Wednesday 12 October 2011

BELI RUMAH

SALAM KAWAN-KAWAN

Korg NAK BELI RUMAH???
Kawan-kawan yg tinggal disekitar Lembah Klang, Mesti peti surat ada je iklan2 pelbagai maklumat kan.?? Cth iklan perabot la, iklan Taska dll.. Terutama iklan rumah yg baru nak bangun. SERONOK kan kita tgk..Semua cantik.. Boleh kata sesuai gaklah untuk dijadikan rumah Impian kalau kita beli rumah tu.Pada hakikatnya adakah rumah yang kita beli tu bagus? Adakah kawasan kat situ selamat? Adakah nilainya akan naik/jatuh dalam 5 tahun lagi? Adakah harga rumah yang kita nak beli tu berpatutan atau lebih mahal daripada harga yang sepatutnya? Persoalan macam ni haruslah dijawab terlebih dahulu sebelum kita buat apa-apa keputusan, lebih-lebih lagi kalau nak beli rumah terpakai.
Dari segi kemampuan, aku tak mampu beli rumah yang mahal-mahal tapi aku boleh beli rumah yang berharga sekitar RM100-200 ribu. Setahu aku mana ada rumah atas tanah(Teres berharga <250k) Apartment skrg pun di sekitar Lembah Klang pun dlm >150k…. uuhhhh… Namun, disebabkan harga sesebuah rumah itu mencapai angka ribuan ringgit maka tidak ramai yang mampu membelinya secara tunai kecuali anda adalah seorang JUTAWAN. Jadi alternatif paling mudah adalah dengan membuat pinjaman perumahan.
Dibawah nie jadual had gaji & kelayakkan pinjaman.. 
Bil Gaji Bulanan Hakiki (RM) Kelayakan Pinjaman (RM)
1 3500 dan ke atas 360,000
2 3000 ke 3499 300,000
3 2500 ke 2999 264,000
4 2000 ke 2499 240,000
5 1500 ke 1999 192,000
6 1200 ke 1499 156,000
7 1000 ke 1199 120,000
8 800 ke 999 96,000
9 600 ke 799 72,000
10 599 dan ke bawah 48,000
* Lagi byk kita berhutang Lagi kurang jumlah kelayakan pinjaman

KALO Nak rumah yg cantik,besar,ada tanah & ada byk bilik…Ada kemampuan cukup budjet beli la…TAPI jgn susahkan IbuBapa kita sudahla..Cukup2la dorg dah besarkan anak2nya.. Asalkan UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI…
Saya sekadar berkongsi infomasi yang saya perolehi..

Bye-bye My Pren

No comments:

Post a Comment