Tuesday 29 November 2011

Badan Panas

Apabila bdn baby panas,sapa lagi kalo x my princess,Nur Hannah Damia.mula la aku risau~risau sesangat.dan dan tue aku amek suhu bdn,catatkan setiap 2jam,bg minum air masak.standby ubat2.supaya kenangan lalu x kembali lagi,biarkan iya berlalu..[ciittt bermadah-madah lak].
mak mana yg x risau kalo anak tambahan lak jika baby,lagi la perlu diberi perhatian..Ada yg aku dpt info,bayi demam sebenarnya dlm antobodi bdnnya melawan virus jahat.tue yg badan panas.. dan ada sesetengah org-org tua kata,bayi kalih bulan.x pe nak pandai sesuatu la tue..

Apa-apa pun “Kita harus prihatin terhadap demam walaupun ia merupakan satu gejala
yang biasa dialami oleh kanak-kanak,” Prof Dr Zulkifli Ismail, Presiden, Persatuan Pediatrik Malaysia.

Soalan-soalan Mengenai DEMAM

S: Bilakah demam bayi memerlukan rawatan?
J: Selain daripada menasihatkan anda untuk memberi banyak cecair untuk mengelakkan dehidrasi, doktor mungkin tidak akan memberi rawatan untuk demam bayi sekiranya ia rendah dan bayi tidak kelihatan tenat. Namun, jika demam itu tinggi, rawatan akan diberi untuk melegakan bayi. Rawatan mesti diberi sekiranya bayi ada sejarah mengalami serangan sawan demam atau lain-lain gangguan otak dan saraf. Demam boleh menyebabkan sawan kepada kanak-kanak yang cenderung kepada keadaan tersebut.

S: Apakah ubat-ubatan yang anda boleh beri di rumah?
J: Jangan sekali-kali memberi ubat kepada bayi baru lahir tanpa merujuk kepada doktor. Untuk bayi yang lebih besar daripada 1 bulan, anda boleh memberi ubat demam (antipyretic) yang mengandungi acetaminophen (paracetamol), ibuprofen atau diclofenac. Ubat demam yang diberikan melalui dubur juga boleh diberi sekiranya bayi tidak mahu makan ubatnya. Kesemua jenis ubat-ubatan ini adalah selamat untuk bayi dan kanak-kanak tetapi anda tidak boleh melebihi dos yang disyorkan. Dengan sesetengah kanak-kanak (terutama yang mengalami dehidrasi atau masalah kesihatan yang lain), dos yang berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius (terutama kepada buah pinggang). Catatkan masa anak anda diberi ubat. Jangan beri ubat mengandungi aspirin kerana ia telah dikaitkan dengan beberapa komplikasi.

S: Apakah lain-lain cara untuk mengurangkan demam bayi?
J: Lapkan badan anak dengan air suam untuk mengurangkan demamnya. Anda juga boleh memandikan anak dengan air suam. Jangan mandikan anak dengan air yang terlalu sejuk atau panas.

S: Patutkah anda beri anak makan semasa demam?
J: Jangan paksa anak anda untuk makan makanan biasanya sekiranya dia tidak berselera. Teruskan menyusukan anak anda dan berikan dia minum air dengan kerap. Elakkan anak anda dari mengalami dehidrasi.

 TANDA-TANDA AMARAN

Ada kanak-kanak yang tidak sakit teruk pada suhu 38°C atau lebih. Ada juga mereka yang sakit teruk pada suhu yang lebih rendah atau dengan ketiadaan demam. Oleh kerana ini, anda juga harus memerhati lain-lain gejala penyakit dan bukan demam sahaja. Pada kenyataannya, bukan suhu badan sahaja yang penting tetapi kelakuan bayi yang mesti diawasi. Dapatkan rawatan dengan segera sekiranya bayi:

* Tidak mahu menyusu, makan atau minum.
* Mudah meradang atau kelihatan kebingungan.
* Tidak dapat bangun dari tidur dan lesu.
* Mengalami masalah bernafas atau bernafas terlalu cepat.
* Mempunyai nadi yang terlalu cepat atau lemah.
* Masih kelihatan tenat setelah demamnya reda.
* Menghidapi ruam di mana-mana bahagian badan.
* Mengalami sakit kepala atau muntah.
* Mengalami lain-lain aduan (misalnya menangis semasa membuang air kecil, terhencot-hencot, bengkak pada bahagian sendi, dll).
* Demam berterusan untuk lebih daripada 24 hingga 48 jam.

Anda juga patut membawa anak yang demam berjumpa doktor jika dia juga mengalami lain-lain keadaan kesihatan (misalnya penyakit jantung, kanser, gangguan sistem imun, dll) atau sedang diberi rawatan mengandungi steroid. Keadaan-keadaan ini boleh menyebabkan anak cenderung kepada infeksi tertentu yang mesti dirawat dengan cepat dan agresif.





 
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Post a Comment