Sunday 5 February 2012

MAULIDUR RASUL 1433 HIJRAH

SALAM :)
Di peringkat kebangsaan, Sambutan Maulidur Rasul SAW Tahun 2012/1433H akan diadakan pada 5 Februari 2012M, bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Putra, Putrajaya.

Pada 05/02/2012 pada tanggal 12 Rabiulawal 1433 Hijriah. Kelahiran baginda Rasulullah SAW merupakan satu detik istimewa yang amat bermakna buat umat Islam. Maka pada tanggal 12 Rabiulawal 1433 Hijriah ini, sekali lagi kita meraikan sambutan yang penuh barakah ini.
Sesungguhnya, keistimewaan sambutan Maulidur Rasul ini amat berkait rapat dengan keunggulan dan kemuliaan baginda Rasulullah SAW. Menerusi al-Quran, Allah SWT sendiri merakamkan bahawa diri Rasulullah SAW itu adalah ‘cahaya’;. Inilah cahaya yang telah menerangi Kebenaran. Melalui ‘cahaya’ baginda SAW ini, Allah telah zahirkan agama Islam sebagai petunjuk buat kebahagian manusia sejagat. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Maidah ayat ke-15, yang maksudnya: 
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya

No comments:

Post a Comment