarah, Jabatan Muzium Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Muzium Malaysia.

Kedai Muzium
Terletak di aras bawah berdekatan dengan laluan keluar Muzium Negara. Terdapat beberapa koleksi yang menarik yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan seperti koleksi buku, video cekera padat dan ianya boleh dibuat sebagai bahan kenangan serta hadiah  semasa melawat Muzium Negara. Setiap bahan yang dijual mempunyai signifikan sejarahnya yang tersendiri.

Lokasi menarik berdekatan
Terdapat banyak lokasi yang menarik berdekatan dengan Muzium Negara antaranya adalah Taman Tasik, Tugu Negara, Taman Burung dan Taman Tasik Perdana.
 
Waktu Dibuka dan Bayaran Masuk
Waktu beroperasi 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari
Muzium akan ditutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Jenis Pelawat
Kadar
Warganegara
RM 2.00
Warga Tua dan Orang Kelainan Upaya (OKU)
RM 1.00
Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah (warganegara)
Percuma
Pelajar Sekolah Menengah berpakaian Seragam (warganegara)
Percuma
Pelajar Sekolah Menengah tidak berpakaian Seragam (warganegara)
RM 2.00
Ahli International Council of Museums (ICOM)
Percuma
Bukan Warganegara
RM 5.00
Kanak-kanak berumur (6 tahun hingga 12 tahun) (bukan warganegara)
RM 2.00
Kanak-kanak berumur kurang daripada 6 tahun (bukan warganegara)
Percuma

Tuesday 29 November 2011

Badan Panas

Apabila bdn baby panas,sapa lagi kalo x my princess,Nur Hannah Damia.mula la aku risau~risau sesangat.dan dan tue aku amek suhu bdn,catatkan setiap 2jam,bg minum air masak.standby ubat2.supaya kenangan lalu x kembali lagi,biarkan iya berlalu..[ciittt bermadah-madah lak].
mak mana yg x risau kalo anak tambahan lak jika baby,lagi la perlu diberi perhatian..Ada yg aku dpt info,bayi demam sebenarnya dlm antobodi bdnnya melawan virus jahat.tue yg badan panas.. dan ada sesetengah org-org tua kata,bayi kalih bulan.x pe nak pandai sesuatu la tue..

Apa-apa pun “Kita harus prihatin terhadap demam walaupun ia merupakan satu gejala
yang biasa dialami oleh kanak-kanak,” Prof Dr Zulkifli Ismail, Presiden, Persatuan Pediatrik Malaysia.

Soalan-soalan Mengenai DEMAM

S: Bilakah demam bayi memerlukan rawatan?
J: Selain daripada menasihatkan anda untuk memberi banyak cecair untuk mengelakkan dehidrasi, doktor mungkin tidak akan memberi rawatan untuk demam bayi sekiranya ia rendah dan bayi tidak kelihatan tenat. Namun, jika demam itu tinggi, rawatan akan diberi untuk melegakan bayi. Rawatan mesti diberi sekiranya bayi ada sejarah mengalami serangan sawan demam atau lain-lain gangguan otak dan saraf. Demam boleh menyebabkan sawan kepada kanak-kanak yang cenderung kepada keadaan tersebut.

S: Apakah ubat-ubatan yang anda boleh beri di rumah?
J: Jangan sekali-kali memberi ubat kepada bayi baru lahir tanpa merujuk kepada doktor. Untuk bayi yang lebih besar daripada 1 bulan, anda boleh memberi ubat demam (antipyretic) yang mengandungi acetaminophen (paracetamol), ibuprofen atau diclofenac. Ubat demam yang diberikan melalui dubur juga boleh diberi sekiranya bayi tidak mahu makan ubatnya. Kesemua jenis ubat-ubatan ini adalah selamat untuk bayi dan kanak-kanak tetapi anda tidak boleh melebihi dos yang disyorkan. Dengan sesetengah kanak-kanak (terutama yang mengalami dehidrasi atau masalah kesihatan yang lain), dos yang berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius (terutama kepada buah pinggang). Catatkan masa anak anda diberi ubat. Jangan beri ubat mengandungi aspirin kerana ia telah dikaitkan dengan beberapa komplikasi.

