Saturday 29 December 2012

Tiket 50% Taman Tema Air I-CTY

SAPA MAU??!!!

Salam kawan-kawan.. Sesiapa yang menyinggah blog aku nie yang search tiket untuk taman tema air di I-City Shah Alam... Aku ada lebih 4keping tiket masuk taman tema air je...Nie bukan main-main nie betui-betui...Dengan adanya tiket nie, korang akan dapat dikaun 50%.. Contoh tiket utk DEWASA RM50 selepas % RM25... Kanak-kanak lbh 100cm RM30 selepas % RM15...
Tiket nie dijual dgn harga RM10sekeping.. Kalo beli banyak ada diskaun...
Setelah beli tiket nie, korang tunjuk kat kaunter pembayaran taman tema air I-City akan dapat 50% diskaun dari harga sebenar... Korang beli di sini masih murah lagi jika di banding dengan harga sebenar DEWASA RM50 selepas % RM25... Kanak-kanak lbh 100cm RM30 selepas % RM15...
Tiket nie laku sehingga 30/12/2012...
Korang nak beli cepat-cepat email kat pikin shekin852003@gmail.com
@ sms 012-3124420

Tuesday 25 December 2012

Aku D Cni SekinResort

Salam.. SELAMAT BERCUTI...

Dari TBR Port Dikcson kami kuar Pikin yg besar pergi cuti ke pantai barat Selangor... Kami nak g menginap pula Sekin Resort.. Saje je, dah lama x buang duit bersama kuarga...Ceeehhh buang duit la sangat... X pe la asalkan kuarga ceria,gembira dapat berkumpul sama-sama...
Nnt aku upload gambar ya...Nie tengah sibuk nak check in, nak ankat barang.. Tapi yang angkat barang suami ku yang gagah.. Aku mengankat baby Arissa nie serta memimpin tangan cik kak Damia... Ok la tgh nak mula sibuk nie.... Bye-bye...

Monday 24 December 2012

OTW ke Tiara Beach Resort

Salam.... :) Selamat Bercuti kawan-kawan

Hari nie (Isnin) aku dah mula bercuti hingga tahun depan 2013.....Bunyi macam tahun depan jauh je kan, padahal lagi beberapa hari je...
Pikinfamily & family mamababa aku, kitorang pegi cuti-cuti Malaysia je kt Tiara Beach Resort,Port Dickson.. X jauh mana pun Selangor ke N9... X pe asalkan kami pegi bercuti-cuti...Ok la aku dalam perjalanan ke sana nnt aku sambung lagi untuk update holiday aku kali nie... See U sooN

Wednesday 19 December 2012

Masa untuk buat pasport



Ada sesiapa yang nak buat pasport, sebelum tahun 2013??
Sejak cuti sekolah nie bermula bulan November hingga 31 Disember 2012 Pejabat Imegresen beroperasi dari 8pagi hingga 10malam setiap hari untuk buat pasport&visa.... Hari Sabtu & Ahad pun buka juga tau..Kecuali public holiday TUTUP....
Ooooppss LUPA NAK BAGITAHU.. Bukan semua pejabat Imigresen waktu operasi dr 8pg-10mlm(Isnin - Ahad) Hanya kawasan-kawasan tertentu je... Seperti :-
PEJABAT IMIGRESEN JLN DUTA, KL
 PEJABAT IMIGRESEN WANGSA MAJU, KL
 PEJABAT IMIGRESEN KELANA JAYA
PEJABAT IMIGRESEN SHAH ALAM
PEJABAT IMIGRESEN PERSINT 15, PUTRAJAYA
PEJABAT IMIGRESEN SETIA TROPIKA, JB
PEJABAT IMIGRESEN TC PUDU, KL & MELAKA

Sesiapa tak suka tempat ramai orang & tak suka menunggu lama di Imegresen, time macam nie la kita amek peluang... Macam aku la, g buat pasport baru-baru nie... Cite pasal aku buat pasport nie tunggu page akan datang ya...
Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday 18 December 2012

