Monday 24 September 2012

Projek Amal di Kemboja

Sumbangan Anda diperlukan untuk Projek Amal di Kemboja

Disini aku share& panjang-panjangkan email dr opis aku untuk Projek Amal di Kemboja.. Kepada para pembaca yang menyingah blog PIKINFAMILY... Jom kita memberi sumbangan, x dpt banyak sikit pun jadi..Mudah-mudahan berkat yg kita berikan kepada yang memerlukan.. :)

 
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa para pelajar Universiti Multimedia tajaan biasiswa Yayasan Telekom Malaysia (YTM) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Multimedia akan menganjurkan satu program amal ke Kemboja iaitu Pyea-Baal Cambodia (Care Cambodia)

Butiran mengenai program amal berkenaan adalah seperti yang berikut:
Tarikh       : 13 - 20 Oktober 2012
Tempat     : Kampung Thmei, Daerah Kratie, Wilayah Kemboja

Objektif program ini adalah untuk:
- Untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pelajaran dan kesihatan di kalangan penduduk di Kemboja.
- Untuk membina hubungan yang baik antara pelajar Malaysia dan penduduk kampung di Kemboja.
- Untuk memberi sumbangan dari segi keperluan asas kepada penduduk setempat.  
Sehubungan dengan ini, kami sedang menjalankan Projek Wakaf, iaitu segala sumbangan dana dihulurkan akan digunakan untuk membeli barang keperluan yang diperlukan oleh penduduk kampung. Ini adalah untuk meringankan beban mereka dan membantu mereka untuk mempunyai hidup yang lebih selesa.
Untuk memberi sumbangan, berikut adalah cara-cara untuk menyumbang:
 
1) Emailkan butiran-butiran peribadi anda ke sponsorcambodiammu@gmail.com seperti berikut:
    Nama: 
    Alamat:
    No. telefon:
    Emel:

2) Nyatakan barang wakaf yang ingin diwakaf (barangan seperti yang tertera dalam poster berserta kuantiti) 
    Contoh:        School pack - 5
                           Muqaddam - 1

3) Pembayaran boleh dibuat ke akaun kami:
     No. akaun       : 1242-0002601-201 (CIMB)
Nama akaun    : Pyea-Baal Cambodia
4) Sila sertakan print screen transaksi CIMB Clicks/Maybank2u sebagai bukti pembayaran atau scan slip deposit sebagai bukti pembayaran. 

Selain itu, pihak kami juga menganjurkan program aqiqah kepada yang berminat. Penduduk Kemboja yang daif tersebut jarang mendapat peluang untuk makan makanan yang sihat. Dengan menjalankan ibadah aqiqah di sana, kami berharap agar dapat memberi peluang kepada penduduk Kampung Thmei untuk mendapat makanan yang sihat. Untuk menjalankan ibadah aqiqah, anda boleh klik di sini untuk mendapatkan borang dan teruskan dengan pembayaran ke akaun yang berikut:

No. akaun            : 1242-0002304-207 (CIMB)
Pemegang akaun : Che Siti Amalina Binti Che Ghani dan Wiyana Binti Kadderi


Untuk pengecualian cukai, anda boleh meminta resit daripada kami dengan memberikan butiran peribadi  anda yang lengkap. Untuk maklumat lanjut, komiti-komiti berikut bersedia untuk dihubungi:
i) Naim Bin Roslan (Ketua Biro Tajaan)
   Emel: sponsorcambodiammu@gmail.com; Telefon: 017-232 9057
ii) Siti Hajar Binti Shafii (Biro Tajaan)
   Emel: sponsorcambodiammu@gmail.com; Telefon: 017-520 3804

Kami berbesar hati untuk menerima panggilan atau sumbangan daripada anda.

Terima kasih.

1 comment:

  1. salam,
    no pak ratno (supir di bandung)
    +6281322887474

    ReplyDelete