S: Apakah lain-lain cara untuk mengurangkan demam bayi?
J: Lapkan badan anak dengan air suam untuk mengurangkan demamnya. Anda juga boleh memandikan anak dengan air suam. Jangan mandikan anak dengan air yang terlalu sejuk atau panas.

S: Patutkah anda beri anak makan semasa demam?
J: Jangan paksa anak anda untuk makan makanan biasanya sekiranya dia tidak berselera. Teruskan menyusukan anak anda dan berikan dia minum air dengan kerap. Elakkan anak anda dari mengalami dehidrasi.

 TANDA-TANDA AMARAN

Ada kanak-kanak yang tidak sakit teruk pada suhu 38°C atau lebih. Ada juga mereka yang sakit teruk pada suhu yang lebih rendah atau dengan ketiadaan demam. Oleh kerana ini, anda juga harus memerhati lain-lain gejala penyakit dan bukan demam sahaja. Pada kenyataannya, bukan suhu badan sahaja yang penting tetapi kelakuan bayi yang mesti diawasi. Dapatkan rawatan dengan segera sekiranya bayi:

* Tidak mahu menyusu, makan atau minum.
* Mudah meradang atau kelihatan kebingungan.
* Tidak dapat bangun dari tidur dan lesu.
* Mengalami masalah bernafas atau bernafas terlalu cepat.
* Mempunyai nadi yang terlalu cepat atau lemah.
* Masih kelihatan tenat setelah demamnya reda.
* Menghidapi ruam di mana-mana bahagian badan.
* Mengalami sakit kepala atau muntah.
* Mengalami lain-lain aduan (misalnya menangis semasa membuang air kecil, terhencot-hencot, bengkak pada bahagian sendi, dll).
* Demam berterusan untuk lebih daripada 24 hingga 48 jam.

Anda juga patut membawa anak yang demam berjumpa doktor jika dia juga mengalami lain-lain keadaan kesihatan (misalnya penyakit jantung, kanser, gangguan sistem imun, dll) atau sedang diberi rawatan mengandungi steroid. Keadaan-keadaan ini boleh menyebabkan anak cenderung kepada infeksi tertentu yang mesti dirawat dengan cepat dan agresif.





 
Published with Blogger-droid v1.7.4

Benarkah susu ibu boleh tercemar? - WHI

Assalamualaikum..
Berkongsi topik Wanita Hari Ini bertarikh 20 July 2011 yang dicatat oleh Kak Hana.
Tajuk WHI hari ini adalah : Benarkah susu ibu boleh tercemar?

Panel jemputan:
Dr. Norashikin Muhd Fuad- Pakar O&G Hospital Sungai Buloh
Pn. Kamariah bt Mohd Alwi – lactation Consultant (also my sifu)
Dynaz – celebrity dan owner DNA

Adakah susu ibu boleh tercemar?
Susu ibu kalau tercemar pun sangat minima.
Ini kerana susu ibu adalah susu HIDUP, manakala susu formula adalah susu mati.
Maknanya dalam susu ibu ada antiviral, antifungal dan antibakteria yang akan melawan viral, bakteria dan fungal dari luar. Even susu ibu kalau dibiarkan tidak bertutup pun, boleh bertahan lama..

Ubat-ubat yang boleh menyebabkan susu tercemar..
Dr. Norashikin menyatakan bahawa ubatan dalam kemoterapi sahaja boleh memberi kesan kepada susu ibu.. ubatan yang lain tidak memberi kesan kepada susu ibu. Ini kerana setiap apa yang dimakan untuk ibu akan ditapis sebelum disalurkan kepada susu ibu. So, kalau demam, selesema, takde masalah untuk ambil ubat-ubatan.

