Tuesday 23 October 2012

CARA SaYa TIDo

Beginilah cara Arissa tido..Dari anak pertama hingga anak ke-2 nie,cara tido yg sama..Aku mmg bagi dorang tido telentang...Kenapa aku x cuba tidokan anak cara meniarap ek?? Aku rasa cara terlentang lbh selamat dr tido meniarap sbb risau baby lemas.. So aku search dan mencari maklumat posisi bayi tido..Jom kita kongsi bersama...


Posisi Tidur
American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah “TIDUR TERLENTANG” dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan. INFO DARI  https://muhdhazrie.wordpress.com/2011/11/17/gaya-tidur-bayi/

Dan INFO DARI  http://keindahanpengalaman.blogspot.com/2010_10_01_archive.html
Namun begitu, tahukah anda bahawa posisi tidur bayi juga memainkan peranan penting dalam tumbesaran mereka? Jika ibu bapa mengambil sikap sambil lewa dan tidak peka dengan keadaan tidur si bayi, ia boleh menyebabkan kecederaan dan kematian bayi. Justeru, bagi mengatasi masalah ini Konsultan Pediatrik Paru-paru, Dr. Norrashidah Abd Wahab, memberikan beberapa tip dan nasihat mengenai posisi tidur bayi yang betul.

Bagi anda yang baru pertama kali bergelar ibu bapa, barangkali tip ini boleh dijadikan panduan.
Menurut Norrashidah yang bertugas di Hospital Serdang, Selangor, bagi bayi normal, mereka boleh tidur dalam apa jua posisi. Tapi, posisi tidur terlentang dan meniarap lebih digalakkan. Namun begitu katanya, biasanya pihak hospital kerap menidurkan bayi dalam keadaan mengiring yang diletakkan bantal di bahagian belakang bayi. Tambah Norrashidah lagi, posisi tidur terlentang lebih memudahkan ibu bapa atau penjaga melihat pernafasan bayi dan pada masa yang sama mengelakkan muka bayi terbenam ke dalam tilam yang boleh menyebabkan sesak nafas.

Dalam posisi ini disarankan meletakkan bantal di kepala bayi supaya kedudukan kepala sedikit tinggi daripada perut. Ia juga bertujuan mengelakkan bayi termuntah.

"Bagaimanapun, budaya masyarakat Amerika Syarikat (AS) pula, mereka lebih gemar menidurkan bayi dalam keadaan terlangkup (posisi meniarap tetapi bahagian punggung ditinggikan) berbanding terlentang. Mereka berpendapat posisi tidur terlentang menyebabkan bayi sesak nafas dan kurang bijak.

"Namun begitu, sebuah kajian yang dijalankan mendapati posisi tidur bayi secara terlentang tidak mendatangkan sebarang simptom atau penyakit, terutamanya Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut (SIDS)," katanya.

Published with Blogger-droid v2.0.8

No comments:

Post a Comment