Monday 20 February 2012

IPAD2 vs SAMSUNG TAB

VS    














Nak beli IPAD2 ke nak beli SAMSUNG TAB...so tgk la perbezaan antara 1 sama lain...

Reka bentuk dan berat
Samsung Galaxy Tab 10.1 dilengkapi dengan paparan 10.1 inchi manakala Apple iPad 2 mempunyai paparan 9.7 inchi. Kedua-dua komputer tablet ini mempunyai berat yang sama iaitu 1.3 paun. Akan tetapi, perbezaan antaranya adalah bahawa Samsung Galaxy Tab 10.1 mempunyai ketebalan sebanyak 0.43 inchi manakala Apple iPad2 adalah 0.34 inchi.

Resolusi
Dari segi resolusi pula, Samsung Galaxy Tab 10.1 mengandungi resolusi sebanyak 1280x800 manakala iPad 2 menawarkan resolusi 1024x768. Namun, apabila ia dilihat dalam aspek saiz skrin, resolusi bagi kedua-dua computer tablet ini adalah lebih kurang sama. Oleh itu, dalam aspek ini, tiada perbezaan yang besar antaranya.

Kecekapan Processor
Apple iPad 2 mengandungi processor dual-core 1GHz A5 yang baru. Ia menyebabkan iPad 2 ini memproses data dengan lebih cepat berbanding dengan apa yang dibayangkan. Samsung Galaxy Tab 10.1 juga mempunyai processor dual-core 1GHz, tetapi apa membezakan ialah ia menggunakan cip A4 yang digunakan dalam iPad asal yang telah direka oleh Samsung, di mana ia dikenali dan diakui menjadi bahagian terbesar pengilang untuk Apple.

Sistem Operasi 

Apple iPad 2 berfungi dengan menggunakan IOS 4.3 yang menjadikan browser beroperasi dengan lebih cepat. Selain itu, iPad 2 juga mengandungi ciri-ciri AirPlay dan iTunes Home Sharing. IOS 4,3 juga menyediakan versi hak milik Apple yang lebih baik iaitu Nitro JavaScript di mana program ini akan berfungsi dengan lebih pantas pada semua peranti yang menggunakan IOS. Manakala Samsung Galaxy Tab 10.1 menggunakan Android 3.0 yang juga dikenali sebagai Honeycomb yang menjadikan ia lebih berkuasa dan membuat multitasking dengan mudah dan ia mudah disesuaikan.

Memori
Apple iPad 2 menawarkan pilihan memori dalaman jenis 16GB, 32GB dan 64GB. Samsung Galaxy Tab 10.1 pula hanya menawarkan hanya dua pilihan iaitu 16GB dan 32GB. Baik Apple mahupun Samsung, setakat ini telah mendedahkan RAM pada peranti terbaru mereka.

Kamera
Kedua-dua komputer tablet ini memiliki dua kamera. Samsung Galaxy Tab 10.1 memiliki kamera 3.2 MP di bahagian belakang yang dilengkapi dengan LED flash dan kamera 1.3 MP di bahagian depan untuk video call.  Sementara Apple iPad 2 mempunyai kamera 3 MP di bahagian depan dan kamera 7 MP di bahagian belakang. Kedua-dua kamera juga boleh digunakan bergantian selama melakukan videochat. Jika kamera depan yang telah diaktifkan, pengguna boleh berkomunikasi seolah bertentangan langsung. Di saat melakukan videochat, pengguna boleh mengalihkan ke kamera belakang untuk berkongsi sesuatu di depannya kepada lawan bicaranya.

Hayat bateri 

Apple iPad 2 mempunyai hayat bateri selama 10 jam. Manakala Samsung Galaxy Tab 10.1 mempunyai bateri dalaman 7,000 mAh dan hayat bateri semasa bermain video adalah 9 jam dan muzik adalah sekurang-kurangnya 17 jam. Prestasi dan hayat bateri adalah mengikut keadaan pengguna menggunakannya.

Penentuan harga
Harga adalah aspek penting dalam membezakan antara Samsung Galaxy Tab 10.1 dan iPad 2. Harga iPad 2 untuk versi WiFi 16 GB yang paling asas ialah RM 1499 dan model WiFi + 3G 64GB ialah RM2499. Manakala harga Samsung Galaxy Tab 10.1 jenis WiFi + 3G 16 GB adalah RM 1899 sementara jenis WiFi + 3G 32GB berharga RM 2150. Di sini jelaslah bahawa harga Samsung Galaxy Tab 10.1 adalah lebih mahal berbanding dengan Apple iPad 2.


Walaupun kedua-dua komputer tablet ini mempunyai kelebihan dan kelemahan mereka masing-masing, tetapi ia bergantung kepada minat dan keperluan khalayak. Jika anda bercadang untuk membeli komputer tablet, anda dinasihatkan membuat pemantauan terlebih dahulu dan membeli membeli mengikut keperluan dan minat.   

No comments:

Post a Comment