Payudara adalah steril
Pn Kamariah menjelaskan bahawa payudara adalah tempat paling steril. Disebabkan itu semua ibu digalakkan untuk menyusu secara terus dari payudara setaip kali bersama bayi. Ini kerana, ‘askar-askar’ dalam susu ibu aktif jika keluar dari payudara.. so askar-askar itu akan memberi pertahanan kepada sistem tubuh bayi.
Ini berbeza bila susu yang disimpan. Askar2 tersebut akan tidur dalam suhu yang rendah, bila dipanaskan, mereka perlu berlawan dengan bakteria2 yang telah muncul dalam susu ibu. Namun begitu bakteria itu tidaklah memberi kesan kepada bayi kerana askar2 dalam susu ibu sedang berperang dengan bakteria tersebut (yang ni ibu qouote kata2 Pn Kamariah time kursus MBfPC hari tu)

Susu ibu basi?
Susu ibu tidak akan basi. Susu ibu tidak akan bertukar jadi keju (kata puan Kamariah lagi)..
Susu ibu hanya akan tercemar jika semasa memerah ibu tidak mencuci tangan dengan sempurna, bekas yang digunakan adalah tercemar. maka, tercemarlah susu tersebut.

Susu ibu pelbagai rasa..
Susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza. Ia mengikut menu ibu pada hari tersebut. Kalau ibu makan durian, baby pun akan merasa susu durian,. kalau ibu makan petai, susu pun akan berperisa petai.
Sebenarnya itulah uniknya susu ibu, kerana bayi yang menyusu susu ibu telah bersedia dengan pelbagai rasa sebelum memulakan solid food. Maka bayi yang menyusu selalunya tidak memilih makan sebab dari baby lagi telah diperkenalkan dengan pelbagai perisa.
Kenyataan ini disahkan oleh Dyna kerana anaknya Khyra, tidak memilih makanan. Dia makan apa yang orang lain makan.

Susu ibu boleh bertukar warna
Betul! Ikut apa yang ibu makan. Kalau hari tu ibu banyak makan sayur hijau. warna susu pun berwarna kehijauan gitu.

Nak kuruskan badan.. BF saja
Pengakuan dari Dynaz.. Sebab setiap kali kawan dia tnaya macam mana dia boleh kuruskan badan dengan cepat.. jawapan dia 1 jer : menyusulah anak anda.
Dan suka sangat dengar Dynaz bercerita tentang dunia BF dia, macam mana Khayra appreciate susunya, bonding yang diceritakan sangat jujur.
 
Majikan perlu bagi sokongan
Sebelum menutup tirai Dr. Norashikin menyeru kepada semua majikan agar menyokong penyusuan susu ibu.. Ini kerana ia boleh meningkatkan mutu kerja pekerja kerana kurang mengambil cuti disebabkan anak jarang sakit. Selain itu beliau juga menyeru agar para majikan boleh menyediakan tempat khas dan juga 2nd hand fridge untuk pekerja yang menyusukan anak.
Selain daripada itu Dynaz juga ada bercerita tentang cara-cara untuk handle EBM.. Dia menggunakan cooler bag dan icepack yang tahan sehingga 16jam. Dan dia juga menyatakan sebagai seorang selebriti dia rasa amat bertanggungjawab untuk sebarkan maklumat tentang Bf. Dia juga berharap agar BF akan menjadi satu trend kepada ibu-ibu. Bila dah jadi trend, semua orang akan memilih untuk BF.

Friday 25 November 2011

Jualan Gudang PUREEN

Jualan Penghabisan Stok Pureen kembali lagi pada 3-4 Dec.2011....Dr kul 10pg-6ptg
X silap aku setiap tahun pihak Pureen akan buat 3kali Sale..So kali ini mereka buat yg terakhir untuk thn 2011..Lepas ni mayb ada lagi kot..Sebelum ni jualan yg dorg buat, aku pun penah pegi gak, membeli brg2 anak& brg aku mmg berbaloi-baloi murah..Bukan setakat barang2 bayi je..ada jual utk kaum ibu,pampes utk org tua, breast pump brand pureen dan brand dr Tracia, Dr.Mist..
Gudang Pureen, berdekatan dgn kilang Vitagen di PJ..  Senang je nak ke sana.. Lalu depan Hotel Armada,PJ - Digitalmall - Masjid(sebelah kiri) - Masuk simpang KIRI - Traficlinght - Masuk Kanan.. So parking la dlm lot kedai..Jln kaki, x de la jauh sgt, sekejap saje dah sampai kt gudang tue..Kalo terus,pas2 nak turun depan gudang pureen jgn harap la ya sbb jln jem pun nnt selisih dgn lori lagi la susah..
Keterangan lanjutan klik disini... www.pureen.com.my
Summit Company (M) Sdn Bhd
Lot 6 Jalan 19/1
46300 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH

 Alhamdulillah, tahun ini kita akan mengakhiri tahun baru (takwim Islam) sempena tahun baru Maal Hijrah 1433 Masihi. Tarikh 1 Muharam atau sambutan tahun baru hijrah adalah perkara yang telah sedia maklum dan difahami oleh kebanyakan orang. Telah banyak perkara berkaitan dengan sejarah hijrah dan juga sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW diperbincang setiap kali sambutan Maal Hijrah.

Namun demikian tidak dinafikan juga kemungkinan kita terlepas pandang atau tidak menyedari tentang peristiwa sejarah yang berlaku itu mempunyai pengajaran dan iktibar yang amat bermakna.

Thursday 24 November 2011

Carta 50:Nama BAYI 2011

Salam Kawan-kawan...
Aku dpt berkongsi nama-nama top 25 untuk baby lelaki & baby perempuan utk tahun 2011
Senarai kegemaran kebangsaan tahunan ini, ihsan beribu-ribu BabyCenter Malaysia http://www.babycenter.com.my/pregnancy/naming/malaysia-baby-names/malaysia-names-2011/  ibu bapa yang hamil atau mempunyai bayi pada tahun 2011, boleh memberi inspirasi kepada anda dalam pencarian anda untuk nama bayi yang sempurna.

SENARAI NAMA KEGEMARAN TOP 25 BABY LELAKI & BABY PEREMPUAN

LELAKI  PEREMPUAN
1. Muhamad 1. Nur (Nor and Noor)
2. Adam 2. Zara
3. Rayyan  3. Hannah
4. Ahmad 4. Damia
5. Daniel 5. Sophia
6. Darwish 6. Alicia
7. Umar 7. Aishah
8. Haziq 8. Humaira
9. Irfan 9. Batrisyia
10. Zikri 10. Safiyyah
11. Aqil  11. Sarah
12. Harith 12. Iris
13. Hakim 13. Alya
14. Aqif 14. Adriana
15. Hadif  15. Amani
16. Ammar 16. Keisha
17. Danish 17. Arissa
18. Aidan 18. Balqis
19. Jayden 19. Qistina
20. Ashraff 20. Arianna
21. Alif 21. Qaisara
22. Ariff 22. Khalisha
23. Syahmi 23. Chloe
24. Isaac 24. Marissa
25. Amsyar 25. Mia



















































Wednesday 16 November 2011

KUNCI ILANG

aduhhhhaaaiiiii,nasib ku arini.nasib badan.
KUNCI KETE MASUK DLM LUBANG TANDAS..kesian
menggelabah apabila kunci aku termasuk dlm lubang tandas opis. aduhai mcm ner nak amek,dlm lak lubang.aku pun minta tlg pd kakak clear dgn org maintenance tlg amek kunci..dorang try punya try, ayat yg kuar "x de pun kak,kunci dlm tandas".alamak sah kunci tue dah jatuh ke dlm2 lagi.
Kunci spare lak,ada kt rawang.jasa baik baba sanggup antar kunci spare kt opis aku.tq tq.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Makanlah PISANG

Khasiat Buah Pisang

Utk dikongsi...
Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk.. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang..
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.


PMS:
Lupakan pil-pil hospital makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.


Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.


Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.


Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).


Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.


Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.


Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.


Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.


Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.


Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.


Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.


Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.


Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).


Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita..


Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.


Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.


Strok:
Mengikut kajian dalam buku The New England Journal of Medicine, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!


Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati…

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!

PS : Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika!!!!