Arissa Batuk dan Batuk



Alahai anak abah mama, Arissa batuk dan batuk hampir seminggu x baik-baik bertambah pula dengan kahak yang ada...Nasib baik x demam & selsema.. Bukannya kami x pegi check klinik/hospital,pegi dah tapi doktor tak bagi ubat batuk sbb baby masih kecil..So dorang bagi spray idung jika tersumbat....
Semalam aku masuk opis tengah buat keje dapat sms kul 11.30pg dari nursery Damia & Arissa " Salam kak..Arissa ni menangis je dari pagi tadi..bagi susu pun tak nak dan Arissa batuk teruk nie kak " Tak boleh jadi nie, aku capai handbeg minta kebenaran bos aku kejap...
Pukul 12.30tgh sampai nursery,aku rehat jap bagi Arissa bf dulu sambil-sambil tue search @ call klinik..  kebanyak klinik kanak-kanak @ hospital(doktok kanak-kanak) waktu rawatan 9pg-12tghari & 6ptg-9mlm. Nampak gayanya kena la bawa ke klinik biasa la dulu....
Klinik An-Nisa U5 nie klinik rawatan kami sekuarga.. Dari aku bujang hingga la anak dah 2orang... Kalo nak buat medical checkup pregnant memang dialu-alukan.. Doktor Roziah & Doktor Shikin, doktor yg bagus tiptop, layan pun bagus,terangkan 1 per 1...
 
 Rutin sama di semua klinik@hospital....Mestilah kena daftar dulu kan.. Mana yang ada terus jumpa doktor je..hihihi
 
 Haaaa.... Nie lah cik baby yg batuk-batuk.. Aku berdua je dengan baby.. Damia ditinggalkan kt nursery..Dan abah baby nie keje...So aku la yang mesti kena bawa... Nasib baik tak ramai pesakit...
Sabar ya cik baby Arissa, giliran kamu akan sampai sebentar lagi...Baiknya duduk dalam car seat...Tunggu la lagi 2 3bln, blh duk diam ke x...Aku geranti pasni mesti Arissa taknak duk dalam tue...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday 14 December 2012

Asam Pedas Lagi

SALAM :)

Sejak menjak nie dari mengandung dan selepas bersalin aku suka makan asam pedas... Aku makan berdekatan dengan opis aku je..Nama kedainya HOT PINDANG, Sek. 10, Shah Alam... Bukan setakat ada lauk asam pedas je, minta goreng-goreng pun ada...
Aku oder set Ikan tenggiri asam pedas(siap sekali nasi, telur masin,keropok&timun)...mavellossss... di hidangkan kuah yg masih berasap-asap..sedap-sedappp... Pas2 oder la air yang seperti selalu..aku air suam je order... Haaaa... nie la buku menu HOT PINDANG...di Sek.10 Shah alam
 Yang gambar kt atas lak pemandangan dalam kedai ke luar.. Aku x ambil gambar yang lain sbb nya time nie ramai pelanggan dalam kedai..nnt aku ambil gambar je mesti dorang kata aku "jakon"...hahhaa..sekeping dah memadai....
 Aik kenapa ada pen dan kertas...Disebabkan aku pelanggan 1st time tuan punya kedai nie bagi untuk komen&pendapat.... Aku iya iya je tulis nama, pas2 datang kawan housband dorang berborak-borak,aku pun menconteng-conteng kertas nie...hihihi... Sori la tuan kedai, kami x de komen apa-apa kt kertas...

Thursday 13 December 2012

Bantal KHAS utk Arissa

Kenapa perlu BANTAL KHAS ???
 
Tengok la gambar Arissa nie..Nie baru sekeping je... Setiap kali tido ke jaga ke mesti ke kanan je...Sampai kepala sebelah kanan nipis dah..rambut pun kurang kt situ... Mama aku dah bising dah, kepala anak tue lembut lagi, sementara tulang lembut tue pastikan kepala center...Pas2 mama aku ckp jgn dibiarkan nnt kepala anak "teleng".... haaaa, aku taknak anak telengggggg...

