Wednesday 1 March 2017

GIGI TERTANGGAL

SALAM

RAWATAN-RAWATAN GIGI TERTANGGAL


RAWATAN KECEMASAN GIGI TERTANGGAL

1. Cari gigi tersebut di kawasan anak terjatuh. Kita tidak tahu gigi itu patah separuh ke, atau tertanggal semuanya. Hati-hati jangan sampai terpijak.

2. Apabila jumpa gigi, INGAT INGAT INGAT, jangan main kaut sahaja gigi tu. Hanya pegang pada bahagian korona. Jangan kacau bahagian akar gigi.

3. Bilas gigi tadi dengan air bersih. Masih lagi memegang korona. Cuba elakkan memegang akar. Jika dibasuh dalam sinki, tutup lubang sinki, takut terjatuh pula gigi dalam lubang nanti satu hal pula. Basuh dalam 10 saat sahaja. Air bukan medium yang baik untuk mengekalkan vitaliti gigi.

4. Jika terdapat kotoran pada gigi, jangan bersihkan menggunakan apa-apa jenis kain seperti baju atau dengan jari.

5. Selepas dibilas, cuba masukkan gigi ke dalam soketnya. Jika boleh, masukkan sehingga menjadi seperti kedudukan asalnya semula. UNTUK GIGI KEKAL SAHAJA. JANGAN MASUKKAN SEMULA GIGI SUSU – akan mencederakan gigi kekal di bawahnya.

6. Jika tidak boleh, jangan paksa. Tetapi gigi itu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Pastikan ia dalam keadaan tidak kering. Ada beberapa cara:

a) Rendam gigi dalam segelas susu sejuk.

b) Simpan gigi dalam bekas berisi air liur. 

c) Simpan gigi dalam mulut. Mulut ada air liur. Perlu berhati-hati dikhuatiri tertelan pula gigi itu atau gigi itu masih punya kotoran.

d) Simpan dalam bekas berisi air biasa. Pilihan terakhir. Lebih baik daripada dibiarkan gigi kering tetapi hanya sebagai pilihan terakhir.

7. Jumpa doktor gigi dengan segera. Masa memainkan peranan penting untuk menyelamatkan gigi itu. 1 jam sahaja. 1 jam – dari gigi terkeluar hingga jumpa doktor gigi.

REF :
KEMENTERIAN KESIHATAN

No comments:

Post a Comment