Sunday 18 January 2015

Apa KES APPLE ni?

SALAM :)

Laaaa...... Baru beli pagi tadi buah APPLE - GALA hypermarket... Macam nie... Nak buang ke makan je...??
Buang je la kan.. Dah la kami ni ada 3power puff girl... Sape nak jaga nnt kalo kami sakit nnt...
Ni yg kami Baca dari informasi dari dalam surat khabar boleh memudaratkan kesihatan...

Dari http://www.astroawani.com/news/show/epal-jenis-gala-granny-smith-disekat-masuk-ke-malaysia-28440
BERA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyekat kemasukan epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat ke Malaysia kerana dipercayai tercemar oleh bakteria Listeriosis, kata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata sekatan itu dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) selepas notis berkaitan pencemaran itu diterima kementerian dua hari lalu.

"Kita menerima notis daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika yang memaklumkan tentang insiden pencemaran itu dan difahamkan ia telah menyebabkan tiga kematian dan ramai yang sakit di Amerika dan Kanada," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kementerian tidak mempunyai bidang kuasa untuk menarik semula epal jenis itu yang telah berada di Malaysia, kerana ia melibatkan soal pemakanan di bawah Kementerian Kesihatan.

Isu berkaitan larangan pengambilan epal terbabit telah tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Malah sebuah portal media turut melaporkan bahawa penularan bakteria itu dikesan di sebuah pusat pemprosesan epal Bidart Bros dekat Bakersfield, California melibatkan epal yang disaluti karamel.





Ini la gambar jenis apple yg ada.... ooooo aku pun baru tahu...



No comments:

Post a Comment