So tanpa berlengah-lengah aku g la beli bantal khas....Untuk support kepala..Aku beli kat mybbstore kota damansara..Macam-macam pilihan ada Korang beli online pun boleh KLIK kt sini
 Bantal khas nie untuk center kan kepala baby Arissa..Kemana saja akan aku bawa bantal nie..Bantal nie ada 2 bahagian..yg bahagian dalam tue wane putih untuk support kepala baby yg baru lahir hingga setahun..Manakala yang lagi 1 bahagian (wane coklat tue) untuk kanak-kanak...ooo lupa nak bagi tahu aku beli nie jenis JJ Cole Collections: 2 in 1 Head Supportharga Rm69.90 selepas % = Rm49.90

Menyepi Sementara

SALAM SEMUA :)
Setalah lama aku bercuti 2bln je....Itu je company aku bagi utk cuti bersalin, comopany lain kebanyakan dah start cuti 3bln utk bersalin...Apa-apa pun terima kasih ya bos besar.. uuuuhhhhh(mengeluh)
Bermulanya aku masuk keje aku jarang update blog..bz keje pas2 blk melayan 2orang damia....Itulah ratu hati aku serta suami aku... Penat mcm mana pun, blk amek anak-anak kt taska,masuk rehat2 kejap,bersihkan bdn pas2 layan anak-anak dulu, siapkan bahan-bahan utk masak mlm kami,bg dorang mkn,tidokan dorang, kadang-kadang aku terlajak tido sekali dgn anak.Nampak sangat kan penatkan..kalo x terlajak tido aku sembang-sembang dgn suami aku..last-last aku masuk tido juga..Maaf ya suami tinggalkan sorang-sorang kt ruang tamu tue tanpa berteman..hahaha...Tue la rasa bahagianya ada berkeluarga...Yg belum berkuarga cpt-cpt la kawin ek...Rasa bahagianya berkeluarga....
Kadang-kadang ada masa lebih, mcm skrg nie baru la aku blh update blog.. Sori ya kawan-kawan yg baca blog aku nie, iyala asyik page yg sama je...
Insyallah aku akan update lagi ya...

Gambar hiasan saja....

Sunday 2 December 2012

SuSu FORMULA ~ sape mau?


Salam semua ;-)
Ada 2jenis susu Frisolac & Enfalac langkah 1 (0-12bln) untuk dijual.. Susu nie utk Arissa tapi asyik tolak je..Mulanya bagi Frisolac tukar kpd Enfalac pun sama tak nak juga..
Mmg susu ibu patut diberi cuma kali nie aku x simpan lagi stok utk Arissa ke taska. Arissa suka direct brestfeeding + kuat sesangat susu dan susu.Bagus anak mama nie ;)
Ingatkan nak campur dgn susu formula tapi anak mama,Arissa tak dapat terima oleh itu teruskan bagi SI.So mama kena minum air masak,mkn supplement utk memperbanyakan susu badan utk simpan stok SI lps.
Sesiapa yg nak susu nie nnt tinggal mesej disini. Nnt saya reply secepat mungkin.Pasal harga,murah je.
Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday 29 November 2012

Site Survey Taska

Salam :)
Eeemm dah lama aku x post citer~citer terbaru. Aku baru je nak buka laptop Damia dah berebut dgn aku.Padahal dah ada ipad sendiri,dh berubut.biasa la budak budak.
Pantang bersalin pun dah abis,44ari. Minggu depan aku dah masuk keje,alahai kejapnya rasa cuti 2bln. So anak~anak aku kali nie akan hantar ke nusery berhampiran umah aku. Aku serta suami aku g survey taska mana yg terbaik dan ok ke x. Zaman sekarang nak antar anak ke taska bayarannya boleh tahan gak. X pela $ boleh dicari,moga pihak2 pekeje taska menjaga anak2 dgn kasih sayang serta penuh bertanggungjawab.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday 15 November 2012

