Thursday 16 February 2012

Talasemia

APA PENYAKIT TALASEMIA???
Inilah yang aku search setiap hari sehingga la result kuar baru aku paham...

                Cerita aku pasal penyakit ini 4bln lps…Sebelum nie anak aku asyik demam-demam..Sampai satu tahap, berlarutan sehingga 5ari. Aku dgn housband terpaksa bawa ke hospital swasta di Shah Alam & dimasukkan wad 4h3m utk doctor refer.Doktor pun telah ambil darah anak aku utk utk check..ala cek mcm biasa yg kita buat di klinik, Hb,Zatbesi,Kolestrol dll…Cuma dlm keputasan tue bacaan utk Zatbesi dibawah taget..Dan Doktor suspek anak aku ada penyakit Talasemia…Appointment lagi skali utk amek darah lagi secara detail untuk dikenal pasti penyakit Talasemia..Amek darah bukannya sikit banyak..lupa lak aku nak amek gambar..time tue tgh pujuk baby jgn nangis…
               Tunggu result 2mggu.Perasaan aku nak amek result darah anak pun darah aku yg gemuruh,berdebar-debar mcm tunggu result SPM..mcm-mcm aku pikirkan…hihihiii..aku Tanya housband aku mcm ner perasaan nak amek result darah..Dia rileks, siap confident kan aku, kita&anak x de penyakit Talasemia.. Iyala kita sebagai ibu mesti risaukan..Soknya aku dgn housband pegi la berjumpa dgn Doktor dan doctor diterangkan satu persatu bacaan didlm result darah tersebut, kami menjadi pendengar yg setia..
LAST, Doktor bagitahu anak awak TIADA penyakit TALASEMIA….SYUKUR ALHAMDULLILAH,YA ALLAH..

Utk di SHARE bersama...
APA TALASEMIA......
Talasemia dalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksijen akang mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.

Jenis Talasemia
Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:
  • Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai
    kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia
    atau pembawa
  • Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai
    baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.
 
Tanda dan gejala penyakit Talasemia
  • Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
  • Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
  • Anemia yang serius bisa menyebabkan sulit bernafas
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
  • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).

Rawatan penyakit Talasemia
  • Pesakit perlu menjalani suntikan darah berterusan setiap bulan.
  • Suntikan darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
  • Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

No comments:

Post a Comment