Wednesday 20 June 2012

TANAM URI

BAGAIMANA CARA MENANAM URI....???
Aku terlintas bagaiman cara menanam uri yg sepatutnya dengan cara Islam...Ketika aku remaja, aku pernah lihat dan tolong, makcik ku basuh uri adik aku...Tapi aku terpikir cara makcik aku yang buat sebelum ini adalah salah dan dikategori KHURAFAT....(ada letak pensil,buku,paku dll)..
Aku pun dah masuk anak kedua,aku perlu tahu bagaimana cara-caranya yang sebetul..Dulu ketika melahirkan anak pertama, mak mentua aku yg bersih & tanamkan uri...Kali ini aku perlu amek tahu... Aku pun search dlm internet utk dikongsi bersama....


APA ITU URI @ PLASENTA ????
Plasenta (uri) adalah organ yg terbentuk di dalam rahim semasa kehamilan.Bagi manusia, ianya tebal dan berdiameter lebih kurang 18cm.Dipenuhi salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat.Plasenta membekalkan zat makanan dan oksigen kepada fetus (bayi di dalam kandungan) dan juga bertindak sebagai kelenjar endokrin.Setelah bayi keluar, plasenta akan dikeluarkan melalui pengecutan rahim.



SIAPA yang selayaknya membasuh dan menguruskan uri tersebut?
Orang yang paling layak adalah SUAMI isteri tersebut. Kenapa SUAMI? Bukan ayah isteri atau mertua isteri?

Oleh kerana uri tersebut keluar dari faraj isterinya, tempat yang paling sulit dan maruah SUAMI, maka SUAMI lah yang semestinya mencuci uri dan menguruskannya. Bukan tak boleh beri orang lain buat tapi fikir-fikirkan lah, bahawa uri itu dulu duduknya di mana dan keluarnya dari mana. Maka selayaknyayang menguruska uri itu adalah suaminya. Seego, setinggi mana tarafnya suami, bila bab urus uri, suami yang kena buat.


MENANAM URI ANAK
  • Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
  • Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.
  • Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.
Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar. 


  Cara menguruskan uri
1)      Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2)      Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah.  Jangan guna sabun/shampoo.
3)      Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4)      Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5)      Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6)      Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
7)      Letakkan dalam plastik mudah reput seperti plastic tesco, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.
8)      Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
9)      Gali tanah sedalam mungkin,  agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
10)   Baca Bismillahirahmannirrahim  dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbusla.
11)   Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan  surau/masjid.
12)   Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
13)   Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

 Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)
• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing
• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.


Rujukan dari :) 

Tuesday 19 June 2012

Alahai Paksu Corner.....

Lunch hour aku teringin nak makan kt Paksu Corner, terletak di sek.16 Shah Alam...
DULU makan kt sini sedap, seminggu sekali kami(kwn2 opis) mesti mkn sini...Iyala kt situ byk pilihan lauk & meja yg banyak...
So utk mkn tghari ini,Aku pun ajak kwn seopis makan situ...Aku dah amek lauk-lauk yg aku nak mkn(nasi+ikan keli goreng+sayur bayam) so pergi la kt meja.. X sempat nak duduk lagi, sipengira(waiters) kt situ dh kira awal-awal..x pe la mmg dh keje dia kan..setelah dikira-kira terkejuzzzz aku.. total yang aku mkn RM8...Aku  terdetik gak dlm hati mahal juga nie tapi x pe la janji yg nak mkn nie sedap & berkualiti...
Akhir nya....
X abis mkn..
Nie pun sama x abis mkn..Mee rebus.
SEBAB APA kitorang mkn TAK ABIS....????
  • Makanan yang kami mkn tiada kualiti pun....Yang mee rebus nie,kuah cair..x de rasa apa pun.
  • TAPI Tengah kusyuk  mkn,TIBA-TIBA keluar la SEKOR anak lipas sederhana tergedik-gedik berjln atas meja kami....
  • OK x pe, kwn aku pun tolak la anak lipas tadi... Kami sambung mkn lagi.....
  • LAAAA....Aku ternampak sekor lagi anak lipas kecik tergedik-gedik berjln atas meja kami....Aduhai, potong betul selera mkn..Iyala ada anak lipas,ibu lipas mesti ada, sebelum aku muntah kt meja mkn, baik aku berhenti mkn...(Lupa pulak aku nak amek gambar td...)
  • Macam mane la blh dapat pas A dr MBSA?? Eeehhhmmm...
SECARA RUMUSAN....
  1. Makanan dah berkualiti dan x sedap...
  2. Pas2 mkn parking kt situ rupa nya 1jam=Rm2.... Dah naik harga gak dulunya Rm1 je..
  3. Baik mkn kt shopping mall parking pun bwh bumbung,sejuk....
  4. Aku chek-in Foursquare,rupanya ramai yg komplen -ve ttg restaurant ini...
SO.Lepas nie.. TEPUK DADA,TANYA DIRI SENDIRI LEPAS NIE.....

Friday 15 June 2012

@ Laman Grill - Shah Alam

SALAM Semua :)

Akhirnya aku dpt juga mkn kt Laman Grill Steak & Bar-B-Que, Sek.13 Shah Alam... Rezeki pada hari Jumaat,Terima kasih kpd kwn aku yg sudi belanja mama buyung nie,murah rezeki korang..AMIN...hehehe...Senyum lebar aku dgn kekeyangan Lamb Steak..ERrrkkkk kenyang..... Opssss Alhamdullilah... 
Kpd suami aku & baby mia, nnt kita pergi mkn kt sini..Makanan mmg sedap, layanan drpd pekerja pun bagus..Keadaan restaurant lagi la teratur...

Dihadapan Restaurant....
Menu utk dipilih dalamnaya
Inilah Tuan punya Laman Grill Steak & Bar-B-Que... CHEFF ZUBIR..
Muka surat nie yg minat beef...
Pilihan air semuanya aku nak....So kena la buat 1pilihan je..Supaya perut x kembung dgn air je..
So 10minit kemudaian setelah membelek buku menu tue..Kami pun order, ikut nafsu perut nak mkn apa...Sambil-sambil sembang sesama kami,tangan aku sibuk ambil gambar di dlm restaurant...
Berhampiran pintu masuk,kita akan lihat gambar Keratan akhbar nie cerita mengenai Cheff Zubir...
Akhirnya dlm 5minit juga makanan yg sampai...

Makanan 1st yg sampai, GOLDEN PRAWN TEMPURA (RM14.50)
Ke-2 mkanan aku sampai dah...NZ LAMB CUTLET & TURKISH (RM 38.50)
Akhirnya sampai juga makanan yg last sekali...LASAGNA AL FORNO (RM23.50)
Air kegemaran aku...
Akhirnya licin pinggan aku..walaupun ada sisa-sisa makanan yg aku x mkn...
yang mangkuk kecik tue,aku minta extra kuah utk kentang...
Kepada kawan aku(laki+bini) TERIMA KASIH ya sbb belanja mama buyung nie...Lain kali belanja lagi ......


UNTUK MAKLUM YANG NAK KE SINI..

Dibuka 
ISNIN-SABTU 11pg - 11mlm
AHAD & CUTI AWAM 10pg-11mlm
 
LAMAN GRILL
No.G33, BLOK 5,
LAMAN SERI BUSINESS PARK,
SEK.13 SHAH ALAM SELANGOR
03-55297386