KeNa DAH rUam SUSU



Sejak aku nak abis pantang nie,Arissa kena lak ruam susu kt pipi. Aduhai kesian muka anak mama nie,pipi jd kasar,merah~merah.. Dah pipi arissa x selembut kapas...(cehh aku yg lebih2 kata lak)


Tak nampak sangat..Ambil gambar nie dh tgh mlm..
Nampak x pipi saya yg bulat nie menjadi kasar....
Punca jadi mcm nie sbb susu terkena pada pipi pas2 mama x lap.. Sori ya sayang.
Aku sebagai mama x kan nak biar je. Kena la cari ubat untuk menghilangkan ruam susu..Tapikan dalam box ijau(ada minyak angin,bedak mini dll yg sesuai utk bayi) ada NAPPY RASH CREAM~PUREEN. Boleh ke guna??
Box yg setia..dibawa kemana sahaja...
Cream nie sentiasa juga dlm box...
 Aku search ubat@cream yg sesuai untuk kulit baby Cream wane pink,dr Pureen... Rupanya boleh diguna cream pureen nie,bukan saje untuk ruam lampin malah untuk ruam susu pun boleh...Uhhh nasib baik boleh setiap 3kali sehari aku sapukan...1st aku lap dgn kain bersih serta air bersih. Biarkan kering dulu.2nd sapukan nipis kt pipi baby arissa. Harap-harap pipi arissa jadi lembut.no kasar-kasar... So untuk kepastian lagi, aku rujuk pamplet tentang cream nie..Macam ner aku dapat, dalam hamper arissa...


Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday 5 November 2012

BaBy MunTaH

SALAM Semua :) Aku sekarang still dalam pantang lagi.. Bila nak abis?? Lagi 2minggu je.. X sabarnya,lps nie blh la aku kuar-kuar... Eemm anak aku yg ke-2, Arissa masa dlm pantang dah 2x muntah susu..Cuma mlm td aku terjaga dari tido yang baby Arissa tgh muntah bukannya sikit banyak gak siap kuar dari idung lagi...Uuuuhhh syukur aku cpt sedar & x tido mati cepat-cepat aku angkat dan urut/tepuk belakang baby. Yang 1st aku bw baby g jumpa doktor.. Doktor terangkan biasa baby baru lahir,sbb nya usus belum kuat berkeje lagi....


Apa itu MUNTAH SUSU?
Istilah perubatan pada masalah ini ialah gastroesophageal reflux. Ia tidak sama dengan muntah biasa. Muntah susu adalah masalah yang sangat kerap terjadi dikalangan bayi iaitu 40% pada bayi berusia kurang dari 1 tahun.

APA yang menyebabkan MUNTAH?
Ia terjadi kerana susu didalam perut termasuk balik kedalam salur esophagus ( saluran yang menyambungkan perut dan mulut). Bagi bayi yang lebih berusia, terdapat otot pada pangkal esofagus ini yang menghalang makanan dari perut masuk balik ke esofagus yang berfungsi seperti penutup satu hala atau 'valve'. Walaubagaimanapun, valve ini tidak betul-betul berfungsi sehinggalah bayi berusia 1 tahun ke atas. Itulah sebabnya ia lebih lebih kerap terjadi dikalangan bayi berusia kurang dari 1 tahun.
GEJALA dan SIMTOM
Keluar secara 'effortless'
Muntah terjadi sebaik minum susu
Muntah selepas sendawa
Susu keluar lebih banyak terutama setelah terlebih minum

