Tuesday 4 October 2011

ANAK ISAP JARI...!!!!





SALAM....

Damia isap ibu jari tangan kiri kadang2 jari kaki…aduaaaiiiiii…ADAKAH NORMAL??Comei kalo baby isap jari.Tapi kadang2 Kin risau juga…Orang tua-tua especially parents  mengatakan tabiatnya akan menyebabkan lelangit bayi tinggi dan turut menyebabkan gusinya naik ke atas dan sekali gus memungkinkan giginya tidak tersusun elok. Alamak mcm nie…
Kin pun g la jumpa doctor kanak-kanak..
Doktor mengatakan……”……”
1. setiap bayi sebenarnya mempunyai sifat ingin menghisap secara semulajadi.
2. Bayi yang suka menghisap jari atau tangan didapati lebih mudah tidur malam kerana ia dapat membuatkannya selesa.
3. Sesetengah bayi akan menghisap jari apabila mereka berasa penat, bosan atau perlukan belaian. bukannya lapar selepas menyusu.
4. Tabiat sebegini akan hilang apabila bayimencecah umur sembilan bulan hingga setahun.

Dan ada yg Kin baca dlm PA&MA..
Menurut kajian yang dilakukan oleh American Dental Association, tabiat menghisap jari tidak akan memudaratkan dan menyebabkan masalah kepada pertumbuhan gigi dan gusi kecuali jikaia diteruskan melebihi usia empat hingga lima tahun.Hisap jari adalah NORMAL......!!!!!

Uhhhh lega Kin membaca nie…Harap2 damia dh pandai berjln x isap jari lagi ye…

Bye-bye my pren :)
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Post a Comment