Thursday 24 January 2013

Nabi Muhammad s.a.w.


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (CAHAYA PETUNJUK AKHIR ZAMAN)
Kelahiran Baginda di keheningan pagi Isnin, 12 Rabiulawal, Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi seisi alam Makkah al-Mukarramah dikejutkan dengan suara tangisan seorang bayi lelaki. Lahirnya diterangi dengan cahaya petanda dirinya bakal menerangi seluruh alam sebagai Rasul terakhir. Begitulah istimewanya kelahiran putera Siti Aminah dan Abdullah.

Sempena sambutan maulidur rasul pada 24 Jan. 2013, kita baca sikit fakta tentang Nabi Muhammad S.A.W.
1. Nabi Muhammad SAW merupakan kekasih Allah SWT.

2. Baginda mempunyai dua julukan. Al-Amin ( orang yang dapat dipercaya ) dan As-Saadiq ( yang benar ).
3. Baginda tidak akan melepaskan tangannya ketika berjabat sebelum sahabat yang bersalam dengan Baginda melepaskan terlebih dahulu.

4. Baginda tidak pernah menghulurkan kaki di hadapan sahabat-sahabatnya.

5. Baginda menoleh dengan seluruh badannya, menunjuk dengan seluruh jarinya.

6. Baginda kalau berkata sesekali menggigit bibir tanda berfikir, menepuk telapak kiri dengan jari telunjuk.

7. Cetusan yang paling buruk dalam perbualan Baginda: " Apa yang terjadi pada orang itu? Semoga dahinya berlumur lumpur "

8. Harta Baginda yang paling mewah adalah sepasang alas kaki berwarna kuning, hadiah dari Negus, penguasa Abissinia.

9. Baginda tinggal di pondok kecil beratap jerami yang bilik-biliknya dipisahkan oleh batang-batang pokok yang direkat dengan lumpur bercampur kapur.

10. Baginda sendiri yang menyalakan api, mengemop lantai, memerah susu dan menjahit alas kakinya yang putus.

11. Santapan Baginda yang paling mewah, meski jarang dinikmatinya adalah madu, susu dan lengan kambing.

12. Baginda mempunyai senyum yang sangat memikat dan menyejukkan, senyuman Baginda dilukiskan sebagai butir salji di oasis.
13. Baginda  malu dan segan untuk memalukan orang lain.

14. Baginda menghimpun dalam dirinya 4 jenis manusia secara sempurna, pekerja, pemikir, pengabdi Allah dan seniman.

15. Baginda selalu memilih yang paling mudah selagi halal apbila berhadapan dengan pilihan.
16. Baginda tidak pernah sakit gigi, baginda bersiwak/gosok gigi tidak kurang 10 kali sehari.

17. Baginda suka akan warna hijau dan warna serban Baginda juga berwarna hijau.

18. Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan.

19. Baginda pernah membelah bulan sebanyak dua kali.

20. Selepas kewafatan Baginda, semua ayat-ayat yang Baginda pernah katakan disusun dalam satu kitab yakni Al-Quran. 

21. Semasa Baginda dibangkitkan pada hari kebangkitan nanti ( kiamat ) orang pertama yang Baginda cari adalah umatnya yang dirindui yakni kita, umat akhir zaman. 

 ref :-
 http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad_s.a.w.
 http://www.raziqsyahmi.com/2012/02/fakta-menarik-tentang-nabi-muhammad-saw.html#ixzz2I7rLd800

No comments:

Post a Comment