 
TIP untuk kurangkan muntah susu
Sendawakan bayi dengan lebih kerap, semasa dan selepas menyusu
Kurangkan tekanan pada perut- jangan berbekung atau memakai lampin yang ketat.
Elakkan pergerakkan seperti membuai yang keterlaluan semasa dan selepas menyusu
Hindar dari minum susu terlalu banyak dalam satu masa
Baringkan bayi dalam kedudukan mengiring sebelah kanan semasa tidur
Tinggikan kepala bayi 30 darjah semasa tidur
Tegakkan badan bayi sebaik selepas menyusu.
Periksa samada terdapat “dribbling” pada mulut bayi semasa tidur. Lap sekiranya ada susu untuk mengurangkan iritasi.
Pastikan bayi tidak mengalami dihydrasi (kekurangan cecair badan) dengan memeriksa tanda-tanda dehidrasi seperti:
Lampin- sekiranya lampin kerap kering bayi mungkin mengalami dehidrasi
Periksa mulut: Lidah yang terlalu kering menunjukkan bayi dehidrasi
Kulit: sekiranya nampak kering dan berkedut, mungkin bayi mengalami dehydrasi.
BILA perlu jumpa DOKTOR?
Kebanyakkannya akan hilang dengan sendiri selepas 12 bulan dan bayi membesar secara normal. Walaubagaimanapun, ada segelintir dari bayi yang muntah terlalu banyak sehinggalah ia tidak membesar sebagaimana yang sepatutnya. Sekiranya muntahnya keterlaluan setiap kali menyusu, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.

TIP UNTUK MENYUSUKAN BAYI
* Menyusu dengan kadar sedikit. Hadkan setiap susuan kurang dari 20 min sekiranya menyusu botol.
*
Sekiranya menyusu badan, susukan pada sebelah buah dada sahaja dan perah yang satu lagi.
*
Jarakkan susuan sekurang-kurang 2 jam kerana perut mengambil masa 2 jam untuk kosong semula.
*
Pakaikan lampin dengan lebih longgar
*
Susukan bayi dalam keadaan tegak sedikit

 
Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday 3 November 2012

HARGAILAH ISTERI ANDA

Salam Semua ;) 
Aku ada terbaca citer kt 1blog utk dikongsi bersama terutama utk Isteri/bakal isteri.. kalo suami bersikap macam nie, aduhai.... RAMBUT SAMA HITAM(wpun ada yg perang2) HATI LAIN.. BUKAN KE JANJI SEHIDUP SEMATI..
jom kita baca CITERNYA KAT SINI

Thursday 25 October 2012

SeLaMaT HaRi RaYA AIDILADHA ;)

Kami sekuarga Pikin dan Anak-anak (Hannah & Arissa Damia)
Mengucapkan SELAMAT HARI HAJI / KORBAN kpd semua... 


Raya tahun nie kwn2 ada yang tumbang lembu/kambing x utk korban / aqiqah?? Aku tahun x buat korban..Insyallah pada masa depan kami sekuarga akan buat juga.. 
Raya tahun nie aku dalam pantang la... X kemana pun..Cuma blk umah M.I.L  kt Kajang je.. Mamababa aku nie nak kg Ipoh, blk ari je..Aku x follow pun kesian baby baru lagi, nak blk mlm-mlm kesian baby Arissa...

Dari KAMI SEKUARGA.... :)



Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday 23 October 2012

CARA SaYa TIDo

Beginilah cara Arissa tido..Dari anak pertama hingga anak ke-2 nie,cara tido yg sama..Aku mmg bagi dorang tido telentang...Kenapa aku x cuba tidokan anak cara meniarap ek?? Aku rasa cara terlentang lbh selamat dr tido meniarap sbb risau baby lemas.. So aku search dan mencari maklumat posisi bayi tido..Jom kita kongsi bersama...


Posisi Tidur
American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah “TIDUR TERLENTANG” dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan. INFO DARI  https://muhdhazrie.wordpress.com/2011/11/17/gaya-tidur-bayi/

Dan INFO DARI  http://keindahanpengalaman.blogspot.com/2010_10_01_archive.html
Namun begitu, tahukah anda bahawa posisi tidur bayi juga memainkan peranan penting dalam tumbesaran mereka? Jika ibu bapa mengambil sikap sambil lewa dan tidak peka dengan keadaan tidur si bayi, ia boleh menyebabkan kecederaan dan kematian bayi. Justeru, bagi mengatasi masalah ini Konsultan Pediatrik Paru-paru, Dr. Norrashidah Abd Wahab, memberikan beberapa tip dan nasihat mengenai posisi tidur bayi yang betul.

Bagi anda yang baru pertama kali bergelar ibu bapa, barangkali tip ini boleh dijadikan panduan.
Menurut Norrashidah yang bertugas di Hospital Serdang, Selangor, bagi bayi normal, mereka boleh tidur dalam apa jua posisi. Tapi, posisi tidur terlentang dan meniarap lebih digalakkan. Namun begitu katanya, biasanya pihak hospital kerap menidurkan bayi dalam keadaan mengiring yang diletakkan bantal di bahagian belakang bayi. Tambah Norrashidah lagi, posisi tidur terlentang lebih memudahkan ibu bapa atau penjaga melihat pernafasan bayi dan pada masa yang sama mengelakkan muka bayi terbenam ke dalam tilam yang boleh menyebabkan sesak nafas.

Dalam posisi ini disarankan meletakkan bantal di kepala bayi supaya kedudukan kepala sedikit tinggi daripada perut. Ia juga bertujuan mengelakkan bayi termuntah.

"Bagaimanapun, budaya masyarakat Amerika Syarikat (AS) pula, mereka lebih gemar menidurkan bayi dalam keadaan terlangkup (posisi meniarap tetapi bahagian punggung ditinggikan) berbanding terlentang. Mereka berpendapat posisi tidur terlentang menyebabkan bayi sesak nafas dan kurang bijak.

"Namun begitu, sebuah kajian yang dijalankan mendapati posisi tidur bayi secara terlentang tidak mendatangkan sebarang simptom atau penyakit, terutamanya Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut (SIDS)," katanya.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday 22 October 2012

Kakak & Adik



Apabila NUR HANNAH DAMIA si kakak nie dekat dgn adiknya, NUR ARISSA DAMIA, begini la kakak Damia akan geram tgk adiknya.Tgk la Damia ketam gigi..mesti dlm ati Damia kata "keciknya bdk sebelah aku nie". kadang2 kakak nie usik mata la, main mulut baby la.. Telatah anak2 aku masa dlm pantang.. Nnt anak2 abahmama dah besar dan kenal antara 1 sama lain,jgn gaduh-gaduh ya..
Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday 21 October 2012

BENKuNg MODeN

SALAM SEMUA :)  Sejak bersalin anak ke-2 nie, baru aku terpikir nak beli bengkung moden jenis Zap(pelekat)..Pakai waktu tengahari @ apabila start keje nnt... Pakai benda nie mudah nak bergerak.. Ala maklum la,skrg aku dah 2orang girl-girl & aku juga kena jaga anak sulung ku, si Damia yg 1thn 9bln.. Aku cari la rujukan di internet yg menjual online.. Aku terjumpa website ni mypermatahati yg menjual brg yg aku nak.. Harganya berpatutan RM65..
Malah ada juga jual barang2 keperluan ibu mengandung,masa pantang & barangan baby...

Berbalik pada citer aku pasal bengkung moden nie..Oder arini,sok dah sampai dgn pos laju... Sekarang barang dah ada kt tangan aku....Inilah barangnya...
Bengkung mcm nie datang pelbagai saiz... S M L & XL...
Apa istimewanya bengkung nie...
o Bengkung moden yang diperbuat dari kain elastik berkualiti tinggi
o Sesuai untuk ibu yang bersalin secara pembedahan atau sesuai untuk dipakai ketika berada di luar rumah. Labuh adalah 22.5cm/9 inci, iaitu hanya menutupi bahagian abdomen sahaja
o Boleh digunakan selepas hari ke 4 bersalin secara pembedahan.

SO...so... korang boleh layari website mypermatahati


Saturday 20 October 2012

B.O.L.A

TEAM MANA PILIHAN KORANG??

Ikutkan hati best gak tgk live kita kena sokong sukan Malaysia walaupun kt stadium nampak pemain2 nampak kecik jeeee... Ehhhh aku x boleh, aku still dlm pantang, arini baru ari ke-15...Mahu kena keje dgn mama aku nnt... APA-APA pun yg x pegi ke stadium kita tgk dalam tv jela :(

PINJAM RM10

Harga sekeping duit bolehkah diganti dgn masa dgn keluarga.... ??
CERITA UNTUK DIKONGSI BERSAMA-SAMA...

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.


Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.

Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...
 
Rujukan dari :-)

Monday 15 October 2012

KuNiNG DAH X DE

Alhamdullilah,demam kuning Arissa setiap hari bacaan demam kuning makin menurun...  3kali temujanji dgn doktor kt Klinik Kesihatan Rawang,1st bacaan Bilirubin = 219umol/L 12.8mg pada 09.10.2012. 2nd bacaanbacaan Bilirubin = 209.8umol/L 12.3mg dan last sekali 11.1mg pd hari ni (15.10.2012).. YAHOOO.. x payah aku yg ditemani oleh anak ku,adik2 ku serta mama/baba ke klinik lagi...Kalo x seminggu 2kali dorang jd peneman aku...
Nie gambar keputusan bacaan demam kuning...
Biasalah kalo dah demam kuning,setiap kali datang utk check kuning,sememangnya nurse ambil darah kt tumit kaki baby yg halus tue...Masa anak 1st, x sampai hati aku nak tgk sampai air mata aku berlenang juga..hehehe, ibu muda.. Nie ada kedua muka aku relaks je....
Bilik 11,tempat ambil darah..Tunggu giliran
Dah ambil darah kita juga kena hantar ke bilik kumpul darah,tunggu lagi 30minit utk keputusan darah....
Haaa... bukan abis disitu sahaja..Dah dapat keputusan kena jumpa doktor..
Kesabaran diperlukan disini....
Apa petua utk hilang DEMAM KUNING ??
** Aku setiap 1jam @ 2jam aku bagi baby minum susu bdn.. Kalo baby tido aku kacau-kacau supaya baby jaga... Baby yg demam kuning nie mmg suka tido je...
** Jangan sesekali bagi air kosong(air masak) kat baby.. Kalo bg nnt risau bacaan kuning makin tinggi...
** Jangan bagi baby minum/titis buah anggur/sengkuang cina kt baby.. Kalo bg, baby yg x tahan dgn buah tue nnt sesak nafas @ ada alahan...

Sunday 14 October 2012

NAMA SAYA

Syukur ALHAMDULLILAH.... Saya dah kuar dah.. Nama saya
نور اريسسا داميا بنت محمد سفيان

haaa... korang eja la sendiri ek nama anak aku yg ke-2 ni...
Semoga anak abah & mama menjadi anak yg beriman kpd Allah & Rasul... Anak yg Solehah,Menjaga nama baik keluarga..Belajar bersungguh hingga yg tertinggi.. AMIN

DETIK-DETIK NAK BERSALIN

Walaupun citer nie seminggu dah lepas, pedek citer dah basi la..Aku tetap nak kongsi dlm blog aku..

03.10.2012
Kami sekuarga sempat lagi bawa Damia jalan-jalan kt Aquaria,KLCC..Time nie,usia kandungan aku cecah 37minggu...Masa anak 1st-Nur Hannah Damia kandungan 37mggu aku dh bersalin..So aku perlu berjaga-jaga..

04.10.2012
Pagi - Aku medical checkup kt Hospital UMRA... Aku g sorang diri je.. Sampai2 daftar mcm biasa..Nurse panggil buat CTG baby..Pastu jumpa Doktor Perempuan Cina,(x silap nama nya Patria kot)Yang x best nak dgr dr mulut Doktor, "eh,air ketuban awak dh kurang la..Kami kena pantau u sehingga Isnin.Kalo Isnin still air kurang we all akan induce u.."  Aku dgr induce, x leh jadi nie..Sakit ooooo..walaupun aku x de pengalaman induce,aku dgr & baca dr pengalaman kwn2 la...

Tgh - Aku g opis la...Padahal Mc dapat,boring lak duk umah sorang-sorang..X pe opis aku dgn hospital dekat je... Kat opis je, aku x leh duk diam..Pikiran aku pikirkan air ketuban,bayi dlm kandungan aku,pasal induce lagi... X leh jd nie..ke Hospital tue nak buat duit suruh operate...uhhhh..So aku berpendapat baik refer ke hospital Sg. Buloh..

Mlm - 1st sekali, siapkan barang2 Damia untuk diposkan(hantar) kt kuarga aku..Kuarga aku dtg ambil..Terima Kasih baba mama & adik2ku berkorban demi aku sekuarga..
Pas2, aku pun refer hospital sg.buloh,biasala sampai je kena register,buat ctg,scan bayi dlm perut...Doktor pakar check,air ketuban aku still ada lagi kuantiti dlm 9.9(aku lupa dlm unit)...So aku dischage..Aku blk umah la..Buat pe lama2 kt sana...

05.10.2012
Pagi - Time nak tido,aku gelisah,berpeluh-peluh la...Terdetik gak dlm hati aku nak bersalin ke... Tiba-tiba kuar darah..Alamakkkk darah(aku x takut darah la), cuma aku teringat kwn2 aku kata tanda-tanda nak bersalin kuar darah dulu,sakit...Kalo kuar air ketuban dulu x sakit....uuuhhh aku dah ada 2 pengalaman,mmg btl kuar air x sakit...Anak 1st,pecah air ketuban...Anak 2nd kuar darah...
Aku pun siap2 g hospital UMRA dlm 1.30pg...Perut time tue dah rasa mengulas-mengulas dah.. Doktor check pun buka 3cm...
Sakit nak bersalin susah nak di gambarkan..Korang yg wanita-wanita nie nnt merasai detik-detik nak bersalin, manakala si suami nnt tgk&dengar la si isteri tahan kesakitan nak bersalin...

Ptg - Dengan bantuan suamiku yg tersayang,nurse-nurse serta doktor di situ, aku telah melahirkan bayi perempuan seberat 2.5kg secara normal pada hari Jumaat, kul 2.40ptg.. Syukur Alhamdullilah...
Terima Kasih kpd family aku serta family suami aku & kwn2 dtg melawat aku di hospital...Nasib baik bersalin kt swasta,waktu melawat pun x kisah pukul brp..Samapi ke mlm la kwn2 aku dtg...

06.10.2012
Aku telah discharge dr Hospital..Aku x putus-putus ucapkan terima kasih kpd nurse & doktor disitu..Aku rasa puas hati dgn layanan mereka terhadap aku A hingga Z...Insyallah anak ke-3 nnt aku nak bersalin kt Hosp.UMRA...


Friday 12 October 2012

DAH BERSALIN DAH

SYUKUR الحمدلليله
Penghulu segala hari, JUMAAT..Pada 05 October 2012,kuarga PIKIN bertanbah lagi seorang umat.. Aku telah melahirkan seorang anak perempuan yang ke-2 seberat 2.5kg pada pukul 2.40ptg...Di Hospital Bersalin Umra Shah Alam, Selangor..

Hehehe...baru aku dapat update blog aku sekian lama aku menyepi berpantang...(cettt mcm lama sgtkan).. Padahal baru seminggu berpantang...Uhhh ada banyak hari lagi yang kena pantang....
Aku banyak nak kongsi pengalaman aku masa bersalin masa bersalin anak ke-2..Tunggu ek,nnt aku update cuma lambat atau cepat je tau... Bye-bye..aku nak berehat jap...

Thursday 11 October 2012

KALI TERAKHIR MENGIDAM

Salam semua :)
Kali ini baru aku dpt update blog,setelah baru berpantang Seminggu.ada lagi 37ari..uuuhhh.
Setiap kali aku tgk foto gallery, BANANA SPLIT oohhh tidak.Inilah kali terakhir aku mengidam,dpt juga akhirnya. Terima Kasih sayang suamiku,Pi.. Sanggup melayan kerenah aku ni.

** nnt aku update psl bersalin & anak ke-2 pikin **

Published with Blogger-droid v2.0.8